Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Monday, October 26, 2009

Toilet di Mekah

Walaupun saya sudah mengunjungi Mekah sebanyak 2 kali tetapi saya tidak mempunyai pengalaman memasuki Toilet nya. Hotel saya waktu itu terletak di Babu Salam berhampiran dengan Tempat Sai . Setiap hari melintasi Toilet yang berhampiran dengan pintu yang selalu saya gunakan untuk memasuki Masjidil Haram tapi hanya melihat dari ekor mata. Saya tidak berani kesitu dan Alhamdulillah sepanjang saya berada di Mekah , wudu saya tidak pernah batal sepanjang solat di Masjidil Haram. Malah setiap kali selesai Tawaf saya sengaja mengambil wudu di Tempat Air Zam Zam berhampiran Dataran Kaabah. tTtapi saya difahamkan Telaga Zam Zam di Dataran Kaabah , kini , sudah lama ditutup.

Setiap jemaah yang saya temui , hampir kesemuanya berpesan pada saya untuk berdoa, solat sunat dan berbagai-bagai panduan untuk menjaga WUDU kerana disana nanti itulah masalah yang paling merisaukan . Saya telah melakukan doa dan Solat Hajat sejak berbulan yang lalu supaya dimudahkan urusan Wudu sewaktu berada di sana.

Hotel saya pula agak jauh iaitu 650 meter dari Masjid tetapi sewaktu umrah dulu pun saya tidak pernah berulang ke Hotel untuk Wudu walaupun Hotel saya lebih kurang 100 meter dari Masjid. Saya dapat bayangkan bila memasuki tempat toilet kerana didalam selalunya akan kelihatan ramai orang-orang badwi didalamnya , apatah lagi mereka selalunya tidak mempunyai tempat menginap, jadi Toilet adalah tempat utama tumpuan mereka. Sewaktu di Dataran Kaabah , tempat telaga Zam-Zam mengambil wudu, setiap kali saya masuk , kaum Badwi memenuhi kawasan itu ! Mereka mandi disitu membawa anak-anak mereka. Itu baru tempat ambil wudu , bayangkanlah di Toilet .

Hari ini saya sudah mula mengamalkan doa Jangan Batal Wudu dan Doa Berhenti Haid disetiap solat Fardhu sebagai ikhtiar supaya doa-doa saya dipermudahkan dalam urusan WUDU.

Ya Allah, bantulah aku.



2 comments:

  1. Dear RKC,

    it shuld not be major problem. Although all toilet areas in the Al-Haram is located in the basement, wudu' can be taken at any zam-zam dispense areas around the Al-Haram. We just use the plastic cups provided. Unless we really need to use the toilets then u have to go to the toiles areas in the basement to relieve urself.

    Itulah nikmat Allah beri pada mereka yang mengunjungi Baitullah, air zam zam takkan pernah kering bukan setakat untuk minum sahaja, tapi mandi, wuduk dan sebagainya.

    P/s - Jumaat lepas terjumpa 1 saudara bernama Abas. Beliau adalah jurulatih bolasepak bawah 16 thn Arab Saudi yg dah sebulan tinggal di Shah Alam dan PJ untuk latihan. Selepas berkenalan beliau bagitau yg dia berasal dari Mekah, lebih kurang 20 minit jalan kaki dari kawasan Al-Haram menghala ke sebelah atas Shamia. Seronoknya bila dapat berbual dgn brother Abas yg akan pulang ke Saudi lag 3 hari.

    ZNO

    ReplyDelete
  2. Dear ZNO,

    Having no experience on the toilet makes me worried if I have no alternative. I'm aware on taking wudu near the Zam Zam , but visiting Toilet makes me a little worried.

    May Allah helps me ! Anyway Thanks so much for your info.

    ReplyDelete

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.