Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Friday, October 9, 2009

Pengorbanan


Haji itu sebenarnya menuntut "pengorbanan yang sangat besar" . Tanpa hati yang cekal pastinya ianya susah untuk kesampaian. Seawalnya mengorbankan seluruh ikhtiar yang ada untuk mengumpul duit , bukan hanya duit untuk pergi tetapi untuk menguruskan perbelanjaan sepanjang 2 bulan apabila tiada di Malaysia, bil-bil harus dibayar 2 bulan "advance", perbelanjaan anak-anak di Universiti, perbelanjaan anak-anak yang dirumah, duit poket mereka untuk menguruskan makan minum mereka sepanjang kami tiada, duit untuk mengisi minyak kereta untuk menguruskan kehidupan mereka dan duit lebihan kalau berlaku apa-apa "kecemasan". Hakikatnya ianya memerlukan modal yang bukan sedikit. Ianya menjadi sangat manis apabila begitu banyak yang kita laburkan , hati tidak sedikitpun terkilan apabila Tuhan beri kemanisan ibadat yang sukar digambarkan. Begitu banyak duit yand harus disediakan sebenarnya tidak dapat menandingi 'hebatnya perasaan " tentang manisnya ibadat Haji yang tidak ternilai dengan wang ringgit. Walaupun ianya di isi dengan perit dan payah , getir dan susah , ianya tetap menjadi "magnet" yang sangat kuat sehingga sakit tidak terasa, susah tidak mengapa, asalkan kita dapat kesana bertemu DIA.




Ianya bukan berhenti disitu, berbulan-bulan kami melalui Kursus demi Kursus dan terpaksa mengenepikan dan "adjust" jadual dengan anak-anak yang bersekolah dan di Kolej. Pengorbanan untuk pengisian ilmu , pengorbanan untuk memperbaiki kesihatan dan stamina dan pengorbanan untuk berpisah dari anak-anak. Menguruskan "kerinduan" antara anak dan ibu mereka bukanlah mudah, malah sejak berbulan-bulan sebelum ini kami harus "menguruskan hati mereka" supaya dengan sedikit-sedikit membiasakan diri untuk berjauhan. Menggembirakan hati mereka seboleh mungkin sebelum kami pergi. Bukan mudah meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan sudah punya "perasaan". Bagaimanalah nanti sewaktu di Kompleks Haji nanti melepaskan anak-anak tinggal tanpa kami , tempat mereka mengadu dan bermanja. Bagaimanalah nanti mereka melalui hari-hari tanpa adanya kami disisi mereka. Kalau mama tiada di rumah 3 jam pun sudah bertalu-talu sms dan telefon , "bila mama nak balik, mama kat mana?". Bagaimanalah nanti bila mama berhari-hari tiada dirumah....

Pengorbanan tidak berhenti disitu. Selepas ini kami harus terus meneruskan "pengorbanan" untuk diri kami pula dan melalui ujian sebenar pengorbanan untuk menyempurnakan ibadat Haji kami. Kalau dulu apabila Hari Raya Haji, kita akan teringat "korban" nya lembu ! Tetapi ianya sebenarnya sangat berbeza apabila erti "pengorbanan" disebaliknya, menyimpan seribu macam perasaan. Ianya menuntut pengertian , pemahaman dan jiwa yang sangat nostalgik dinaluri. Hanya yang melalui akan memahami besarnya erti "pengorbanan Haji ". Antara diri kita , suami dan anak-anak. Kita harus sama-sama berkorban sebenarnya.


No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.