Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, May 28, 2009

Stokin kaki

Saya masih ingat pesan seorang jemaah yang turut sama pergi menunaikan umrah bersama saya pada tahun 1997. Tak ingat pula saya namanya, tapi dia adalah isteri Haji Saad, pasangan ini telah menunaikan Haji untuk pertama kali dan akan pergi lagi pada waktu hujung tahun berikutnya balik dari umrah tersebut. Malah seingat saya , Hajjah inilah yang telah pergi beberapa kali menunaikan umrah dan minat melancungnya memberi inspirasi pada saya. Saya masih ingat katanya" Kakak tak beli harta tapi kakak lebih suka pergi melancung !". Malah beliau pernah membawa anak-anaknya pergi menunaikan umrah bersama-sama. Kata saya, "Nanti bila saya dah cukup duit , saya pun hendak seperti kakak, bawa anak-anak sama!". "Tapi , cuba duduk hotel berlainan, ita mesti cuba tinggal kat Hilton , guna pakej MAS, atau cuba tinggal di Hotel Oberoi!", pesan Kakak Hajjah itu lagi.

Memandangkan beliau banyak pengalaman melancung dan mengembara, dia pesan pada saya supaya bila datang umrah kemudian nanti, carilah stokin seperti kasut , yang agak tebal, tak silap dia ada beli di Istanbul atau Turki. Atau kita cuba cari stokin yang agak tebal kerana stokin nipis yang kita gunakan bila masuk ke masjid tidak dapat menahan tapak kaki kita dari kasar atau melecet.

Jadi pastikan kita cari stokin tersebut sebelum kesana. Kita akan memijak lantai yang sejuk dan panas sewaktu melakukan tawaf dan sai , apatah lagi kalau kita buat Umrah melebihi sekali bagi setiap hari dan lebih susah melakukan tawaf di musim haji di tingkat atas Masjidil Haram yang begitu luas , ianya secara tidak akan disangka akan memudaratkan kita terutama yang alah simen.



Wednesday, May 27, 2009

Azan 2 kali

Sewaktu pertama kali saya menjejak kaki di Jeddah sebelum berangkat ke Madinah pada tahun 1997, kami mendengar azan subuh begitu awal, tak silap saya pukul 4 pagi. Kamipun sembahyang Subuh di bilik Hotel. Tidak lama kemudian terdengar azan sekali lagi . Rupa-rupanya , azan yang ke -2, barulah azan yang sebenar.

Begitulah juga sewaktu berada di Madinah dan Mekah. Disana mereka azan 2 kali, yang pertama , lebih kurang 1 jam awal dari Azan Subuh yang sebenar. Bagi mereka yang belum pernah kesana untuk menunaikan Unrah atau Haji, maklumat ini mungkin membantu anda.

Tujuan azan pertama adalah supaya bangun bersahur bagi yang berpuasa di samping menunaikan solat tahajud.

Rahsia Solat


1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :

Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah yang menjaga tertib dalam sembahyangnya.

Kesihatan

Buku Rawatan Kesihatan menggariskan individu berikut tidak wajib /layak menunaikan Haji :

1. Wanita hamil sebelum/semasa pemeriksaan kesihatan
2.Pesakit mental
3.Pesakit kronik seperti yang ditulis di buku rawatan : Pesakit Buah Pinggang . Pastinya pesakit Jantung , Kanser dan sebagainya juga terkandung dalam golongan ini.


Oleh itu, pergi Haji bermakna kita mesti sihat anggota badan supaya ianya tidak memudaratkan ibadat kita. Disana nanti kita akan berdepan denga perubahan cuaca dan bilangan jemaah yang mencapai angka 3 juta yang berada di satu tempat didalam satu masa . Pastinya ianya bukan sahaja perjuangan mental malah perjuangan fizikal.

Alangkah baik kalau kita mengubah minda yang sinonim dengan masyarakat kita , untuk menunaikan haji sewaktu kita sudah bersara tetapi melakukan Haji diwaktu usia masih muda dan kesihatan kita tidak memudaratkan "kualiti haji" kita.


Haji itu sangat indah sebenarnya...belum pergi saya sudah merasakan kemanisannya. Cubalah ubah paradigma diri !

Buku rekod rawatan Haji

Semalam , suamiku mengambil Buku Rekod Haji setelah kami tidak dapat menghadiri taklimat Kesihatan di Pejabat Tabung Haji kerana hal yang tidak dapat di elakkan. Tarikh untuk kami melakukan rawatan seperti yang dijadualkan oleh Tabung Haji ialah pada 7 Jun 2009. Tapi kami bercadang untuk pergi ke Klinik Panel Haji yang berhampiran dengan rumah kami.

Sewaktu saya mendaftar Haji pada tahun 1999 , buku rawatan adalah bersaiz buku rampaian, tapi kini bukunya lebih kecil , seperti buku ceti. Yang menariknya , kami mesti melalui Kursus Haji Bersiri mengenai Ceramah Kesihatan. Bukan sahaja Tabung haji memberi Kursus Haji tentang bagaimana melakukan Haji malah siri kesihatan juga turut dilakukan. Semua Kursus juga dilakukan percuma malah suntikan juga percuma kalau dibuat di Hospital Kerajaan.

Seharusnya kita bersyukur kerana kerajaan bersungguh-sungguh untuk pastikan kita mendapat Haji yang terbaik dengan mengadakan kursus di Pusat Islam malah di Masjid-masjid , "secara percuma". Dan terus komited mempastikan kesihatan jemaah diperingkat yang terbaik. Tidak tahulah saya, warganegara apakah kita kalau kita tidak bersyukur dan tidak turut sama komited seperti mana komitednya Kerajaan kita.

Sebelum menunaikan Haji , diberi kita ilmu dan diuruskan kesihatan kita , malah ianya terus dijaga sehingga kita hendak pergi Haji, dibawa kita ke Madinah , diberi kita ziarah, diberi kita Mutawwif untuk bimbing kita, malah sewaktu di Mekah nanti akan terus ada ceramah demi ceramah supaya kita tidak terlupa atau tersilap. Di Padang Arafah , Mina dan Mudzaliffah juga, dan dijaga makan minum kita dan tempat tinggal kita, malah pengangkutan kita semenjak dari Malaysia hingga turun ke Jeddah , dari Jeddah ke Madinah hingga ke Mekah , kemudian diuruskan pengangkutan kita disaat yang paling sukar sewaktu wukuf , mabit dan melontar , kemudian dibawa kita kembali ke Mekah sebelum uruskan kepulangan kita melalui Kapal terbang untuk pulang ke tanahair...dengan cuma RM9,980.00 !

Ramai masih mengeluh malah, ramai masih marah kerajaan patut beri lebih. Sedangkan kita hendak beribadat , kita lupa bersyukur, kita leka bila terlalu dimanjakan kita banyak meminta dan akan terus meminta. Padahal kita hendak di beri Haji, diberi kewarasan untuk berfikir secara logik, puncak kesempurnaan seorang hamba. Bukankah Haji itu mengandungi falsafah yang tersirat , supaya kita makin kenal diri !

Kita tidak rasa sia-sia kalau kita beli emas berketul-ketul , supaya orang nampak kita lebih dari orang lain. Tapi untuk laburkan pada ibadat kita sangat berkira, kita sangat berkira untuk bersedekah padahal Kursus Haji di beri percuma untuk 17 minggu ! Kita tidak fikir , siapa yang biaya penceramah , siapa yang urus semua sehingga licin dan teratur. Kita hanya fikir , banyaknya duit yang kita kena laburkan untuk ibadat. Terlihat tidak redha, terlihat tidak faham , dengan hanya duit sebanyak itu kita telah diuruskan berbulan-bulan semenjak Bulan Mac sehingga Bulan November nanti , sewaktu berada disana, sehinggalah kita pulang dari Mekah (lebih kurang 45 hari).

Bayangkan berapa ramai pula kerajaan harus biaya "pekerja" untuk menjaga kita di Mekah nanti. Uruskan kita, makanan kita , pengangkutan kita, kesihatan kita yang seramai 26,000 orang itu ! Bolehkah dengan hanya 100 pekerja orang boleh uruskan kita semua nanti yang kerenahnya berbagai-bagai? Hendak belikan makanan dan masakkan untuk kita setiap pagi , tengahari dan malam selama 45 hari ! Bila fikir itu semua terasa , bertuahnya kita! Kita cuma beribadat , selainnya ada yang uruskan. Bayangkan kalau kita hendak buat kenduri doa selamat atau kenduri kahwin, betapa sibuknya kita semenjak berhari-hari malah berbulan-bulan kalau nak uruskan kenduri kahwin yang tetamunya cuma 1,000 orang untuk makan tengahari sahaja ! Fikirlah....


Kita tidak terkilan kalau duit kita RM10,000 habis untuk 2 minggu percutian di luar negara! Kita tidak terkilan kalau duit kita RM5,000 habis untuk kenduri kahwin anak kita! Kita tidak terkilan untuk membeli emas terkini atau pakaian paling berkualiti untuk menyambut Hari Raya. Kita tidak kisah , duit bonus kita habis untuk membeli perabut yang lebih baru. Kita rasa perlu untuk keluarkan simpanan untuk menukar kereta baru atau kita besarkan lagi rumah kita! Malah kita marah dan malu pada masyarakat sekeliling kalau wang hantaran anak kita , kurang dari RM10,000! "Tidak ikut harga pasaran", katanya....

Tapi bila kita kena tambahan untuk duit naik Haji, kita marah dan kecewa!

Usahlah terkilan untuk laburkan duit untuk ibadat apatah lagi untuk menunaikan Haji. Kalau kita boleh menaiki kereta yang terbaik, memiliki rumah yang terbaik, menikmati hidup yang terbaik, apalah salahnya untuk dekat pada Illahi, untuk lahirkan rasa kesyukuran kita atas setiap apa yang diberi, kita beri dan laburkan yang terbaik , supaya hati kita tenteram. Kalau Tuhan komited beri kita yang terbaik dalam hidup kita , kita juga harus komited untuk menjadi hamba yang terbaik.

Aku ingin bertemu Tuhanku dengan cara yang paling terbaik! Bimbinglah aku, tunjukkanlah aku jalan itu.....

Thursday, May 21, 2009

Keajaiban Mata

Subhanallah !

Apakah ini benar? Sejak sekian lama aku mencuba bacaan Tafsir Al Azhar, pasti mata ku yang semakin kabur akan membuat aku pening. Terpaksalah sebelum ini aku "adjust" jauh dekat buku tersebut kerana mataku seperti terhoyong hayang bila hendak membaca. Tulisan yang kecil yang mungkin size 9 font , tentulah sangat sukar untuk kuhabiskan. Tapi sebentar tadi niatku untuk menghabiskannya walaupun aku tahu mataku sudah tidak nampak jelas, tidak aku pedulikan. Aku yakin aku boleh.

Dan sungguh tidak aku percaya, aku secara tiba-tiba sudah dapat membaca lancar, sudah tidak kabur lagi mata ini. Semuanya seperti sangat mudah untuk kubaca dengan cepat tanpa perlu dekat dan jauhkan buku seperti yang ku baca sebelum ini.

Lihatlah kuasa niat yang mungkin sangat kecil telah mencerahkan mataku, padahal niatku hanyalah untuk habiskan bacaan Tafsir ini. Kuasa Tuhan telah terlihat dan doa untuk mudahkan, telah Kau kabulkan....bagaimana aku tidak "terharu"...suatu perasaan yang sangat sukar untuk ku percaya...mataku kini sudah kembali cerah untuk membaca Tafsir...aku cuba melihat buku Tafsir lagi...betul ke atau perasaanku cuma. Memang benar, aku sudah boleh melihat tanpa menghadapi masalah rabun dekat dan rabun jauh ku. Kalau dulu hanya rabun jauh, kini rabun dekat menyebabkan aku sukar membaca , apatah lagi tulisan sekecil Tafsir Al Azhar.....kini aku cuba lihat berkali-kali ....sungguh tidak percaya...aku sudah boleh membaca dengan lancar dan tidak pening kepala lagi!

Sekian lama buku Tafsir itu kulihat dan setiap kali ingin membaca , semangat ku pudar kerana sukar untuk melihat. Malah tergerak di hatiku untuk menyuruh anakku untuk membeli kanta pembesar supaya senang hendak kubaca.

Baru sebentar tadi kupasang azam dan niat supaya Tuhan mudahkan harapan ku untuk habiskan Tafsirku dan Khatam Al Quran....aku telah dihadiahkan dengan pandangan yang jelas.....bagaimana harus ku kabarkan betapa bersyukurnya aku !



Perancangan


Adalah mustahil kalau kita mahu jadi tetamu yang istimewa di mata Allah, kita masih bersikap remeh dan sambil lewa dalam ibadat. Pastinya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri supaya apabila bertemu Tuhan , kita tidak malu pada diri kita sendiri. Ibarat kalau kita tahu kita akan jumpa Perdana Menteri dimana dia hendak tahu tentang kerja kita, tentulah kita buat revision, buat homework, supaya setiap apa soalan yang diberi kita boleh menjawab dengan lancar dan mempunyai "point" yang bernas.

Begitulah juga kalau kita hendak jadi Tetamu yang Istimewa , mestilah kita bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ibadat. Walaupun urusan kerja juga tidak berkurangan, ianya bukanlah alasan untuk kita mendisiplinkan diri untuk memberi waktu sekurang-kurangnya 1 jam untuk ibadat.

Perancangan saya ialah untuk "khatam" Tafsir Al Azhar 30 juzuk dari Prof Dr. Hamka. Saya beli 1 set buku Tafsir Al Azhar sewaktu saya mengandungkan anak bongsu saya , iaitu tahun 1999. Tak silap saya saya baru habis membaca semua hanya 2 tahun yang lepas. Ianya mengambil masa 7 tahun untuk saya habiskan bacaan tafsir saya sebelum ini. Kini saya berazam untuk menghabiskannya dalam masa 5 bulan. Sekarang bulan May, bermakna bulan Oktober saya mesti habiskan kerana Bulan Haji tahun ini ialah di Bulan November. Ianya adalah misi yang sukar tapi saya mesti komited dan berusaha bersungguh-sungguh dan saya mesti mencapai target saya.

Selain membaca Tafsir, saya juga mahu khatam Al Quran sebelum bulan November . Antara komitmen yang saya perlu lakukan ialah setiap pagi saya baca Tafsir dan selepas Solat Dhuha saya akan baca AlQuran juga selepas Solat Asar.

Semuga Tuhan mudahkan...

Wednesday, May 20, 2009

Penulis blog

Internet adalah satu sumber maklumat yang sangat penting dalam hidup kita. Terpulanglah samada ilmu yang ingin kita cari adalah untuk kebaikan atau untuk menambah nilai ilmu yang sedia ada. Aku semakin kerap mengunjungi blog blog yang menceritakan pengalaman haji . Supaya ianya menjadi bekal dan pengalaman mereka setidak-tidaknya akan memberi panduan .

Apa yang kuperhatikan , agak sukar kita hendak melihat suasana dan kisah-kisah haji dari penulis blog di kalangan orang Malaysia. Bilangannya sangat kecil kerana majoriti yang pergi haji dari kalangan rakyat Malaysia adalah golongan yang veteran. Pastinya kisah-kisah haji mereka hilang begitu saja. Jarang kita dapat mendengar kisah sebenar perjalanan haji mereka kerana kebanyakan mereka tidak tahu menceritakan "manisnya haji". Kalau mereka kata seronok , ianya hilang bersama kata seronok dan kita yang mendengar tidak dapat rasakan.

Seharusnya , pada yang telah pergi , pengalaman kita itu dijadikan pengajaran dan panduan semuga akan lebih ramai golongan yang muda berminat untuk menunaikan haji. Supaya Haji bukanlah hanya untuk orang-orang tua ! Saya perhatikan , orang Indonesia mempunyai begitu banyak maklumat dari rakyat mereka yang telah pergi haji. Kebanyakan mereka pula , pergi diwaktu usia yang masih muda. Mereka pula mengabdikan setiap pengalaman mereka yang kemudiannya menjadi inspirasi kepada mereka yang belum pergi. Bukankah itu satu dakwah yang secara tidak langsung menguntungkan golongan muda apabila melihat secara positif. Malah blog-blog mereka jugalah yang dapat memberi gambaran yang jelas tentang keadaan sewaktu wukuf, sewaktu di Padang Arafah, di Mudzaliffah dan Mina, satu keadaan yang sangat penting bila menunaikan Haji. Kita mahu melihat keadaan mereka melalui setiap detik penting itu dan semuanya dapat diceritakan dengan berbagai cara. Ianya memudahkan kita yang belum pergi untuk melakukan persiapan mental dan fizikal. Selain menghadiri kursus dan pembelajaran , kita perlu melihat suasana sebenar supaya kita benar-benar lengkap dengan ilmu sewaktu menunaikan Haji.

Jemaah Haji dari Indonesia sangat beruntung kerana kerajaan mereka memberi kelonggaran untuk membuat pinjaman menyebabkan golongan muda tidak melepaskan peluang keemasan itu. Sudahlah muda lagi mereka dapat pergi, dan mereka gunakan blog dan internet untuk menceritakan pengalaman berharga mereka. Kadang-kadang saya terfikir, kita mempunyai ratusan ribu duit tersimpan di EPF, alangkah baiknya kita dapat gunakan untuk menunaikan haji di masa muda. Padahal bila usia sudah meningkat, kekuatan kita sudah semakin berkurangan. Alangkah baik diwaktu usia masih muda , kita dapat lakukan haji !

Insyallah , kalau di izinkan , aku juga ingin turut menyumbangkan pengalaman di sana dengan harapan makin ramai orang-orang muda , terbuka hatinya untuk kesana. Aku telah melakukan umrah sebelum ini dan tidak dapat dinafikan indahnya , hanya Tuhan yang dapat mengongsi kegembiraan itu. Semuga nanti bila aku dapat menyempurnakan haji , akan mudahlah impianku untuk kesana sekerap mungkin.

Rasanya telah cukup kemewahan dan kesenangan yang Tuhan beri selama ini, aku ingin mencari dan menghimpun bekal di akhirat pula. Bila pulang dari Haji nanti , aku ingin membawa anak-anakku , untuk sama-sama merasakan keindahan menatap Multazam, untuk sama-sama menyusuri tawaf dan sai... kemuncak hidup sebuah keluarga!

Friday, May 15, 2009

Kaabah dan keajaibannya...


The above angel photograph was taken in Mecca , Saudi Arabia in 2008..
As Muslims gathered at the Kaaba, an angel is said to have appeared.

Multazam




Multazam
merupakan dinding Ka'bah yang terletak di antara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah. Tempat ini merupakan tempat utama dalam berdoa, yang dipergunakan oleh jamah Haji dan Umroh untuk berdoa/ bermunajat kepada Allah SWT setelah selesai melakukan Tawaf.

Saat bermunajat di depan Multazam ini, Jarang orang tidak meneteskan air mata di sini, terharu karena kebesaran Illahi.Multazam ini insya Allah merupakan tempat yang mustajab dalam berdoa, insya Allah doa dikabulkan oleh Allah SWT.


Perkataan Multazam bermakna,” Melekat”, sebab dipanggil demikian, kerana disinilah seseorang itu patut melekatkan dadanya semasa berdoa. Abu Daud meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas r.a. berkata:- Dia pernah berdiri tegak di Multazam dengan dada dan mukanya mengadap ke Ka’bah. Tangannya dianjurkan ke atas kepala menekap ke Ka’bah. Kemudian beliau berkata,” Daku melihat Rasullullah s.a.w. melakukannya”.


Rasulullah SAW bersabda, "Antara Rukun Hajar Aswad dan Pintu Ka'bah, yang disebut Multazam. Tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul permintaannya".






www.hajiumroh.com

Thursday, May 14, 2009

Jemputan

Bila bercerita tentang Haji, perkataan "jemputan atau tetamu Allah"sering diperkatakan. Pada mulanya aku tidak merasakan apa-apa keistimewaannya . Tapi bila difikirkan, ianya memang istimewa kerana semenjak aku menghadiri Kelas mingguan , terdapat ramai makcik-makcik yang telah mengikuti Kelas Haji sejak beberapa tahun yang lepas. Malah ramai juga di antara mereka yang masih menunggu giliran mereka. Tidak kurang juga yang masih gagal untuk merayu. Malah ada juga yang mendapat giliran tapi tertunda akibat masalah yang tidak dapat di elakkan. Ramainya juga yang aku temui , takut untuk naik Haji. Ada pula yang sudah cukup segala tapi belum bersedia . Ramai pula yang beranggapan , nantilah !

Aku pula, di saat minda dan diri telah bersedia untuk menunaikan Haji, Tuhan terima permintaanku lalu terus mendapat JemputanNya. Jemputan dari Tuhan Pencipta Alam. Jemputan yang bukan dari Orang-orang Besar, bukan dari Menteri , bukan dari Raja dan Sultan!

Aku terbaca satu kata dari seorang Jemaah yang telah pergi Haji , katanya , "Kita memilih untuk pergi Umrah tapi kita di pilih untuk pergi Haji!" dan ironinya yang memilih itu adalah Allah Yang Maha Esa.

Sesungguhnya terlalu bersyukur, apabila saat aku di pilih , hatiku telah reda , jiwaku telah sangat bersedia...

Wednesday, May 13, 2009

Jiwa sudah pergi kesana...

Apabila kita melalui saat untuk bertemu Tuhan melalui penyerahan diri dengan Haji, kita terasa seperti berada di satu keadaan dimana kita kembali mengimbas dari saat kita kecil, dewasa sehinggalah melalui saat-saat , hidup ini telah "cukup" untuk dirasakan. Tidak lagi ada apa yang di inginkan selain melayarkan diri dengan satu ketenangan. Tiada apa lagi yang bergolak dijiwa. Sepanjang usia yang diberi Tuhan , kita telah memulakan hidup dengan ilmu yang tiada sehinggalah kita rasakan kita masih belum juga cukup ilmu didada dalam usia yang telah menjangkau tua.

Berbagai insan kita temui, berbagai cerita kita lalui. Dan di episod terakhir seorang insan, akhirnya ditemukan dengan "suatu perasaan" yang sangat sukar diceritakan. Kesedihan, kesayuan dan kegembiraan kian berputar laju di minda. Sesekali didalam mimpi , kita telah ada di Padang Arafah. Sesekali terbangun dari mimpi , seperti baru pulang dari solat di Masjidil Haram. Jasad masih di sini tapi jiwa sudah pergi kesana....

Tuesday, May 12, 2009

Maksud di sebalik Wudu


Kita mengambil Wudu setiap waktu tetapi kita tidak tahu pengertian disebalik "maksud" perlakuan wudu itu .


1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,

“Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini”.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu”.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,

”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”


Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.

”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim ”.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,

”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

Penjelasan nombor 8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Monday, May 11, 2009

Beg hilang yang dipulangkan !

Petang Khamis lepas , kereta kami di pecahkan tingkap kerana suamiku lupa menyimpan beg sekolah Aneesa di bonet kereta. Katanya cuma sebentar mahu minum bersama kawannya di Padang Merdeka sebaik pulang dari tempat kerja selepas mengambil anakku pulang dari sekolah.

Pastinya aku agak kecewa kerana , bukan suamiku tidak tahu kisah jenayah pecah kereta dan ragut yang berleluasa di JB. Bila kita tahu keadaan persekitaran begitu , seharusnya kita tidak boleh ambil mudah apatah lagi leka. Tapi hendak dikata apa kalau inilah yang Tuhan mahu uji.

Agak mengecewakan bila yang diambil adalah beg sekolah anakku. Memikirkan untuk mencari setiap bukunya yang hilang pasti bukan perkara yang mudah apatah lagi buku latihan. Rasanya marah sangat kerana bukan cermin kereta yang pecah itu yang membuat kami susah tapi kasihan keadaan anakku yang terpaksa menjadi mangsa . Padahal anakku ini masih kecil . Sudahlah dia Ketua Kelas, dan kini ketuanya pula yang tiada buku. Tidak dapat ku bayangkan betapa susahnya Aneesa kena "explain" kepada setiap guru setiap matapelajaran yang dia hilang bukunya. Bukan semua guru akan bekerjasama dan inilah yang menyedihkan aku. Apatah lagi bila mendengar cerita dari Aneesa beliau selalu di pukul tangannya kerana tidak siap kerja sekolah. Rasa nak menangis kerana dalam setengah keadaan, kita tak dapat "protect" anak kesayangan kita dari dipukul guru. Aku tidak menyebelahi anakku bila dia dikenakan denda , tapi ibu mana tidak rasa sedih mendengar cerita dari anaknya. Padahal Aneesa anak yang baik tapi terpaksa kita lepaskan untuk dipukul kalau dia buat silap. Kita tahu ini proses untuk memperbaiki diri tapi hati ibu mana yang tidak tersentuh...

Lebih membuatkan aku sedih, beg sekolah itu adalah beg yang kuhadiahkan padanya, beg yang dia suka ! "Ya, Allah dengan bersungguh-sungguh aku berharap kau berilah kasihan di hati "orang itu" pulangkanlah beg anakku!" , bisik hatiku walau tidak mengharap . Masakan orang seperti itu mahu bersusah payah untuk pulangkan . Mungkin dia akan beri beg itu pada anak dia atau paling tidak jualkan kerana beg itu memang cantik. Aku tidak kisah begnya tapi yang aku harapkan adalah buku-buku anakku. "Mungkin esok dia pulangkan dekat sekolah!", bisik hati kecilku. "Tapi itu cuma harapan dongeng!", detik di hati.

"Biarlah, nanti esok mama belikan buku yang baru. Kita bagi kat semua guru , salinan Police Report", pesanku pada anakku sewaktu menghantarnya ke sekolah Hari Jumaat itu. "Kalau cikgu marah, Neesa tak ada buku , Neesa bagi surat Polis ni ok", hanya itulah yang dapat mama lakukan demi nak Protect anakku dari dimarahi guru. Setelah belikan buku-buku rampaian supaya dia dapat menulis di kelas hari ini, jadi tidaklah begnya kosong. Aku melihat dia menyusuri jalan di koridor sekolahnya dengan rasa terharu, "kesian anakku!".

"Malam nanti kita cari buku teks Aneesa", kataku pada anak lelakiku. "Adik check , orang kat bookshop kata ada kat Plaza Angsana", kata anakku. "Nanti kita pergi cari", kataku . Hatiku berbisik , tunggulah sehari dua , mungkin beg itu dipulangkan. Dan harapan itu berlalu dengan sangat sedikit harap!

Petang itu sebaik pulang dari sekolah, anakku riang. "Kawan Neesa bagi beg sekolah Neesa ada orang bagi kat dia !", katanya. Seperti tidak percaya. Syukur Alhamdullilah!. Tuhan saja betapa gembira hatiku. Walaupun basah kerana malam tadi hujan lebat di JB, tidak mengapa. Alia dan Aneesa sama-sama mengeluarkan buku-buku di living room rumah untuk dikeringkan.

Kata Alia, "Mama, Tuhan nak uji mama , kan mama nak pergi Mekah!". Syukurlah diuji cuma hilang sekejap. Bisik hatiku, "Baik jugak orang itu sanggup susah payah hantar beg ke sekolah". Mulalah hatiku , "Kalau aku jumpa dia hendak aku berikan dia duit!".

Tapi yang penting , Tuhan sayangkan kami...

Gembira

Gembira!

Itulah yang boleh aku katakan. Aku tidak pernah tahu akan ujud perasaan gembira apabila kita akhirnya di panggil menunaikan Haji. Perasaan yang tidak pernah aku tahu sebelum ini. Kalau dulu terasa, bolehkah ?, cukupkah? layakkah ? bersediakah? , nantilah !

Kini tiada lagi soalan malah keraguan yang dapat menepis berbagai perasaan . Usia tidak lagi jadi ukuran, cukup bekal bukan lagi persoalan, tanggungjawab pada anak-anak tidak lagi jadi kerisauan. Segalanya seperti tidak di sangka akhirnya Tuhan beri suatu perasaan gembira. Padahal , Bulan November masih jauh lagi, tapi persiapan, semangat belajar, perasaan membaiki diri , seolah-olah hendak berangkat esok hari !

Bukanlah kami dari yang sempurna ibadat. Sebagai insan yang daif, bukan sedikit kelemahan diri. Bukan segunung ibadat kami maka kami di panggilNya. Tapi keringanan hati, walau kami tahu kelemahan kami , tidak kau jadikan ia halangan. Dalam diri yang daif ini, Kau masih beri kami "perasaan untuk dekat padaMu". Perasaan apakah ini seperti tidak boleh di halang-halang. Benarlah , kalau saatnya telah tiba. KasihNya telah datang, tiada apa yang dapat menghalang apatah lagi dapat memisahkan KasihMu pada kami.

Mungkin inilah perasaan mereka yang mendapat JemputanMu. Belum sampai sudah terasa bahagia, aku dapat rasakan melaluinya sendiri nanti , walau sukar mana sekalipun akan terasa manis dan indahnya . Pengalaman Umrahku sebelum ini adalah kenangan terindah pastinya melalui Haji itu akan memberi saat indah yang sukar digambarkan. Bertemu Tuhan ! Bukankah itu kemuncak hidup seorang insan....

Restu anak-anak

Sudah menjadi rutin biasa sejak 9 minggu yang lalu , anak-anak gadis kami seperti tidak keberatan untuk melepaskan kami mengikuti Kelas mingguan yang diadakan setiap Hari Ahad di Pusat Islam, JB. Maka tiadalah aktiviti di hari Ahad seperti selalunya dan kami selalunya akan melayan kerenah anak-anak kami di awal pagi atau di malam harinya.

Anak-anak kami pula seperti "seronok" ibubapanya akan ke Mekah hujung tahun ini. Mereka pula yang ingatkan kami , takut kami terlewat pergi ke Kelas . Sungguh mengharukan melihat perubahan sikap anak-anak yang seperti turut sama merasakan "indahnya Haji". Anak perempuan saya turut sama membaca buku buku mengenai Haji yang kini makin banyak terkumpul di rumah. Malah mereka juga seronok membacanya.

Semalam waktu anak lelaki saya pulang dari Melaka, ketika habis berjemaah Magrib bersama-sama, dia ceritakan tentang mimpinya mendapat 10 tiket percuma untuk menunaikan umrah. Terlihat betapa seronoknya dia apabila berada di Mekah bersama kami sekeluarga , walaupun cuma dalam mimpi.

Yang jelas semuanya kelihatan tidak sabar-sabar menantikan kedatangan Bulan Haji kali ini kerana istimewanya , ibu bapa mereka dapat melakukannya tahun ini. Pesan anak bongsuku, "Mama ingat tak neesa pesan apa? " sambil menghitung jarinya , "Pertama Air zam zam, Kedua Jubah dan ketiga Telekong..nanti mama poskan ok".

Aku tidak menyangka begitu mudah Kau berikan restu dari anak-anakku ...

Friday, May 8, 2009

Perasaan...

Kita selalu di beri berbagai ujian dalam hidup ini. Semakin jauh perjalanan hidup kita akan semakin banyak koleksi pengalaman yang akan kita lalui. Semua pengalaman itu sebenarnya untuk menjadikan kita lebih baik dari semalam. Supaya kita belajar tentang kesabaran apabila di uji. Ianya sesuatu yang mudah untuk diucap tetapi hanya insan yang melalui setiap ujian itu akan tahu betapa sakitnya untuk menjadi seorang yang sentiasa bersabar.

Kemuncak untuk jauh lebih bersabar ialah apabila kita melalui sendiri pengalaman Haji . Perjalanan menuju TuhanNya. Perjalanan untuk menceritakan betapa sukarnya pun hidup ini , semuanya Tuhan beri supaya kita menjadi hamba yang kemudiannya sedar , tiada siapa yang lebih menyanyangi diri kita selain "Allah". Bila diberi senang , kita leka dan lupa . Bila di beri susah, kita mengeluh. Tapi Allah sangat sayangkan kita . Sangat sayang sehingga apabila kita dilanda kesedihan , Allah yang paling dekat dengan kita.

Oleh itu, kesusahan hidup ini akan lebih bererti apabila akhirnya kita dapat juga melalui destinasi terakhir seorang insan , dengan menunaikan Haji. Haji yang memberi seribu pengertian yang hanya Kita dan Tuhan yang dapat rasakan , sesuatu yang tidak dapat dilukiskan dengan kata. Suatu perasaan yang hanya kita yang mengerti....

Wednesday, May 6, 2009

Check List Barang Keperluan Haji


http://pabiyen.blogspot.com


Senarai Barang-Barang Yg Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah - seperti diperturunkan oleh seorang hajjah.

Beg Plastik
Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast boleh basuh.

Serbuk Pencuci
Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.

Hangers - bulat & kecil
Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.


Penyangkut Baju
Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk
mengeringkan pakaian di dalam bilik air


Penyangkut Berpelekat

Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian
selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.


Jubah
Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll, purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket.

Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf belakang.


Stokin
Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh dibeli di butik Munawarrah, Taman Tun Dr Ismail)


Ubat Batuk
Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry cough dan batuk berkahak) dari doktor di Msia.

Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.


Botol Spray
Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada air
langsung dalam bilik air.

Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam khemah melegakan rasa bahang panas.



Cermin Muka Kecil
Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.


Mug dengan penutup
Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang lain.

Moisturiser/lip balm
Udara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam ihram!)

Skin Repair/Vaseline
Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.

Sunglasses
Kalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.

Bantal Kecil (Cushion)
Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah.

Snek
Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas perut apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke Mekah/Madinah.
Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.

Lauk sampingan
Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya ikan kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah di rebus. Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam plastik. Ini untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil plastik lauk yang kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami sekiranya jemaah lelaki dan wanita makan berasingan.

BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang disediakan oleh pihak muassasah.

Tuala Kecil
Untuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad, jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.

Buku Sembahyang Sunat
Bawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu subuh - sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang sedia ada dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana 7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi. (Dapatkan buku-buku panduan Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal, boleh digantung dileher dan mudah untuk digunakan untuk tawaf dan saie)

Kasut (tanda nama - initials)
Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak selipar dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)

Selipar Jepun (tanda nama - initials)
Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi ke bilik air.



Bilik Air Mina/Arafah
Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air. Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.

Selipar ke masjid
Beli yang murah sahaja dari Bata. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat sendiri dan tanda nama - initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyang letakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

Payung Lipat
Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena hujan.

Disposable Panties - Lelaki/Wanita
Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai - boleh dibeli di Guardian Pharmacy RM6/=/paket. Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik.

Panty Liner/Facial Cotton
Untuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.

Uncang untuk melontar
Buat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar.

Kamera
Bawa filem sekali lebih kurang 3 roll (36 exposure). Kamera tidak boleh dibawa ke dalam masjid di Mekah/Madinah, polis akan periksa kita dipintu masuk kedua-dua masjid ini.

Surah Yassin
Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa wuquf .

Sejadah
MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang di luar masjid.

Sejadah kecil
Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba', Masjid Qiblatan dan juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala kecil.

Cadar katil bujang
Dibuat selimut semasa di Arafah/Mina dan boleh digunakan di hotel untuk alas tilam (sekiranya tidak mahu memakai yg hotel sediakan)

Batik Lepas
Bawa sehelai untuk 'apa-apa' kecemasan…


Buku Nota/Kalender
Bawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam. Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan 'countdown' untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini pesanan keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa diluar khemah), kirim salam semasa di makam Nabi di Madinah dan lain-lain.

Business Card
Bawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga buat personalized card beralamat rumah, email dll.


Tag Nama utk Baggasi
Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No. KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-beg (yang mungkin akan 'beranak' di sana nanti) semasa balik ke Msia nanti.

Bawa masking tape, permanent marker dan tali untuk kegunaan di No. 36

Toiletry
Bawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Dove, Seba-Med, dll., kerana kulit akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah 'treated sea water' untuk kegunaan harian selain
dari untuk minum.

Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding dengan yang di jual di Mekah/Madinah.

Bekas untuk buah tangan dari Mekah
Sebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma dan air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi delegate seorang Justify Full(anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut. Jadi apabila tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada mereka.

Kasut untuk melontar
Beli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar. JANGAN PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)


Beg Sandang TH
Bawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:


a) Buku sembahyang sunat
b) Tasbih
c) Spray Air (size kecil) - untuk ambil air wuduk
d) Tuala Kecil - untuk melapik jubah semasa air wuduk
d) Uncang Selipar - untuk simpan selipar
e) Kad Kesihatan - untuk kecemasan
f) Kad Pengenalan TH - untuk pengesahan diri sekiranya tersesat
g) Kad Address Hotel - sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

Wudu , yang kita ingat mudah !

Sesuatu yang buat saya teringat tentang perkara asas yang mudah dan kita lakukan setiap hari bertahun-tahun lamanya , iaitu wudu. Kita belajar ambil wudu waktu kita di sekolah rendah. Itulah yang kita faham dan ingat dan kita lakukan sehinggalah kita dewasa malah dah veteran. Kita tidak pernah hendak "check" balik apa yang kita belajar 20 atau 30 tahun lalu , betul atau tidak. Masa usia 7 tahun , pemahaman kita setakat usia 7 tahun. Dan pemahaman usia 7 tahun itulah yang kita jadikan asas untuk kita ambil wudu sampailah kita dewasa. Kita kata, takkan tak tau ambil wudu.

Saya jadi keliru apabila Ustaz memberitahu seorang jemaah Haji yang telah pulang dari mengerjakan Haji , yang kemudian mengikuti kelas fardu ain, merasa apa yang beliau alami untuk diberitahu kepada jemaah yang sedang belajar untuk pergi Haji. Ustaz memberitahu wanita ini baru tahu selama ini beliau ambil wudu tidak betul , bermakna Haji yang telah dilakukan tidak sempurna. Kenapa? Kerana dia ambil wudu dimana air tidak sampai hingga ke siku. Mungkin selama ini beliau hanya menyapukan air hanya setakat pertengahan tangan! Sebab itu air tidak sampai ke siku. Saya pun naik takut , saya ambil sampai ke siku ke? Nasib baik bila check balik bagaimana perlakuan saya bila ambil wudu , saya memang sapukan sampai ke siku.

Jadi , jangan ambil mudah . Lihat bagaimana seseorang itu rasa bersalah, rasa was-was, rasa keliru dan akhirnya merosakkan Haji itu sendiri. Bayangkanlah , kalau setelah 4 tahun setelah buat Haji baru kita tersedar cara kita ambil wudu salah, bukankah bila kita buat Haji, dan kita buat silap, kita kena dam. Kita buat semula dan berapa tahun sampai tertunda, baru kita tahu kesilapan kita. Kesilapan itu pula adalah perkara yang sangat asas pula. Dan baiknya wanita ini , sehingga dia tidak mahu orang lain jadi seperti dia dan beria-ia berpesan pada ustaz supaya beritahu pada yang belum pergi, jangan jadi seperti beliau.

Malah, ustaz berpesan, ambil wudu dan suruh orang lain check , betul tak yang kita buat. Kalau wudu kita tidak sempurna, bagaimana pula ibadat lain akan jadi sempurna kalau asasnya sendiri sudah tidak betul.

Ia buat saya insaf, saya perlu perbaiki semua aspek kerana Haji sebenarnya mempunyai pengertian yang besar. Bagaimana pengisiannya sebagai hamba yang taat pada perintah dan cara dan larangan yang telah diberi garis panduan. Ia sebenarnya mengukur "disiplin diri".

Tuesday, May 5, 2009

Pertolongan

Sewaktu kami Makan Malam bersama, suamiku memberitahuku , stafnya telah menyatakan kesanggupannya untuk menjaga anak-anak kami sepanjang kami ke Mekah nanti. Yang membuat saya terharu, bapa staf suamiku yang menyuruh anaknya membantu kami.

Lihatlah, walaupun kami baru sahaja berpindah di Johor, Allah mudahkan untuk mereka berlapang hati untuk menolong kami. Aku percaya Allah akan permudahkan urusan kami meninggalkan anak-anak kami tanpa banyak kerisauan. Bukankah kami sudah di jemput Nya, tidak mustahil tanggungjawab yang terpaksa kami lepaskan sepanjang kami tiada , akan Tuhan buka kelapangan hati untuk membantu kami.

Agak mengharukan saya, "orang lain" sanggup memikul tanggung jawab itu untuk kami !

Pendaftaran Haji

Kita selalu keliru atau mungkin terlepas pandang bahawa apabila kita telah mempunyai Akuan Tabung Haji , kita boleh pergi Haji bila-bila masa. Memiliki akaun di Tabung Haji bukan bermakna anda mendaftar untuk Pendaftaran Haji. Walaupun kita memiliki Akaun Tabung Haji yang telah penuh tetapi kalau kita tidak mendaftar untuk Menunaikan Haji, nama kita tidak tersenarai untuk mengerjakan Haji.

Kalau anda mendaftar Haji pada tahun 2009, bermakna giliran anda untuk menunaikan haji adalah 15 tahun lagi , iaitu pada tahun 2024. Tidak silap saya sewaktu menghadiri Kelas Haji, pekerja di Tabung Haji memberitahu bahawa terdapat 380,000 orang dalam senarai Pendaftaran Haji. Setiap tahun cuma ada kuota 26,000 jemaah haji yang diterima oleh Negara Arab Saudi untuk rakyat Malaysia. Agak memeranjatkan untuk tahun ini sahaja untuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji adalah sebanyak 26,000 rayuan juga.

Kalau kita bercadang untuk menggunakan Pakej Haji, kita juga mesti melalui proses yang sama , iaitu mendaftar dan tunggu giliran. Kalau kita teragak untuk guna Pakej Haji dan baru hendak daftar Haji, kemungkinan besar kita tidak dapat pergi seperti yang dirancang. Oleh itu menunaikan Haji memerlukan pengetahuan dan strategi yang paling asas, iaitu Daftar Haji terlebih dahulu.

Sewaktu saya mengikuti kelas Haji, ramai diantara kakak-kakak yang saya temui yang telah mendaftar 10 tahun yang lalu masih tidak dapat pergi dan menunggu giliran. Jadi tidak hairanlah kalau ada yang telah 3 tahun mengikuti kursus Haji tetapi masih tidak pergi. Mereka membuat permohonan rayuan tetapi bayangkanlah ada 26,000 rayuan yang menanti giliran , itupun setelah ada kekosongan sekiranya calon haji untuk tahun itu menolak untuk membuat haji atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Seperti yang di war-warkan oleh pihak Tabung Haji, sama-samalah kita menyebarkan maklumat supaya mendaftar haji terlebih dahulu !

Solat di Masjidil Haram



S
ewaktu kami mengerjakan Umrah dan melakukan Qada Solat, kami ditegur oleh Ayah Haji kerana solat di waktu Haram. Ianya membuatkan kami keliru padahal tiada waktu haram solat di Masjidil Haram. Apatah lagi yang menegur kami adalah seorang yang jauh lebih tua dari kami dan telah beberapa kali mengerjakan umrah dan Haji. Oleh itu , jadikan suatu azam untuk menambah baikkan pengetahuan dan ilmu kita apabila mengerjakan umrah apatah lagi Haji. Disana nanti, kita akan bertemu dengan berbagai fahaman yang akan buat kita was-was dan keliru . Oleh itu saya dan suami berusaha supaya Haji kami tidak di rosakkan oleh perkara-perkara yang kita sangka mudah boleh jadi sangat keliru apabila berada di sana.

Ustaz berpesan tentang belajar Haji, tidak khatam kalau tidak 3 tahun. Ianya tidak mustahil kerana kita kena belajar dari ambil wudu, solat , bacaan dan sebagainya. Kalau wudu kita rosak , akan rosaklah rukun Haji yang seterusnya.


Waktu-waktu yang terkecuali
daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di Mekah , maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.



Waktu Haram Solat

Adalah menjadi kebiasaan apabila berada di Masjidil Haram, kelihatan jemaah mengerjakan Solat hampir setiap masa. Kita akan keliru apabila apabila melihat jemaah melakukan solat di waktu waktu haram solat . Berikut adalah sedikit penjelasan yang mungkin membantu :

Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.



2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah .(Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)



3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :

"Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.

4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.

5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.

Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Rujukan: Fatwa Mufti Brunei

Sembahyang-sembahyang yang ditegah melakukannya pada waktu-waktu yang lima ialah sembahyang sunat Muthlaq iaitu sembahyang yang tiada mempunyai sebarang sebab seperti sembahyang sunat Tasbih dan juga sembahyang yang bersebab tetapi sebabnya itu terkemudian.

Sembahyang yang sebabnya terkemudian itu ialah seperti sembahyang sunat Ihram dan sembahyang sunat Istikharah. Sebab sembahyang sunat Ihram itu adalah kerana memakai Ihram, ia hanya berlaku setelah melaksanakan sembahyang Ihram dan Istikharah itu pula kerana membuat suatu perkara itu dimulakan selepas sembahyang Istikharah.

Adapun sembahyang yang sebabnya terdahulu daripada sembahyangnya ataupun beriringan, maka harus dikerjakan pada waktu-waktu tegahan itu, tidak makruh dan tidak haram. Misal sembahyang-sembahyang berkenaan ialah seperti ;

-sembahyang qadha sama ada fardhu atau sunat
-sembahyang Janazah
-sembahyang Istisqa’
-sembahyang gerhana
-sembahyang sunat yang dinazarkan
-sembahyang Hari Raya
-sembahyang Dhoha
-sembahyang sunat Thawaf
-sembahyang sunat Wudhu
-sembahyang sunat Tahiyatul Masjid
-sujud Tilawah
-sujud Syukr
-lain-lain solat yang sebabnya terdahulu.

Sembahyang-sembahyang ini harus untuk dilakukan pada lima-lima waktu dilarang melakukan sembahyang itu berdasarkan hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan Ijma‘ para ulama.

Menurut sebuah riwayat mengenai dengan peristiwa taubat Ka‘ab bin Malik bahawa dia telah melakukan sujud syukur selepas sembahyang fardhu Subuh sebelum lagi terbit matahari.

Menurut sebuah hadis lagi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam brsabda kepada Bilal yang maksudnya :

Maksudnya: “Wahai Bilal! Cuba kau ceritakan kepadaku apakah perkerjaan yang paling kau harapkan daripada perkerjaan-perkerjaan yang telah kamu lakukan dalam Islam. Sesungguhnya aku mendengar bunyi kasut engkau di hadapanku di syurga?” Bilal berkata: “Aku tidak melakukan suatu perkerjaan yang paling aku harapkan selain aku tidak pernah bersuci sama ada malam atau siang kecuali untuk bersembahyang dengannya, sembahyang yang ditentukan oleh Allah untukku(sembahyang sunat)”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan bahawa sujud syukur harus dilakukan pada waktu yang terlarang. Begitu juga dengan sembahyang sunat wudhu setelah bersuci dengan mengambil wudhu sebagaimana yang diamalkan oleh Bilal Radhiallahu ‘anhu tidak mengira siang atau malam. Ini kerana sebab sembahyang sunat wudhu dan sujud syukur itu adalah sebab yang terdahulu bukan terkemudian. Begitulah juga halnya dengan sembahyang-sembahyang lain yang mempunyai sebab yang terdahulu.

Rujukan: Fatwa Mufti Brunei

Monday, May 4, 2009

Supaya aku sentiasa ingat....

Imam Ja’far ash Shadiq memberikan nasihat kepada para jamaah haji:


1. Jika engkau berangkat haji, kosongkanlah hatimu dari segala urusan, dan hadapkanlah dirimu sepenuhnya kepada Allah SWT.

2. Tinggalkan setiap penghalang dan serahkan urusanmu kepada Penciptamu.

3. Bertawakkallah kepada-Nya dalam setiap gerak dan diammu.

4. Berserahdirilah kepada ketentuan-ketentuan-Nya, hukum-hukum-Nya, dan takdir-Nya.

5. Tinggalkan dunia, kesenangan, dan seluruh makhluk.

6. Keluarlah dari kewajiban yang dibebankan kepadamu dari makhluk Tuhan.

7. Janganlah bersandar kepada bekalmu, kendaraanmu, sahabatmu, kekuatanmu, kemudaanmu, dan kekayaanmu.

8. Buatlah persiapan seakan-akan engkau tidak akan kembali lagi. Bergaullah dengan baik.

9. Jaga waktu-waktu dalam melaksanakan kewajiban yang ditetapkan Allah dan Sunah Nabi saw, berupa adab, kesabaran, syukur, kasih sayang, kedermawanan, mendahulukan orang lain sepanjang waktu.

10. Bersihkan dosa-dosamu dengan air tobat yang ikhlas.

11. Pakailah pakaian kejujuran, kesucian, kerendahan hati, dan kekhusyukan.

12. Berihramlah dengan meninggalkan segala sesuatu yang menghalangimu mengingat Allah dan mencegahmu mentaati-Nya.

13. Bertalbiahlah kamu dengan menjawab panggilan Allah dengan ikhlas, suci, dan bersih dalam doa-doamu seraya tetap berpegang pada tali yang kokoh.

14. Bertawaflah dengan hatimu bersama para malaikat sekitar Arsy, sebagaimana kamu bertawaf dengan jasadmu bersama manusia di sekitar Baitullah.

15. Keluarlah dari kelalaianmu dan ketergelinciranmu ketika Engkau keluar ke Mina dan janganlah mengharapkan apa pun yang tidak halal dan tidak layak bagimu.

16. Akuilah segala kesalahan di tempat pengakuan (Arafah). Perbaruilah perjanjianmu di depan Allah SWT dengan mengakui keEsaan-Nya.

17. Mendekatlah kepada Allah di Mudzdalifah.

18. Sembelihlah tengkuk hawa nafsu dan kerakusan ketika engkau menyembelih dam.

19. Lemparkan syahwat, kerendahan, kekejian, dan segala perbuatan tercela ketika melempar Jamarat.

20. Cukurlah aib-aib lahir dan batin ketika mencukur rambut.

21. Tinggalkan kebiasaan menuruti kehendakmu dan masuklah kepada perlindungan ke Masjid Al Haram.

Haji Mabrur

Ibnu Qudamah dalam Minhajul Qashidin ada menyebutkan hal-hal yang mesti diperhatikan berkaitan dengan nilai-nilai ruhaniyah dalam rangka menjadi haji mabrur. Antara lain sebagai berikut :


Harus membebaskan diri dari urusan perniagaan, yang bisa menyibukkan hatinya dan mengacaukan hasratnya. Hatinya betul-betul ikhlas untuk mendapatkan ridho Allah semata-mata. Tidak membawa pelana yang bagus dan mentereng. Maksudnya disini adalah menghindarkan diri dari barang-barang atau hal-hal yang berbau kesombongan duniawi. Jika ingin membawa bekal, maka hendaknya bekal yang paling utama adalah bekal amal untuk akhirat. Para dhuyufullah harus mewaspadai agar amal-amalnya tidak rusak karena riya' dan karena ingin membanggakan diri, karena sekali tidak ada manfaatnya.


Saat melepaskan pakaiannnya dan berganti dengan mengenakan pakaian ihram, hendaklah dia ingat bahwa seakan-akan dia sedang mengenakan kain kafannya. Dia mengenakan pakaian yang berbeda dengan penghuni bumi secara umum.


Saat mengucapkan talbiyah, hendaknya dia juga mengharapkan pengabulan dari Allah, berharap agar seruannya diterima dan takut bila tidak dikabulkan. Mengiringi dengan perasaan harap (raja') dan takut (khouf).


Saat melihat baitulharam, hendaklah dia merasakan keagungan-Nya, mengucapkan syukur kepada Allah karena dia dijadikan golongan orang-orang yang bisa berkunjung ke sana, merasakan keagungan thawaf di sekitar Ka'bah.


Saat mencium atau melambai hajar aswad, hendaklah dia bersumpah setia untuk taat kepada Allah dan bertekad untuk memegang sumpah setianya.


Saat memegang tabir Ka'bah atau saat di Multazam, hendaknya dia menempatkan dirinya sebagai orang yang bersalah di hadapan Tuhannya.


Saat melakukan sya'I antara Shafa dan Marwah, dia harus menggambarkan dua tempat ini seperti dua tapak timbangan. Dia akan mendatangi dua tapak timbangan itu pada hari kiamat, atau seakan-akan dia mendatangi pintu tempat malaikat untuk mengharap belas kasihnya.


Saat wukuf di Arafah dan melihat sekian banyak manusia yang berkumpul di sana dan bermacam ragam bahasa dan suara mereka, maka bayangkanlah seakan itu adalah keadaan pada hari kiamat, saat manusia semua berkumpul dan memohon syafaat.


Saat melempar jumrah, niatkanlah untuk tunduk kepada perintah dan menunjukkan kepada ubudiyah dan ketundukan, semata karena mengikuti perintah itu tanpa memikirkannya dengan pikirannya yang macam-macam. Jika engkau sempat berkunjung ke Madinah, maka bayangkanlah bahwa itu adalah negeri yang telah dipilih untuk Nabi-Nya, bercerminlah dari kekhusyukan dan ketenangan Rasulullah ketika beliau berada di negeri tersebut.

Pengorbanan

Pastinya bila mendapat berita tentang kejayaan kami menjadi calon untuk mengerjakan Haji tahun ini, orang yang pertama yang mesti diberitahu adalah Ibu bapa suamiku. Tidaklah aku tahu perasaan mereka bila menerima berita itu , tapi aku pasti mereka gembira.

Malamnya , berita itu di kongsi bersama adik lelakiku yang kebetulan berkunjung dirumah kami dan bermalam di rumah kami. Tiada apa yang dapat dilahirkan selain mengucapkan kesyukuran pada Illahi. Adik perempuanku berkata "Jemputan telah tiba untuk kak yong dan abang Kamal dari Yang Esa".

Bila menghadiri Kelas mingguan seperti biasa, ustaz menceritakan tentang Haji yang penuh dengan pengorbanan terutama pengorbanan harta benda dan meninggalkan anak-anak. Dimindaku , siapalah yang akan menjaga anak-anak perempuanku yang masih kecil. Kalau lah emak masih ada, pasti tidaklah aku risau. Tapi emak sudah tiada meninggalkan anakmu ini. Kalaulah emak masih ada , pasti beliau adalah insan yang paling bahagia. Anganan kita untuk pergi bersama tidak kesampaian namun harapku aku menemui emak di Mekah, walau cuma seminit...itulah harapanku kerana aku tahu tiada yang mustahil di bumi Mekah yang penuh keajaiban!

Adik ipar ku , tiba-tiba menyatakan kerisauannya, bagaimana Alia dan Aneesa bila kami pergi? Aku dapat rasa keikhlasannya . Biarlah Tuhan membantuku untuk memudahkan urusan anak-anakku. Kataku, nantilah bila saatnya tiba, akan kukabarkan kalau kami terdesak memerlukan pertolongan adik iparku.

Aku percaya , pergi kita kerana Allah menjalankan tanggung jawab yang di tuntutNYA, pasti Allah akan membantu uruskan selebihnya....

Doktor Jaya

Sudah menjadi lumrah apabila kita telah tahu giliran kita sudah tiba, perkara tentang persiapan mental, fizikal, kesihatan dan kewangan tidak dapat diketepikan. Apatah lagi , kalau tiada aral bermakna awal bulan November ini kami akan dapat bertolak ke Mekah. Semakin hari semakin riang di hati malah hampir setiap malam aku sudah bermimpi tentang Masjidil Haram malah berada di Padang Arafah ! Ia seperti pengalaman yang sangat dinanti selain berdebar tentang dugaan yang pastinya bukan sedikit.

Sewaktu pulang ke Kuala Lumpur, aku sempat berjumpa dengan doktor di Klinik Jaya. Dua umrah ku sebelum ini , aku mendapatkan nasihat Doktor Jaya berhubung dengan putaran haidku dan kedua-dua umrah tersebut dapat aku lakukan sempurna tanpa ketinggalan walau satu solat samada di Madinah mahupun di Mekah. Pastinya kali ini untuk ke Mekah untuk menunaikan Haji , aku sangat berharap ianya dapat dilakukan sempurna seperti sebelumnya. Ianya sebahagian dari usahaku dan pastinya segalanya berserah pada Tuhan .

Agak terkejut bila bertanya samada Doktor Jaya ada di klinik atau tidak , kata nurse, "Doktor Jaya tak ada". Suamiku bertanya, "bila dia datang?". "Dia tak ada" jawab nurse lagi. "Dia pergi mana?", tanya suamiku. "Dia sudah meninggal dunia". Kami tergamam. "Bila?" tanyaku dengan rasa yang bergetar. "Bulan Januari baru ni". Teringat di mindaku tentang kebaikannya malah kami telah bersama dengan Doktor Jaya sejak dari mula anak pertama kami lahir 21 tahun yang lalu. 'Siapa ganti dia, anak dia ke?". Nurse mengiakan. Sungguh terharu kini anak dia menggantikan ibunya, malah ketiga-tiga anak perempuannya kini menjadi Doktor.





Seperti biasa , aku dapatkan nasihat dari anaknya pula. Seperti ibunya, ia mengingatkan aku betapa dunia ini berputar sangat pantas dan sesekali bila menoleh, kita terharu dengan kehidupan yang tidak sunyi dari pertemuan dan perpisahan.
Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.