Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Tuesday, June 16, 2009

Pakej Haji Tabung Haji Travel 2009M/ 1430H

Kenaikan melalui Muasasah ialah RM1,000.00 menjadikan jumlah untuk naik Haji untuk Tahun 2009 ialah RM9,9980.00 . Tetapi melalui pakej haji 2009, kenaikan ialah diantara RM6,000.00 hingga RM7,000.00 dari harga pakej tahun 2008. Memandangkan kenaikan yang agak tinggi, kami akhirnya memilih Pakej Delima yang tidak membebankan iaitu pakej yang termurah iaitu RM19,990.00. Jarak hotel 650m dari Masjidil Haram, Insyallah tidak membebankan dalam usia 40 an.

Selain harga pakej, perkara yang turut ditekan oleh pihak Tabung Haji untuk membawa lebihan RM2,000.00 untuk menampung kemungkinan-kemungkinan yang tidak terduga misalnya terpaksa menggunakan perkhidmatan kerusi roda selain kos untuk membayar dam.

Sememangnya menggunakan pakej Tabung Haji agak mahal tetapi melalui pengalaman saya sebelum ini yang pernah menggunakan perkhidmatan Tabung Haji Travel untuk menunaikan umrah pada tahun 1997 dan menggunakan pakej swasta untuk umrah pada tahun 1999, saya tidak dapat menafikan keyakinan dan kepercayaan saya masih berpihak kepada Tabung haji Travel. Jadi biarlah mahal sedikit dimana harga pakej itu boleh memberi pakej yang lebih baik dari segi hotel jika dikelolakan oleh pakej swasta yang lain tetapi memikirkan melakukan Haji itu bukanlah semudah membuat Umrah, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak Tabung Haji Travel memandangkan pengurusan mereka sangat professional dan "reliable". Saya memerlukan mereka disaat-saat sukarnya membuat Haji kerana saya dapat bayangkan betapa keputusan untuk memilih siapa yang akan membawa kita bukanlah urusan yang remeh!

Biarpun pengorbanan wang ringgit menuntut kepayahan , ianya sedikitpun tidak membuat saya rasa terkilan kerana motif saya , saya mesti bersungguh-sungguh memberi yang terbaik untuk bertemu "kekasih" yang sekian lama dirindui.

Hari ini surat tawaran untuk "confirm" pakej mana yang kami pilih telah diterima dari Tabung Haji Travel. Saya diberitahu kekosongan masih ada dan saya harus menghantar jawapan secepat mungkin.

Semuga Tuhan permudahkan....

3 comments:

  1. Salam ukhuwah,
    Tahniah kerana berjaya menjadi tetamu Allah. Keputusan yang dibuat adalah keputusan terbaik untuk mengarap ganjaran melimpah ruah di Tanah Suci.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih. Buku saudara menjadi panduan saya supaya dapat mencapai yang terbaik. Usaha Dr. sangat bermanafaat untuk memberi galakan supaya lebih ramai yang menanam semangat untuk pergi menunaikan Haji pada usia yang masih muda.

    ReplyDelete
  3. Tkasih kerana membina blog yg memberi manfaat kepada orang2 lain yg akan menunaikan haji. Moga2 Allah memberi kebaikan kpd saudara-saudari

    ReplyDelete

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.