Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Friday, October 9, 2009

Rindu

Saat yang dekat , hati kita mula dibuai kesayuan. Kalau sebelum ini lebih tertumpu pada persedian mental , fizikal dan ilmu selain mengira "cukupkah duit ?" . Kini hari yang semakin dekat iaitu 22 hari lagi, perasaan kita mula bergolak. Antara percaya dan tidak , hari semakin dekat, kini perasaan ini semakin mudah tersentuh melihat wajah anak-anak yang akan kita tinggalkan. Menatap wajah mereka disaat mereka tidur , terasa sangat sayu.


Rindu.

Itulah yang paling susah dikemudikan. Teringat hari pertama berpisah dengan anak sulong kami sewaktu beliau memasuki sekolah asrama, saya menangis tidak berhenti. Airmata jatuh bukan dipaksa, lihat biliknya , airmata bergenang, lihat baju dan permainan dia , menangis lagi . Terdengar-dengar suaranya tapi bila dicari dia tidak ada dirumah sebenarnya. Bila makan , airmata jatuh lagi memikirkan bagaimanalah anak ku disana, sudah makankah, sedap tak, selera tak lauknya! Bila hendak tidur , saya tunggu sehingga pukul 11.30 malam kerana jadual dia menyatakan tidur dia pukul 11.30 malam. Esok paginya pukul 5 pagi sudah bangun dan tidak tergamak untuk tidur kerana waktu itu anak saya sudah bangun di asramanya. Begitulah susahnya membiasakan diri untuk berjauhan dengan anak-anak , sehingga bukan sahaja saya malah suami saya turut demam kerana "rindu".

Kini, saya harus melalui episod "rindu" dalam versi yang berbeza. Saya sudah menyuruh anak-anak saya memasukkan video clip dalam handphone saya, ucapan mereka , nyanyian mereka , kerana itulah penawar rindu saya sewaktu disana.


No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.