Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, October 8, 2009

Bertuah

Sebenarnya kita harus bersyukur kerana diberi peluang untuk tunaikan haji dalam keadaan kita ditatang bagai minyak yang penuh. Dari sejak awal March 09 kita diberi bimbingan untuk mengikuti Kursus Haji Bersiri setiap minggu dimana kita diajar dengan berbagai topik untuk meningkatkan pemahaman kita. Kemudian di uruskan kesihatan kita, diberi tips penjagaan, didedahkan dengan berbagai ilmu dan pengetahuan supaya kita dapat melakukan yang terbaik sewaktu disana. Belum ke sana lagi di beri kita Kursus Perdana untuk melalui latihan praktikal. Pihak Tabung Haji pula mengambil begitu ramai pekerja terdiri dari ustaz, pihak yang menguruskan makan minum kita, menguruskan Kursus kita, menguruskan penerbangan kita, menguruskan penginapan dan pengangkutan kita disana sehinggalah kita pulang nanti. Bukankah kita ini sebenarnya sangat bertuah kerana ditatang untuk kesana semata-mata untuk beribadat dan berusaha untuk mendapatkan Haji yang Mabrur.

Semuanya kini terserah kepada kita.

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.