Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, October 8, 2009

Kasih suami



Semakin dekat hari kami akan pergi , terasa kasih kami semakin erat. Begitulah indahnya kasih sayang yang diberi Illahi apabila kita sentiasa menghargai dan ikhlas menyayangi pasangan kita. Menerima "dia" seadanya. Melihat perkembangan diri . Merasai jiwa yang sama. Bukankah ini anugerah Tuhan yang tidak ternilai , diberi seorang suami yang terbaik untuk diri kita sebagai isteri. Apatah lagi "doa" yang saya tulis merangkumi doa seorang isteri untuk suaminya. Suami pula menulis "doa" untuk isterinya.

Secara tidak langsung, Haji itu sebenarnya mengukuhkan lagi kasih sayang yang telah sekian lama kita semai , dengan payah, dengan susah sekali mengharungi hidup ini bersama-sama , kini kita akan berubah kepada satu fasa yang lain, bukan dia seorang atau kita seorang yang akan melalui fasa perubahan tetapi perubahan itu kita lalui bersama-sama. Bersama-sama bergandingan tangan untuk kita menjadi lebih baik dari semalam.

Seperti umrah-umrah sebelum ini , saat bersama melalui susah dan payah mengumpul duit, melalui setiap detik dibumi Mekah, menangis dihadapan Kaabah bersama-sama, berdoa bersama-sama , tangan yang memimpin diriku , seorang isteri diwaktu tawaf dan sai , membuat aku tidak akan pernah kesal menjadi "isterimu" dunia dan akhirat.

Ya Allah, peliharalah kasih sayang kami didunia dan akhirat. Tidaklah aku hanya isteri didunia semata tetapi jadikanlah aku isteri buat suamiku diakhirat juga. Usah pisahkan kami ....

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.