
Memandangkan DOA telah pun kami siapkan dan cuma membuat pembetulan , kami berazam kali ini apabila berada disana untuk membaca doa yang istimewa ini di 15 tempat dimana doa-doa dimakbulkan, Insya ALLAH !
1. Di Tempat Wukuf - pada bila-bila masa
2. Di Multazam - tengah malam
3. Di bawah pancuran Emas - waktu sahur
4. Di Makam Ibrahim - waktu sahur
5. Di Dalam Kaabah - waktu Asar
6. Di Atas Bukit Safa - waktu Asar
7. Di Atas Bukit Marwah - waktu Asar
8. Di Tempat Sai - waktu Asar
9. Di Sisi Zam Zam - waktu gurup matahari
10. Di Arafah / Wukuf - waktu naik matahari
11. Di Mudzalifah - waktu naik matahari
12. Di Jamrah Sughra - waktu naik matahari
13. Di Jamrah Wusta - waktu naik matahari
14. Di Jamrah Kubra - waktu tengah malam
15. Di Mina - 14 Zulhijah
Suami saya yang telah printkan doa-doa tersebut , iaitu 8 mukasurat ,berkata, "banyak nak baca ni mama, kita nak baca pula setiap kali sepanjang berada disana selain doa didalam buku". "Biarlah kita berdoa lama-lama kerana hanya pada Allah kita boleh mengadu, bila diberi peluang mengapa kita hendak lepaskan", kataku.
Lagipun sewaktu disana kita tidak perlu tergesa-gesa , kerja kita hanyalah beribadat didalam Masjid , menanti dari satu solat ke satu solat yang lain. Yang penting kita berdoa supaya kita diberi ruang untuk dapat berada didalam masjid, sebab itu penting untuk latih diri untuk "sentiasa ada wudu" sejak dari sekarang supaya apabila ada disana, wudu kita sudah sentiasa terjaga dan mudahlah kita membuat berbagai ibadat didalam Masjid seperti mengaji, zikir, berdoa selain solat-solat fardhu dan sunat. Aktiviti ini dapat kita lakukan apabila kita telah melakukan umrah atau mungkin tidak boleh melakukan umrah lagi apabila hari wukuf telah hampir kerana kita digalakkan untuk menjaga kesihatan kita seminggu sebelum hari wukuf. Wukuf itu sangat penting dan kita perlukan stamina dan kesihatan yang terbaik untuk melaluinya.
Yang selalu risaukan saya , dapatkah saya memasuki dan solat di dalam masjid untuk setiap kali solat Fardhu dengan bilangan yang begitu ramai. Melihat dari gambar-gambar dimusim haji , jemaah solat sehingga kejalan-jalan raya !
Ya Allah , aku bermohon kepadaMU , berilah aku ruang untuk solat di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi disetiap kali solat fardhuku dan solat sunat sepanjang aku berada disana.

Yang selalu risaukan saya , dapatkah saya memasuki dan solat di dalam masjid untuk setiap kali solat Fardhu dengan bilangan yang begitu ramai. Melihat dari gambar-gambar dimusim haji , jemaah solat sehingga kejalan-jalan raya !
Ya Allah , aku bermohon kepadaMU , berilah aku ruang untuk solat di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi disetiap kali solat fardhuku dan solat sunat sepanjang aku berada disana.

No comments:
Post a Comment