Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Tuesday, June 30, 2009

Kasih suami

Selalu terdengar , sewaktu menunaikan Haji atau Umrah, pasangan suami isteri selalunya bertengkar malah adakalanya sehingga bercerai berai. Pernah saya lihat situasi, dimana si isteri tidak ambil tahu bila suaminya akan pergi Haji . Kerana perginya bersama ibunya dan abaikan perasaan isterinya.

Saya pernah melihat seorang pakcik yang menunaikan umrah bersama isteri dan anak lelakinya, duduk menanti isterinya yang terengsut-engsut berjalan melakukan Sai dan di pimpin anak lelakinya. Pakcik tadi dengan selambanya berkata" Makcik kamu dah tak larat, jalan lambat sangat". Yang sedihnya , Pakcik sudah jalan dulu dan tinggalkan isterinya . Mujurlah anak lelakinya sentiasa memimpin ibunya walaupun berjalan dengan sangat perlahan.

Di situasi yang lain , saya lihat pasangan suami isteri berbangsa Arab, kelihatan si suaminya memimpin isterinya berjalan lebih lambat dari makcik tadi. Tapi suaminya tidak tinggalkan isterinya. Terlihat begitu kasihnya suaminya pada si isteri. Sesekali terlihat mereka berhenti meminum Air Zam-Zam sebelum teruskan Sai.

Dan mujurlah , sewaktu saya melakukan kedua-dua Umrah sebelum ini, suami saya sangat penyayang dan sentiasa memimpin dan menjaga saya. Setiap kali pulang dari melakukan umrah, suami sayalah yang akan sapukan minyak dan urutkan kaki saya setiap malam kerana esok kami harus berjalan jauh lagi untuk membuat umrah. Setiap saat bersama sambil berdoa dan ibadat bersama, sebenarnya akan merapatkan kasih sayang suami isteri.

Mengenangkan , sewaktu Haji nanti, kami akan berasingan bilik, pasti saya akan sedih kerana tiada lagi suami saya yang akan sapukan minyak dikaki seperti selalu. Malah belum pergi Haji lagi , kasih suami saya begitu terasa. Terasa dia semakin sayangkan saya. Semuga Haji nanti , kasih sayang kami akan terus subur dan semuga kami tidak di uji dengan pertengkaran seperti yang selalu terdengar dari cerita-cerita dan pengalaman melihat sendiri sewaktu Umrah dulu!




Michael Jackson dan Hidayah

Kematian Michael Jackson sedikit membekas di hati. Kagum dengan komitmen beliau dalam bidangnya sehingga dia menjadi seorang insan yang sangat popular di seluruh dunia. Dia terlalu unik dengan seni tarinya dan keunikannya itu tidak dapat ditiru oleh sesiapa, walaupun tariannya itu sudah berusia 20 tahun yang lalu! Itulah yang membezakan seorang insan dengan insan yang lain. "Komitmen" dalam apa juga perbuatan kita sehingga kita tidak perlu takut kerana 'hanya ada satu insan" contohnya seperti Michael Jackson. Sikap inilah juga yang perlu ada dalam setiap kita.

Michael Jackson juga menyumbang sebahagian besar pendapatannya untuk membantu mangsa peperangan, menolong kanak-kanak yang sakit, negara yang mundur , pesakit Aids/HIV malah 39 "Charity Organisation" adalah dibawah naungannya. Bukankah itu sesuatu yang istimewa mengenai seorang insan yang di war warkan oleh media US sebagai "wacko". Dia diberi gambaran yang berlainan dengan apa yang diperjuangkan. Bagaimana dia ditindas oleh media yang secara halus ingin membunuhnya tapi dia tetap dengan perjuangannya "Help the children".

Apa juga yang kita ingin lakukan , berilah yang terbaik, sehingga tidak ada orang lain yang boleh lakukan selain diri kita. Tapi komitment seperti Michael Jackson sangat jarang dimiliki oleh setiap kita. Dalam kegemilangan hidup , walau sehebat mana, akhirnya beberapa bulan sebelum kematiannya, Allah beri dia Hidayah dan terpikat pada Islam. Bukanlah kita yang selayaknya untuk menilai sejauh mana iman, sehebat mana pencarian dalam diri seseorang. Michael Jackson mungkin manusia terhebat hampir seluruh hidupnya dengan agamanya, tapi disaat akhir hidupnya , bagaimana keajaiban Allah telah memberi "pedoman" untuk dia . Hanya Allah yang mengetahui atas apa yang dijadikan pada hambaNya.

Kita mungkin dilahirkan sebagai Islam, tapi Islam kita mungkin , tidak semakin hari semakin kuat. Michael Jackson mungkin tidak membesar dengan Islam tetapi setelah bergelumang dengan berbagai dugaan , akhirnya dia menemukan cahaya Islam. Satu destinasi yang menjadi penawar atas setiap dugaan. Mungkin kita tidak merasakan kehebatan Islam dalam diri kita sebagai mana Michael Jackson rasai kerana dia melalui jalan yang sangat sukar untuk "akhirnya" memilih Islam....




Friday, June 26, 2009

Kau sangat dekat !

Hidup ini sangat singkat sebenarnya. Pada usia 44 tahun , saya rasa , kematian ada dimana-mana malah bila-bila. Perasaan ini membuat saya sentiasa bersedia menanti setiap detik. Dengan debar , dengan risau, dengan sedih, dengan gembira, dengan tidak sabar-sabar, dengan takut...segala macam perasaan berbaur.

Bila menoleh kebelakang , tentang jalan yang telah kita lalui, berbagai kesilapan dan pengalaman yang telah kita lalui. Syukur pada Illahi, dalam kedaifan mencari kekuatan iman, Tuhan sentiasa tunjukkan jalan, sentiasa bimbing hambanya ini. Usahlah ketaatan yang tidak sempurna ini , kau pesongkan disaat-saat penghujung perjalanan ini. Terlalu ingin, kalau nanti saat aku bertemu Mu, kau sempurnakan imanku supaya tidaklah dunia yang fana ini dapat menarikku lagi. Cintaku hanyalah PadaMu. Kau yang selalu dekat dihatiku. Kau yang sentiasa ada dalam setiap nafasku. Kau yang tidak pernah kulepaskan dalam ingatanku. Kau yang sangat aku rindui....terlalu sakit menahan kerinduan ini walaupun terpaksa melepaskan insan-insan yang amat kusayangi di dunia ini.

Perasaan apakah ini ...

Airmata sentiasa mengalir setiap kali mengingatimu malah menyebut namaMu dalam sujudku , terasa Kau sangat dekat...sangatlah dekat.

Cinta itu sangat sakit kerana rindu....



Thursday, June 25, 2009

Tahlil Terakhir

Saat-saat begini , terasa perjalanan haji ku semakin sayu , semakin rindu pada sesuatu yang aku sendiri tidak mengerti. Hati ini terasa amat gembira dan terlalu sedih. Seperti inilah saat-saat aku meniti saat-saat aku menyiapkan "pemergian yang abadi".

Semalam sewaktu tahlil untuk arwah emak, terasa aku membuat tahlil untuk diriku sendiri. Betapa sedih dan sayunya kalau inilah antara Tahlil-Tahlil terakhir dalam hidupku. Tahlil-tahlil terakhir yang dapat kubuat untuk emak.

Tuhan, "aku redha atas segala yang tersurat dalam hidupku"....

Hajjah di usia 29 tahun.

Petang semalam, dikunjungi sahabat lama sewaktu belajar di ITM dulu. Oleh kerana sahabatku Ana tidak dapat hadir ke Majlis Tahlil yang diadakan dirumahku pada waktu Magrib , beliau menjengukku terlebih dahulu. Seperti biasa , Ana memang pemurah. Sejak dari zaman di Itm lagi , masih aku ingat dia membelikan towel untuk semua rakan kelas kami di hari terakhir pengajian kami tamat. Seperti biasa dia membawa kuih muih dengan begitu banyak untuk dijamu bersama semasa tahlil nanti. Kami sempat berbual tentang kisah-kisah lama.

Ana telah mengerjakan Haji sejak usia 29 tahun , iaitu 15 tahun yang lalu. Bertuah kerana mempunyai suami yang mempunyai target untuk menunaikan Haji sebelum usia 35 tahun. Dan yang bagusnya , suaminya mahu pergi hanya dengan kehadiran isterinya. Selalunya pada usia yang muda , suami-suami hanya akan pergi seorang . Jelas niat dan fokus mereka akhirnya memberikan rezeki yang melimpah ruah dalam hidup mereka . Seronok lihat kawan-kawan yang berjaya dalam hidup mereka. Saya percaya nasib orang yang berjaya banyak bergantung kepada apa yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka. Sikap dan fokus mereka dalam hidup hampir sama. Mereka adalah insan - insan yang pemurah. Kata Ana, 15 tahun dulu beliau juga menggunakan Pakej Tabung Haji dan harganya hanyalah sekitar RM8,000.00. Dan sekarang pakej termurah dengan Tabung Haji ialah RM20,000. Tapi 15 tahun dulu bukan senang nak cari RM8,000.00. Jadi nilai nya tetap sama , bila pun kita pergi. Yang penting , niat untuk pergi akan memudahkan kerana dengan izin Allah , Tuhan akan tunjukkan jalan dan cara , walaupun sewaktu hendak pergi , hampir semuanya yang mengalaminya akan berkata, mana nak cari duit...tapi setiap mereka yang menyimpan "niat yang bersungguh-sungguh" pasti Allah akan permudahkan.

Sempat bercerita , kawan-kawan usrahnya bertanya pada Ana, sudah pergi Haji ke? Dan ringkas jawabnya, "sudah". Kenapa tak pakai nama Hajjah. Seperti juga saya , Ana bersetuju, pengiktirafan "Hajjah" itu antara kita dengan Tuhan dan beliau tidak selesa ianya dijaja dikalangan insan. Biarlah hanya kita dan Tuhan yang tahu .






Tuesday, June 23, 2009

Fadhilat Bulan Rejab




Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, “Ketahuilah bahwa Bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”



1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab / Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3.
Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4.
Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5.
Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allahswt..InsyaAllah

6.
Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7.
Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah saw lagi :”Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”
Maka berkata Jibrilb as “Ya Muhammad
sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :”Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau “Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?” Lalu beliau bersabda “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka.”

Sabda beliau lagi “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur.” Tsauban bertanya “Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda beliau “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Kenduri sempena menyambut Bulan Rejab

Sejak dari kecil , saya dilatih untuk selalu meraikan tetamu. Maka acara mengajak makan dikalangan kawan-kawan, adik beradik, sanak saudara dan meraikan staf-staf suamiku sudah menjadi kebiasaan dalam rutin hidup kami. Masih ingat pesan emak, memberi makan adalah pahala yang terbaik. Emak , sewaktu hayatnya , akan bersedekah pada jiran-jiran disekitar rumahnya , walaupun hanya membeli nasi lemak yang di jual didepan rumah. Emak akan beli kesemuanya dan menghantar untuk kawan-kawannya disekitar rumah, di hampir setiap hari Jumaat. Kalau anak-anaknya mendapat berita baik samada naik pangkat atau berjaya dalam peperiksaan atau apa sahaja berita gembira , emak akan menghantar pisang ke Masjid. Emak bukanlah seorang yang kaya malah tidak mempunyai 1 sen pun pendapatan bulanan selain dari pemberian dari anak-anaknya. Tapi itu bukan alasan untuk emak untuk terus bersedekah yang menjadi rutin mingguannya.

Alhamdullilah , walaupun emak sudah pun pergi menyahut panggilan Illahi 6 tahun yang lalu, tidak pernah surut kenduri Tahlil yang dibuat oleh anak-anaknya. Malah itulah jambatan ingatan kami untuk terus memberi rezeki pada emak , walaupun kami kini di berlainan alam. Malah seingat aku , tidak pernah sehari tidak mengirimkan doa dan surah buat emak semenjak pemergiaan emak 6 tahun lalu.

Esok , datang lagi Bulan Rejab. Kalau dulu emak selalu berpuasa dan masih terngiang suaranya untuk mengingatkan anak-anaknya untuk turut sama berpuasa. Untuk melepaskan kerinduaan , esok , anak emak akan membuat Tahlil dirumah . Tetamu-tetamu yang terdiri staf-staf suamiku dan keluarga mereka akan hadir kerumah dimana mereka akan berpuasa di siang harinya dan akan berbuka puasa dirumahku sebelum kami memulakan Majlis Tahlil dan Kenduri Doa Selamat.

Bersyukur pada Illahi, rezeki yang dilimpahi tidak pernah putus , berkat doa emak semasa hayatnya masih melindungi kami adik beradik, melindungi kami anak beranak !

Monday, June 22, 2009

Kursus Haji - Permasalahan Wanita

Pengajian minggu ini adalah berhubung dengan permasalahan wanita sewaktu menunaikan Haji.
Apa yang menarik perhatian saya ialah tentang maklumat yang perlu di ingat sekiranya kita berniat untuk menunaik Haji Tamattuk, tetapi pada waktu hendak pergi wukuf di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah dimana Haid masih belum kering , misalnya, hendaklah kita menukar niat kita untuk menunaikan Haji Qiran (niat untuk Haji dan Umrah bersama) dan lakukanlah sehingga sempurna.

Antara maklumat yang diberi oleh pihak Tabung Haji pada minggu ini ialah pembahagian para bakal jemaah mengikut tempat-tempat yang mereka ikuti Kursus Bersiri Haji , dimana kumpulan kami yang mengikuti Kursus tersebut di Pusat Islam bersama 2 lagi Masjid telah dikategorikan sebagai "Maktab 3" dimana kursus terakhir bagi menjalani "Kursus Praktikal" yang akan dilakukan pada 11 Julai 2009 mulai 7 pagi - 12 tengahari.

Kami perlu membawa barang berikut :

70 biji anak batu
Air mineral

Lelaki - perlu memakai pakaian ihram.

Selain itu pihak Tabung Haji juga telah mengeluarkan 29 agensi yang ditauliahkan untuk menjalankan Haji secara pakej. Nasihat yang amat penting , pastikan agensi tersebut dibawah pengiktirafan Tabung Haji untuk mengelakkan dari di tipu.

Pada saya, kalau Haji yang pertama, adalah lebih baik untuk menggunakan Pakej Tabung Haji Travel untuk mengelakkan sebarang masalah di tipu. Mungkin harganya agak mahal sedikit tetapi kita tidak perlu risau dan dapat fokuskan tentang ibadat kita.


Thursday, June 18, 2009

Doaku yang dimakbulkan !

Setelah 10 tahun perkahwinanku, baru aku mendapat anak perempuan yang pertama ,setelah berdoa di Kaabah. 2 tahun kemudian menunaikan umrah sekali lagi, doaku memohon , seorang lagi anak perempuan. Bersyukur aku , apabila doaku dimakbulkan sekali lagi. Inilah anak-anak gadisku yang sempurnakan hidupku.


Bagaimana bercinta dengan Allah


Sumber dari website : www.fuadlatip.com


Sementara saya menyiapkan video bersiri menggantikan artikel bersiri Kenali Otak Kita Di dalam Hidup BerTuhan, saya ingin kongsikan sesuatu yang menarik.

Berikan saya golongan yang paling tenang sekali di antara kita masa kini?

Jawapannya ada 2 sahaja.
1. Bayi dan kanak-kanak di bawah 3 tahun.
2. Orang yang sedang asyik bercinta (bukan cinta yang bermasalah).

Kenapa dua sahaja? Kenapa saya tidak masukkan sekali mereka yang kuat amal ibadah? Maafkan saya kerana mereka yang kuat amal ibadah belum pasti jiwanya tenang. Walaupun saudara tidak setuju namun ia adalah hakikat bahawa tidak semua yang kuat beramal ibadah, hati mereka tenang. Ini kerana kita tidak tahu sejauh mana mereka ikhlas di dalam beribadah.

Berbeza dengan dua golongan yang saya katakan, semua mereka adalah orang yang tenang. Mereka asyik dengan dunia mereka. Bayi atau kanak-kanak di bawah umur 3 tahun masih belum mampu berfikir dengan rasional. Mereka masih dalam proses belajar untuk memahami sesuatu.

Mereka masih belum boleh bertutur dengan baik. Kerana itu mereka masih belum banyak berfikir. Proses pemikiran mereka meningkat dari hari ke sehari namun masih di tahap Alpha ke bawah. Apabila frekuensi fikiran berada di tahap Alpha ke bawah, ini bermakna mereka banyak menggunakan otak kanan dan mereka cukup tenang.

Kerana itulah proses pembelajaran yang terbaik adalah ketika umur di bawah 3 tahun. Di bawah umur 3 tahun inilah kita perlu memastikan sekurang-kurangnya mereka sudah mula mengenal huruf dan nombor. Ini kerana proses pembelajaran menggunakan otak kanan cukup cemerlang. Jika kita lihat lagi, mereka tidur cukup nyenyak ketika berada di umur bawah 3 tahun ini. Mereka sangat tenang.

Saya tidak mahu mengulas lanjut golongan yang pertama iaitu golongan kanak-kanak 3 tahun ke bawah. Saya suka menceritakan golongan orang yang sedang asyik bercinta yang tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tidak pasti bagaimana pengalaman saudara bercinta. Pengalaman saya, memang ia cukup mengasyikkan.

Ketika saya bercinta, pasangan saya (kini isteri) menyambung pelajaran di peringkat PhD di University of Southampton, UK. 4 tahun beliau di sana dan saya di Malaysia. Asyiknya kami bercinta sehingga jarak dan waktu tidak lagi merupakan faktor penghalang kami.

Setiap hari berhubung melalui Skype. Saya adalah orang yang perkenalkan Skype di UiTM ketika itu. Kerana semasa Skype yang baru diperkenalkan 3 hari, kami sudah menggunakannya. Maklumlah orang bercinta. Sentiasa mencari sesuatu agar mudah berhubung. Ketika itu bersembang sampai 3-4 jam sehari tidak menjadi masalah. Melekat sahaja di kepala saya dengan headphone yang mempunyai microphone. Macam operator telekom.

Bila isteri balik ke Malaysia setelah memiliki PhD (isteri saya mendapat PhD ketika berumur 27 tahun), kami selalu keluar hujung minggu. Panas atau hujan, berjumpa tetap berjumpa. Aduh…mengingatkan masa bercinta…ia cukup mengasyikkan.

Saudara juga mempunyai kisah cinta saudara semua. Mungkin kurang atau lebih hebat dari saya. Tetapi apa yang saya ingin kupaskan di sini, PERASANKAH SAUDARA BAHAWA ALLAH MEMBERIKAN PERASAAN CINTA SESAMA KITA SUPAYA KITA TAHU BAGAIMANA CARANYA UNTUK BERCINTA DENGAN ALLAH?

Apakah ubat rindu ketika bercinta? Berhubung dan berkomunikasi bukan? Kita sanggup berkomunikasi berjam-jam lamanya. Panas telinga kita pun dengan telefon yang melekat di telinga, kita tak peduli. Jika seminggu sekali telefon berjam-jam tidaklah hairan. Ini setiap hari.

Kalau orang lain melihat, sudah pasti tidak memahami apakah yang diborakkan sehingga mampu bertelefon setiap hari berjam-jam lamanya. Cuba sehari tidak berhubung? Aduhhh…pasti tidak semangat melakukan apa jua kerja jika sehari tidak mendengar khabar orang yang kita cintai. Bukan sekadar itu, pelbagai perasaan tidak tenang muncul. Apatah lagi kalau tersilap melakukan kesalahan. Bertan-tan maaf diucapkan. Sanggup melakukan apa sahaja untuk meminta maaf.

Apabila berjumpa dengan pasangan, kita bagaikan lupa segalanya. Berjalan di tengah panas pun kita tidak peduli. Tidak hairan dengan orang ramai. Kita fokus dan asyik dengan percintaan kita bersama pasangan. Aduhh….sungguh gembira saat itu. Kita KUSYUK bercinta.

Jika kita diminta pasangan untuk menjaga barangnya sekejap seperti beg tangan atau apa jua, kita menjaganya dengan begitu berhati-hati. Kita takut jika terjadi apa-apa pada barang yang kita diamanahkan untuk menjaganya oleh pasangan kita.

ORANG BERCINTA INI ADALAH ORANG YANG TENANG. MEREKA BERADA DI TAHAP ALPHA KE BAWAH. Frekuensi otak mereka cukup perlahan dan rendah. Mereka banyak menggunakan otak kanan ketika ini. Jangan hairan ketika ini orang bercinta cukup hebat bermadah dan berpuitis dengan bait-bait cinta dan pujuk rayu. Mereka asyik sehinggakan tidak peduli dengan panas, hujan, penat, kesesakan dan apa jua pun. Yang penting sentiasa bersama dengan pasangan.

Apakah pengajarannya kepada kita dengan bercinta ini? Apakah iktibar yang Allah berikan pada kita dengan pemberian perasaan cinta sesama manusia ini?

Pernahkah kita memohon kepada Allah untuk bercinta denganNya? Apa yang kita biasa lakukan adalah memohon kepada Allah agar Allah mengasihi kita. Menyayangi dan mencintai kita. NAMUN KENAPA KITA TIDAK PERNAH BERDOA AGAR ALLAH TITIPKAN RASA KASIH, CINTA DAN SAYANG KEPADA ALLAH DALAM JIWA KITA?

Bagaimana ingin tahu samada kita kasih, cinta dan sayang pada Allah atau tidak? Mudah sahaja. Orang yang bercinta akan sentiasa berkomunikasi untuk menghilangkan rindunya pada pasangan mereka. Jadi ia sama sahaja jika kita ada perasaan kasih, cinta dan sayang pada Allah. Pastinya setiap saat kita akan berkomunikasi dengan Allah untuk menghilangkan rindu kita. Malahan kita akan lebih berkomunikasi kerana kita bukan sekadar rindu, kita mengharap, memohon, berdoa, dan memuja Allah. Pengajaran inilah yang kita tidak endahkan selama ini.

Apabila ada rasa kasih, cinta dan sayang pada Allah, walau apa jua keadaan pun kita sanggup untuk berhubung dengan Allah. Kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah walau apa jua keadaan dan masa. Di mana berada dan bila pun jua. Sepertimana kita bercinta, sanggup berjumpa, berjalan, menemani pasangan kita walaupun ketika hujan, panas, sesak dan sebagainya.

Semua yang ada di dunia dan di langit dan di antaranya adalah milik Allah. Kawan-kawan kita malah diri kita adalah milik Allah. Namun mengapa kita tidak menjaga milik Allah sepertimana kita menjaga barang milik pasangan kita? Kenapa kita sering sakitkan hati kawan-kawan atau orang lain yag kita tidak kenali sedangkan semua mereka adalah milik Allah yang kita kasih, cinta dan sayangi? Kenapa kita rosakkan harta benda dan alam sekitar di dunia ini sewenang-wenangnya sedangkan semua itu milik Allah?

Tidak kasihkah kita pada Allah? Tidak cintakah kita pada Allah? Tidak sayangkah kita pada Allah?

Jika kita kasih, cinta dan sayang, sejauh mana kita sebenarnya kasih, cinta dan sayang pada Allah setelah saudara membaca artikel saya ini?

Berkomunikasilah sentiasa setiap saat dengan Allah. Panjatkan doa memohon agar Allah berikan rasa kasih, cinta dan sayang pada Allah dalam hati kita. Selama ini kita memohon agar Allah sahaja kasih, cinta dan menyayangi kita. Jadi mulai hari ini, kita ubah sedikit permohonan kita pada Allah.

Bila kita sering berkomunikasi dengan Allah, jiwa kita tenang kerana kita fokus kepada perhambaan diri pada Allah. Kita berfikir dalam frekuensi Alpha ke bawah. Kita lebih redha dengan Qada’ dan Qadar Allah. Jiwa kita kental. Kita akan jadi asyik dengan Allah sepertimana asyiknya orang bercinta. Kita akan lebih kusyuk di dalam solat. Kita akan lebih positif untuk berubah dan perubahan ini akan menjadi kekal kerana Allah juga kasih, cinta dan menyayangi kita.

Saudara, berkomunikasilah dengan Allah. Inilah satu-satunya cara untuk PERUBAHAN YANG KEKAL. YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN OLEH PAKAR-PAKAR MOTIVASI SECARA SAINS DAN SPIRITUAL.

Kenapa Perlu Berkomunikasi dengan Allah

sumber dari website : www.fuadlatip.com



Artikel saya sebelum ini banyak menjelaskan baiknya berkomunikasi dengan Allah walau apa jua perkara. Komunikasi yang saya maksudkan adalah bukan semata-mata berdoa dan berzikir, tetapi segala perkara sebaiknya berkongsi dengan Allah. Berdoa lebih kepada memohon dan berzikir lebih kepada memuji Allah. Tetapi komunikasi yang saya maksudkan adalah segala-galanya.

Saya tertarik dengan artikel Sifoo PTS, puan Ainon berkenaan dengan hebatnya bangsa Jepun. Salah seorangnya adalah Dr. Yoshiro Nakamatsu. Cuba saudara semua baca artikel ini pula tentang interview bersama Dr Jepun ini. Setelah saudara habis baca artikel saya ini nanti, cuba saudara baca artikel dalam blog personal saya pula salah satu saya mengajar anak saya di sini.

Ok, marilah kita bincangkan apa kata Dr Nakamatsu.

Nakamatsu:
Yes, that's part of a three-step process. When developing ideas,
the first rule is You have to be calm. So I've created what
I call my "static" room. It's a place of peace and quiet.
In this room, I only have natural things: a rock garden, natural
running water, plants, a five-ton boulder from Kyoto. The walls are white.
I can look out on the Tokyo skyline, but in the room there is no metal or
concrete-only natural things like water and rock and wood.
Chic:
So you go into your "static" room to meditate?
Nakamatsu:
No, just the opposite! I go into the room to free-associate.
It's what you must do before meditating, before focusing on one thing.
I just throw out ideas-I let my mind wander where it will.

“Before meditating’ menunjukkan bahawa Dr Nakamatsu melakukan meditasi selepas beliau berehat sekejap di dalam bilik khas beliau. Pointnya adalah beliau meditasi atau dalam dalam islamnya adalam tafakur. Dengan bermeditasi atau tafakur, Dr Nakamatsu banyak mendapat idea dan ilham di dalam ciptaannya. Oleh kerana Dr Nakamatsu bukan islam, maka itulah cara bertafakurnya.

Cara terbaik untuk kita sebagai umat islam, bertafakur terbaik adalah dengan berkomunikasi dengan Allah. Jika cara barat, mereka mengatakan tafakur atau meditasi perlu mengosongkan fikiran. HAKIKATNYA, mana mungkin kita mampu mengosongkan fikiran. Maka terbaik adalah untuk kita adalah berkomunikasi dengan Allah dalam apa jua perkara.

APAKAH KEBAIKAN KOMUNIKASI DENGAN ALLAH?
Saya tidak mahu mengupasnya dari sudut agama. Kerana agama jelas memberitahu kita perlu mengingati Allah setiap saat walaupun kebanyakan kita gagal untuk mengingati Allah. Betul atau tidak, cuba tanya samada ketika saudara melakukan kerja, berjalan, makan, mandi, bersembang dengan kawan atau pun sedang berjimak (maafkan saya) atau juga baca artikel ini, adakah saudara ingat Allah? Atau kita ingat Allah diawalnya sahaja ketika baca doa?

PENJELASAN SAINS KEHEBATAN KOMUNIKASI DENGAN ALLAH
Apabila kita sentiasa berkomunikasi dengan Allah, sebenarnya kita akan fokus dengan pencipta kita. Kita sentiasa rasa tenang kerana kita merasakan bahawa Allah sentiasa menemani kita. Saudara banyak membaca kisah haji bukan. Saya yakin kerana sekarang ini buku-buku kisah haji ramai mendapat tempat di hati saudara. Tetapi berapa ramai yang membacanya terkesan? Kenapa tidak terkesan? kerana konsepnya kita tidak nampak.

Kita tahu, orang yang pergi menunaikan haji berasa tenang. Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram sangat tenang kerana orang-orang yang ada di sana semuanya fokus dengan ibadah kepada Allah. Apabila kita berKOMUNIKASI dengan Allah, ketenangan akan lahir dari jiwa kita.

Apabila kita bertafakur dengan berkomunikasi dengan Allah, kita akan tenang. Ketenangan ini membuatkan FREKUENSI OTAK KITA MENJADI RENDAH iaitu DI LUAR frekuensi BETA (13 - 30 Hz). Di luar frekuensi BETA maknanya, kita berfikir di dalam frekuensi samada ALPHA, THETA, DELTA ATAU DEEP DELTA. Apabila kita berfikir di luar frekuensi BETA kita sebenarnya berfikir menggunakan OTAK KANAN.

Saudara lihat gambar otak kita dari pandangan belakang dalam gambar di bawah ini.

Otak kanan lebih kepada gembira manakala otak kiri lebih kepada kerja. Jika kita banyak berfikir, kita akan berfikir di dalam frekuensi BETA. Inilah yang membuatkan kita stress dan bernafsu tinggi. Otak kanan lebih gembira, tenang, riang dan pelbagai perasaan seumpamanya.

Kita memerlukan kedua-dua otak ini kerana untuk menggerakkan tubuh badan dan berfikir, kita memerlukan otak kiri. Tetapi untuk mendapat idea dan ilham, otak kanan diperlukan.

Siapakah yang paling banyak menggunakan otak kanan? Jawapannya adalah bayi dan orang yang tengah asyik bercinta. Saya akan kupaskan hal ini di dalam artikel yang akan datang.

Jika saudara sering komunikasi dengan Allah, saudara boleh menukar frekuensi otak saudara dengan kawalan saudara sendiri. Inilah yang sedang saya praktikkan di mana ketenangan boleh dicapai dengan kawalan diri kita.

Kesilapan ramai adalah menganggap jiwa atau hati yang tenang datang dari otak yang berfikiran positif. SEBENARNYA OTAK YANG BERFIKIRAN POSITIF DATANG DARI JIWA DAN HATI YANG TENANG. Bagaimana menenangkan jiwa atau hati ini? KOMUNIKASILAH DENGAN ALLAH DALAM APA JUA PERKARA. BERKONGSILAH APA JUA CERITA DENGAN ALLAH.

KERANA ITU ORANG YANG PERGI HAJI, SENTIASA SOLAT MALAM, BACA AL QURAN DAN BANYAK BERIBADAH LEBIH TENANG. Tetapi mereka tidak tahu untuk menjelaskan kepada kita bagaimana ketenangan dan perubahan sikap yang mereka perolehi agar orang yang mendengar pengalaman mereka untuk turut sama berubah. MEREKA SEBENARNYA BANYAK BERKOMUNIKASI DENGAN ALLAH. Inilah jawapannya !!!!!

Wednesday, June 17, 2009

Ameer dengan Umrahnya .

Anakku Ameer dan suamiku dengan pakaian Ihramnya.


3 orang nenek ini adalah nenek-nenek kesayangan Ameer dan Nabila sewaktu Umrah. Mereka selalu bersama.



Sewaktu di Bukit Uhud , bersama Ameer dan Nabila. Mereka masih berkawan sehingga ke hari ini. Yang kelakarnya sewaktu di Jabal Rahmah, anakku Ameer membelikan cincin kepada Nabila. Usikku, "nanti kahwin dengan Nabila, pasal Ameer nak bagi cincin ni pada Nabila". Mereka berdua kini sudah berusia 21 tahun.

Bersama-sama abang-abang yang turut serta dalam kumpulan kami. Airport di Jeddah


Anak sulungku, Ameer sememangnya bertuah kerana menunaikan umrah sewaktu berusia 11 tahun sewaktu mengikuti kami pada tahun 1999. Gambar ini semasa lawatan kami di Masjid Terapung di Jeddah. Ayah Nabila, dua dari kanan , meninggal dunia , beberapa bulan setelah pulang dari Umrah. Beliau adalah seorang yang sangat baik , pemergiannya sungguh tidak disangka. Kini Nabila sudah tiada Ayah. Sedih bila mengenang saat manis kami disana....

Kata Renungan dari seorang Adik

Dalam usia yang meningkat, perasaan sayu selalu menyelubungi diri. Terasa betapa kerdilnya kita di bumi Allah ini. Sejauh ini perjalanan , banyak pengalaman dan pelajaran yang kita lalui . Pengalaman demi pengalaman itulah yang mendewasakan kita. Kita lihat sekeliling dan semakin lama kita lihat, perjalanan kita sudah melalui berbagai episod kehidupan. Sejak dari zaman anak-anak, berjuang untuk hidup yang sememangnya kesukaran tak dapat kita hindari. Bila berada di usia begini, kita rasa terharu. Banyaknya kesilapan yang kita lakukan, berbagai insan yang kita temui, ada yang menggembirakan malah tidak kurang sebaliknya.

Kita juga meratapi kehilangan insan-insan yang kita sayangi. Tinggallah kita kini dengan mereka yang masih tinggal untuk menemani dan mewarnai hari-hari kita yang seterusnya.

Hari ini menerima email dari seorang adik yang sangat menghiburkan hati, adik yang selalu menggembirakan hati yang rawan. Sesekali bila duduk di taman dirumah , suamiku berbisik "rindu pada Joe". Inilah "kata renungan dari seorang adik bernama Joe" yang menyentuh perasaanku. Hidup ini adalah perjuangan dan pengorbanan , dan indahnya , kami adik beradik sentiasa "bersama" dalam setiap episod kehidupan....

Kata Abg Kamal,
" Abg memang respect dgn abah..sbb cara dia besarkan anak-anak"

Kata Kak Yong,
" Dunia ini hanya lah sandiwara, yang kekal adalah akhirat"

Kata Abg Chik,
" Abg Chik akan bantu emak lebih kalau mak ada lagi sekarang.. rezeki bangchik lebih selepas pemergian emak..Bchik betul betul terkilan..tapi bangchik tahu ini semua adalah doa emak".

Kata Kak Marina,
" Kak Ina akan jaga dan protect my family the level best I can".

Kata Izhar,
" Saya jadi pandai pun sebab kerajaan yang banyak tolong dan bagi peluang kepada saya..jadi sekarang saya kena balas balik apa yang kerajaan dah bagi".

Kata Nora'
" La nak didik anak bangsa jadi muslimin dan muslimah yang berjaya..biar tak untung sangat di dunia ni tapi Allah akan membalasnya"

Kata Azema,
" Kita hanya ditinggalkan sementara sahaja di dunia ini sebelum diambil semula ke alam yang seterusnya"

Kata Azrol,
" Abg akan buat benda yang imposible jadi possible with knowledge".

Kata Hanim,
" Hanim akan ikut je apa yang Azrol kata tapi kalau tak betul Hanim akan bagi tau la"..

Kata Kami pada Joe ,
" Kalau Joe tak ada , tak best "

Sebuah kisah pengalaman Haji dari Hajah Suraya yang berusia 22 tahun !



JANGAN BERKIRA TAMBANG HAJI




Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji apabila isu kenaikan kadar tambang haji timbul baru-baru ini. Saya teramat bertuah kerana telah menunaikan rukun Islam kelima ini pada usia 22 tahun pada Disember lepas. Lebih bertuah lagi, saya ditaja sepenuhnya oleh ibu yang bermurah hati untuk membawa saya menemaninya menunaikan haji. Walaupun kami mengikuti rombongan pakej swasta dan bukannya muasassah Tabung Haji, pengalaman saya selama sebulan lebih di Tanah Suci memberi peluang untuk membuat penilaian mengenai pengalaman para jemaah lain.

Berbalik kepada isu kenaikan tambang daripada RM8,973 ke RM9,980 yang mencetuskan tidak puas hati kebanyakan pihak, sungguh membuatkan hati saya terkilan dengan sikap tidak bersyukur kebanyakan rakyat Malaysia. Air mata saya menitis mengenangkan betapa mewahnya kita dimanja-manjakan sehingga semakin lama semakin hilang perasaan bersyukur dalam diri kita.

Saya bukan mahu memfokuskan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan terlalu rendah, namun penulisan ini diharap dapat membuka mata mereka yang berkemampuan tetapi lebih suka membazirkan wang ke arah yang kurang penting. Di sini, saya ingin membuat perbandingan antara jemaah muasassah Malaysia dengan para jemaah dari negara lain.

Jemaah dari Indonesia adalah contoh terbaik kerana berkongsi bahasa yang sama. Mereka memberitahu, mereka membayar lebih 30 juta Rupiah untuk menunaikan haji. Pada waktu itu, 30 juta Rupiah bernilai lebih kurang RM14,000 hingga RM15,000. Bayangkan nilai tersebut sudah hampir sekali ganda dengan tambang Tabung Haji pada waktu itu yang bernilai RM8,000 lebih. Ditambah pula dengan mata wang Indonesia yang jauh lebih kecil daripada Ringgit menjadikan jumlah 30 juta Rupiah itu ibarat RM30,000 di mata rakyatnya!

Berbeza dengan amalan di sini, membuat pinjaman atau berhutang untuk menunaikan haji diamalkan di Indonesia dan proses ini diaktifkan oleh bank-bank Indonesia. Jika difikirkan, kepulangan mereka sudah pasti dinantikan oleh bebanan hutang. Namun ini merupakan salah satu usaha kerajaan membolehkan rakyat mereka mengerjakan haji dan menggalakkan rakyat mereka yang muda mengerjakan haji dengan tenaga dan kudrat yang optimum.

Malu

Sayangnya sudah menjadi kebiasaan rakyat kita, haji mungkin akan difikirkan setelah merasakan diri 'dipanggil kubur' atau sudah puas merasai nikmat dunia. Saya berasa malu pada diri sendiri melihatkan tersangat ramai rakyat Indonesia berusia belasan tahun sehingga awal 30-an menunaikan haji. Alasan mereka supaya mereka punya lebih panjang masa untuk melangsaikan hutang haji serta dapat mengabdikan diri tanpa alasan sakit-sakit selalu berbanding usia senja.

Sebagai jemaah haji bersama pakej swasta, jarak hotel kami dari Masjidil Haram, Mekah ialah 200 meter sahaja, sememangnya sesuai untuk berjalan kaki. Manakala jarak maktab para jemaah muasassah pula tidak begitu jauh iaitu 800 meter dari Masjidil Haram. Masih mampu untuk jemaah berjalan kaki atau bagi yang uzur boleh mengupah orang menolak kerusi roda. Manakala di Madinah, hotel kami yang bersebelahan dengan maktab muasassah bertentangan dengan Masjid Nabawi. Masya-Allah, teramat dekatnya! Ingin tahu jarak yang perlu dilalui rakyat Indonesia? Paling hampir dengan Masjidil Haram ialah dua kilometer!

Saya juga pernah bertemu dengan rakyat Indonesia yang tempat penginapannya tujuh dan 10 kilometer dari Masjidil Haram. Dikhabarkan untuk berulang-alik ke masjid, mereka perlu membayar bas atau van untuk menjimatkan perbelanjaan. Kebanyakannya berjalan kaki sejauh itu dari tempat penginapan. Mereka menghabiskan masa sepanjang hari di masjid atau kawasan sekitarnya kerana tidak mungkin mereka dapat pulang ke tempat penginapan untuk beristirahat. Rakyat Malaysia sering dapat pulang ke maktab atau hotel yang cukup selesa untuk berehat dan juga menikmati juadah yang telah disediakan.

Berbeza dengan rakyat Indonesia, setelah membeli peralatan memasak termasuk periuk belanga, mereka bergilir-gilir membeli bahan mentah di pasar dan memasak untuk jemaah mereka. Seorang jemaah Indonesia pernah meluahkan perasaan kepada saya: ''Sudahlah pondoknya buruk bangat (sangat), udah kecapekan (kepenatan) seharian di masjid, pulangnya harus masak. Untung ya jadi orang Malaysia, sering dikasihi pemerintahnya.'' Cuma kata-kata syukur saya ucapkan di dalam hati kerana sesungguhnya saya tidak sanggup untuk melalui pengalaman haji seperti yang dialami oleh arwah nenek saya di era 60-an seperti dialami oleh rakyat Indonesia sekarang.

Menjadi kebiasaan musim haji, ramai yang jatuh sakit terutamanya batuk dan demam. Para jemaah Malaysia baik bersama pakej swasta atau muasassah semuanya di bawah naungan Tabung Haji. Klinik-klinik Tabung Haji disediakan dengan doktor-doktor dan ubat-ubatan percuma tanpa perlu membayar satu sen pun buat rakyat Malaysia. Dek kerana begitu 'mewah' ubat, kelihatan bungkusan ubat-ubatan yang telah diambil pesakit ditinggalkan merata-rata walaupun masih banyak isinya.

Betapa hati pilu apabila melihat rakyat negara lain yang berasal dari India, Pakistan, Eropah Timur dan sebagainya batuk tanpa henti, dan ada yang lelah di masjid, namun hanya meneguk air zam-zam sebagai penawar kerana ketiadaan ubat. Sering dilihat rakyat Malaysia menyedekahkan lozenges atau ubat salap kepada jemaah luar negara dan mereka menerima dengan wajah penuh kelegaan dan kesyukuran. Itu salah satu bukti betapa kita lebih mewah.

Berbalik kepada isu rungutan tentang tambang haji terbaru. Saya tabik kepada pihak Tabung Haji yang bertungkus-lumus memberi subsidi untuk meringankan beban rakyat Malaysia, juga kerana berusaha menyediakan kebajikan terbaik buat para jemaah Malaysia di Tanah Suci. Kewujudan Tabung Haji juga sering dipuji dan dihormati teman-teman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang berasal dari Kashmir, India, Bosnia, Afrika dan banyak lagi kerana teramat meringankan beban rakyat yang ingin menunaikan haji. Betapa mereka berharap badan seumpamanya wujud di negara mereka agar mereka sekeluarga mempunyai laluan lebih mudah untuk menunaikan ibadah Fardu ini.

Kurangkan Pembaziran

Saya berharap kepada mereka yang suka merungut namun dalam masa sama suka membazir, kurangkanlah berbelanja dan berhutang untuk barang kemas, perabot atau aksesori kereta yang tidak diperlukan. Kurangkanlah juga menukar-nukar telefon bimbit model terkini. Juga dinasihatkan agar lebih mengutamakan menyimpan duit untuk mengerjakan Haji berbanding berulang-alik ke Jakarta, Bandung, China dan Eropah untuk membeli-belah. Ini dapat dilihat dengan fenomena Matta Fair diserbu setiap kali diadakan. Jika anda mampu berbuat demikian kenapa mustahil untuk menyimpan duit untuk mengerjakan haji walaupun telah disubsidi oleh kerajaan?

Anda boleh melancong ke mana anda suka dan mampu setelah menunaikan haji dengan hati yang cukup lapang kerana kewajipan kepada Allah telah terlunas. Jika ada yang sanggup berhabis untuk mengadakan majlis perkahwinan yang hebat untuk menggembirakan pasangan dan mertua, maka rasailah nikmat berhabis tidak terlalu banyak untuk menggembirakan Kekasih Abadi.

Bersyukurlah wahai rakyat Malaysia dengan nikmat yang ada. Haji merupakan ibadah fardu untuk penganut Islam yang berkemampuan. Berkemampuan pada hemat saya ialah berusaha sedaya upaya mengumpul duit daripada punca rezeki yang ada, baik bergaji tinggi atau sederhana. Insya-Allah jika untuk menggembirakan Allah, ia akan tercapai dan dibalas baik berkali ganda.

Percayalah rezeki kita akan bertambah murah setelah menunaikan haji. Ini benar-benar terjadi kepada saya apabila rezeki saya bertambah-tambah daripada pelbagai segi. Alhamdulillah. Jadi anggaplah modal anda untuk haji merupakan pelaburan kecil untuk mendapat imbuhan yang tidak ternilai selain rezeki yang lebih murah, kebahagiaan dan yang paling penting keredaan dan kasih sayang Allah dunia dan akhirat.

HAJAH SURAYA

Ampang, Selangor

Wudu ketika sakit

Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

3 Perinsip Asas

Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW
  1. Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
  • Pesakit berwuduk seperti biasa,
  • Sapukan di atas plaster atau simen,
  • Selesaikan wuduk sehingga akhir,
  • Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
  • Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
  • Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.

Ceramah Kesihatan Haji

ceramah kesihatan haji ceramah kesihatan haji suhazeli

* Sebaik-baiknya berusahalah untuk pergi Haji sebelum kita mula sakit , usahlah lagi mempunyai minda bahawa menunaikan Haji hanya apabila kita dah pencen atau bila kita sudah puas hidup baru hendak fikir tentang ibadat. Lingkungan usia lewat 30an dan 40an adalah usia yang sangat sesuai untuk fikirkan tentang ibadat Haji. Dunia ini makin dikejar makin banyak pula yang berciciran. Berdoalah semuga kita semua dapat lakukan ia dalam usia yang masih muda dimana kesihatan kita tidak memudaratkan dan merosakkan kualiti haji kita.

Mungkin zaman-zaman emak kita , Haji itu hanya untuk mereka yang berusia 60an keatas. Bila difikirkan kenapa Haji yang sebenarnya menuntut kekuatan fizikal , kita fokuskan bila usia kita sudah tua dan keupayaan kita semakin luput.

Tuesday, June 16, 2009

Payung-payung di Masjid Nabawi


10 tahun yang lalu tiada payung-payung ini di luar Masjid Nabawi , ketika menunaikan umrah. Kini ianya telah siap dan akan reduplah waktu tengahari ketika berada diluar Masjid. Suatu pemandangan yang indah. Inilah hasil foto yang diperolihi dari En Azli (http://mazlie-makkah.blogspot.com) ketika lawatan beliau di Madinah baru-baru ini.

Rezeki yang mengharukan...

Hari ini aku agak sibuk dengan urusan untuk mempastikan buku rawatan haji telah di isi dengan betul disamping "finalise" tentang urusan pakej dengan Tabung Haji. Berulang alik menghantar dokumen tersebut di pejabat suamiku selain terpaksa menyiapkan kerjaku kerana esok , staf suamiku akan pergi ke Kuala Lumpur , jadi bolehlah aku menghantar dokumen kerjaku sekali. Suamiku pula seperti biasa sibuk dengan mesyuarat yang silih berganti. Mana tak berasap otaknya sebagaimana naiknya darah tingginya....

Baru sahaja menghantar dokumen tersebut untuk kali kedua , seorang dari staf suamiku sempat memberikan asam pedas kepala ikan yang kabarnya diberi oleh salah seorang staf yang baru bersara. Kabarnya , dia baru pulang memancing dari Sarawak...hmm Sarawak tu , buat aku terpegun....rupanya beliau mendapat pancingan ikan tenggiri yang sangat besar dan beliau bawa ikan tersebut ke ofis , setelah mengupah masak disebuah kedai berhampiran tempat kerja suamiku. Jadi mereka makan tengahari bersama kesemua staf dan kebetulan aku singgah sekejap untuk menghantar dokumen , diberikan masakan ikan itu untuk suamiku. Kata Sabariah , " Niat En . Yahya nak bagi kepala ikan ni pada suami kak ita". Ahhh...sungguh terharu, bersusah payah dan tahu pulak dia suami ku minat makan kepala ikan. Aku pula memang gemar makan asam pedas. Kalau rindu masakan ibuku , selalunya adik iparku Marina lah yang akan buatkan untuk kakak iparnya ini. Malah setiap kali kalau datang kerumahnya pasti dia buatkan sup tulang dan asam pedas , tahu kegemaran kakak dan abang iparnya.

Semalam pula , baru lepas berbuka puasa , Mak Engku , jiran kami memberi Nasi Ambang, mee goreng dan kuih muih dengan begitu banyak sekali. Hari Minggu pula , adikku Johari yang singgah kerumah membawa durian. Dan Hari Sabtu yang lepas sewaktu menghadiri Family Day di Tanjung Puteri Golf Resort , kami sepatutnya tidak bermalam di sana tetapi tanpa kami duga kami diberi sebuah bilik untuk kami menginap di Club House .

Terlihat rezeki dan kasih sayang diberi dari orang-orang yang mengelilingi hidup kami. Bersyukur pada Illahi diberi rezeki yang tidak putus-putus membuatkan kami rasa sungguh terharu....



Pakej Haji Tabung Haji Travel 2009M/ 1430H

Kenaikan melalui Muasasah ialah RM1,000.00 menjadikan jumlah untuk naik Haji untuk Tahun 2009 ialah RM9,9980.00 . Tetapi melalui pakej haji 2009, kenaikan ialah diantara RM6,000.00 hingga RM7,000.00 dari harga pakej tahun 2008. Memandangkan kenaikan yang agak tinggi, kami akhirnya memilih Pakej Delima yang tidak membebankan iaitu pakej yang termurah iaitu RM19,990.00. Jarak hotel 650m dari Masjidil Haram, Insyallah tidak membebankan dalam usia 40 an.

Selain harga pakej, perkara yang turut ditekan oleh pihak Tabung Haji untuk membawa lebihan RM2,000.00 untuk menampung kemungkinan-kemungkinan yang tidak terduga misalnya terpaksa menggunakan perkhidmatan kerusi roda selain kos untuk membayar dam.

Sememangnya menggunakan pakej Tabung Haji agak mahal tetapi melalui pengalaman saya sebelum ini yang pernah menggunakan perkhidmatan Tabung Haji Travel untuk menunaikan umrah pada tahun 1997 dan menggunakan pakej swasta untuk umrah pada tahun 1999, saya tidak dapat menafikan keyakinan dan kepercayaan saya masih berpihak kepada Tabung haji Travel. Jadi biarlah mahal sedikit dimana harga pakej itu boleh memberi pakej yang lebih baik dari segi hotel jika dikelolakan oleh pakej swasta yang lain tetapi memikirkan melakukan Haji itu bukanlah semudah membuat Umrah, saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak Tabung Haji Travel memandangkan pengurusan mereka sangat professional dan "reliable". Saya memerlukan mereka disaat-saat sukarnya membuat Haji kerana saya dapat bayangkan betapa keputusan untuk memilih siapa yang akan membawa kita bukanlah urusan yang remeh!

Biarpun pengorbanan wang ringgit menuntut kepayahan , ianya sedikitpun tidak membuat saya rasa terkilan kerana motif saya , saya mesti bersungguh-sungguh memberi yang terbaik untuk bertemu "kekasih" yang sekian lama dirindui.

Hari ini surat tawaran untuk "confirm" pakej mana yang kami pilih telah diterima dari Tabung Haji Travel. Saya diberitahu kekosongan masih ada dan saya harus menghantar jawapan secepat mungkin.

Semuga Tuhan permudahkan....

Medical Check Up - 2nd Round

Malam semalam , kami membuat pemeriksaan susulan untuk mengetahui keputusan ujian darah yang dilakukan minggu lepas. Suamiku agak gementar , takut nanti ujian darah tinggi gagal lagi selain risau dengan ujian darah , takut nanti terdapat kandungan gula yang berlebihan. Sejak dari pagi beliau cuba mengawal emosi tapi menjawat jawatan ditempat kerjanya pastinya ditimbuni dengan berbagai masalah dan mesyuarat demi mesyuarat yang pastinya akan memberi tekanan seperti selalu.

Pulang dari kerja , beliau masih cuba mengawal emosi sambil meluahkan perasaannya , betapa seharian ditempat kerja , beban kerja datang sungguh memberi kesan emosi. Aku seperti biasa tersenyum melihat gelagat suamiku, yang sebenarnya resah , takut nanti ujian malam nanti , beliau akan gagal.

Sebelum masuk berjumpa Dr Sa'diah , suamiku sudah tidak sabar-sabar bertanya kepada nurse . "Yes ! kita lepas ujian darah, malam ni boleh injection!", kata suamiku. Gembira benar hatinya kerana kerisauan ujian darah sudah tiada lagi, cuma hendak mengetahui samada tekanan darah tingginya , lulus atau tidak.

Seperti biasa , aku masuk dulu berjumpa Dr. , Alhamdulillah, seperti dijangka ujian darah ku normal dan aku boleh mengambil suntikan setelah Dr .berpuas hati tahap kesihatan ku melepasi syarat yang ditetapkan oleh Tabung Haji. Setelah berbincang dengan Dr. akhirnya aku bersetuju untuk menerima 3 suntikan , iaitu suntikan wajib , Meningococcal Vaccine, dan suntikan pilihan , iaitu Influenza Vaccine dan Pneumococeal untuk RM250.00. Ketiga-tiga suntikan tidaklah berapa sakit , sekadar gigitan semut sahaja , tetapi membuat 3 suntikan di 3 tempat sekaligus , tentulah agak melemahkan aku , memandangkan aku baru sahaja berbuka puasa. Alhamdullilah dengan memakan Panadol , kesakitan dapat dikawal.

Suamiku pula sangat gembira kerana ujian tekanan darah tinggi juga lulus. Jadi beliau pun dapat 3 suntikan seperti aku juga. Suamiku takut kalau aku dapat suntikan dan beliau masih kena tunggu sehingga tahap kesihatan lulus. Akhirnya dengan berkat doa , Tuhan mudahkan dimana kami berdua lulus serentak.

Proses seterusnya ialah menghantar buku rawatan kesihatan kepada Pihak Tabung Haji untuk membolehkan kami melalui proses yang seterusnya.

Aku masih ingat sekumpulan bakal jemaah Haji yang melakukan rawatan pemeriksaan di HSA seramai 300 orang , 150 lulus dan selebihnya kena rawatan susulan. Ironinya selagi tidak lulus selagi itulah urusan seterusnya akan tertunda. Itulah yang merisaukan kebanyakan jemaah yang sudah lanjut usia.


Inilah "bonus" kalau kita membuat Haji diwaktu badan masih sihat. Haji itu sebenarnya perjuangan fizikal dan mental. Selain niat yang fokus "kerana Allah" sanggup kulalui semua ini. Biar apa halangannya , payahnya mengumpul duit, risaunya pada anak-anak yang masih kecil untuk ditinggalkan, bagaimanalah nanti anak-anakku akan melalui saat Hari Raya Haji tanpa ayah dan ibunya. Pasti kesedihan tidak dapat digambarkan mengenangkan anak-anakku yang harus pandai membawa diri dengan tiadanya kami menjelang Raya Haji nanti, selalunya kami anak beranak akan solat Raya di Masjid , akan berkumpul dimalam raya , tapi tahun ini , mama harus lepaskan kalian , pasti kesedihan tidak dapat dibendung.

Semuga Tuhan beri kekuatan bukan untuk kami semata-mata , malah untuk anak-anak yang kami tinggal untuk 45 hari. Pastinya rindu sukar dibendung oleh anak-anak gadisku yang masih kecil. Tuhan sahaja yang tahu betapa hebatnya "pengorbanan" yang harus kami lalui. Pengorbanan jiwa dan raga....

Ya Rabbi , berikanlah hati kami, hati-hati yang tenang untuk melalui saat-saat ini.....

Monday, June 15, 2009

Kursus Haji - Taklimat Pengurusan Haji (Minggu ke 13)

Kursus Haji di Pusat Islam semalam di berikan oleh Tuan Haji Zainudin Abd Rahim , Pengurus Pentadbiran Haji , membincangkan perkara-perkara yang penting tentang apa yang jemaah haji akan lalui untuk minggu-minggu seterusnya. Antara perkara yang menarik perhatian saya :

1. Membetulkan Niat untuk menunaikan Haji adalah semata-mata kerana ALLAH. Bukan kerana hendakkan title Haji, bukan kerana terpaksa, bukan kerana kawan-kawan dah buat haji dsbnya.

2. Pengertian Haji telah bermula dimana Haji menuntut pengorbanan yang bermula sejak dari sekarang. Pengorbanan mengumpul duit haji, pengorbanan mengambil cuti , malah bagi yang bekerja swasta yang tidak mendapat cuti haji sanggup korbankan untuk mengambil cuti tanpa gaji, pengorbanan untuk meninggalkan anak-anak, pengorbanan masa kerana sejak beberapa bulan yang lepas sudah mula mengorban masa hari minggu dengan anak-anak untuk menghadiri kursus haji. Semua pengorbanan itu menuntut kesabaran dan usaha yang bersungguh supaya matlamat menunaikan haji "yang berkualiti" dapat dilaksanakan.

Saya tertarik dengan kata Tuan Haji Zainuddin, katanya "Haji yang pertama adalah Haji FARDHU, jadi kita hendaklah buat yang terbaik ". Banyak berlaku dimana adalyang sengaja pergi Haji sekadar hendak tengok-tengok, cuba-cuba atau cuba kali ini kalau tak bagus kita pergi kali kedua. Padahal yang Haji pertama sangat penting kerana ianya adalah Haji Fardhu, manakala haji yang seterusnya hanyalah Haji Sunat. Tentulah perhatian yang serius harus dibuat pada perkara yang FARDHU !

Kami juga diberitahu bahawa penerbangan pertama akan bermula pada 21 Oktober 2009 dan penerbangan akhir adalah pada 31 December 2009. Jadual Penerbangan Haji hanya akan dapat diberi , 1 bulan sebelum berangkat. Jadual tidak dapat diberikan awal kerana pihak tabung haji terpaksa menunggu koata tambahan selain koata tetap seramai 28,000. Selalunya koata haji tambahan akan diberi oleh Kerajaan Arab Saudi disaat-saat akhir samada penambahan 10,000 orang lagi malah kalau Kerajaan Arab Saudi mahu beri lebih dari jumlah tambahan 10,000 semuanya bergantung kepada mereka. Sebab itulah calon standby diminta bersedia .

Disamping itu , mulai tahun 2009 , tiada lagi Passport Haji digunakan . Kesemua jemaah akan menggunakan Passport Antarabangsa. Pihak Tabung Haji akan uruskan supaya jemaah akan mendapat Passport ini dan bayaran sebanyak RM100.00 akan ditolak dari akaun Haji untuk tempoh valid passport selama 2 tahun.

Selain itu , pemeriksaan kesihatan akan terus dilakukan dimana purata separuh dari jemaah haji yang menjalani pemeriksaan haji didapati gagal lulus dan perlu melakukan rawatan susulan sebelum mendapati suntikan Haji kerana selagi tidak melepasi syarat kesihatan , suntikan tidak akan diberi , dan ini akan menunda urusan untuk membuat visa, passport dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan senarai jemaah haji.

Saya dapati kursus kali ini agak berkurangan dari minggu-minggu sebelumnya kerana senarai nama sudah dikeluarkan dan yang menghadiri kursus kali ini adalah terdiri dari mereka yang akan pergi pada tahun ini. Kelihatan warga-warga tua kian ramai dan selalunya soalan yang dikemukan adalah berkisar dengan masalah kesihatan mereka. Mereka takut tidak dapat melepasi pemeriksaan kesihatan .

Saya juga tertarik dengan maklumat mengenai atm card dimana jemaah yang mempunyai card atm dari Bank AlRajhi boleh mengeluarkan duit di atm cawangan di Mekah nanti. Cuma Bank Al Rajhi ! Selain dari itu , pengeluaran duit di Mekah boleh dibuat melalui Tabung Haji semasa di Mekah nanti.

Kami juga diberi maklumat tentang senarai barang yang perlu dibawa selain maklumat mengenai keadaan yang akan kami lalui disana nanti. Pihak Tabung Haji juga akan memberi beberapa kursus yang lebih intensif untuk minggu seterusnya sehinggalah kemuncaknya iaitu Kursus Perdana.

Saya bersyukur kerana Tabung Haji sangat informatif dan sangat memudahkan jemaah. Kebajikan jemaah dijaga begitu komited sekali dan tentulah kita juga perlu komited supaya Haji yang Mabrur , yang berkualiti akan dapat dicapai. Insyallah !

Thursday, June 11, 2009

Percutian

Minggu lepas , kami sekeluarga membawa anak-anak gadis kami bercuti di Jakarta dan Bandung. Sebenarnya untuk memberi keseronokan kepada anak gadis kami supaya nanti apabila hujung tahun nanti bila kami tiada sewaktu menunaikan haji, bolehlah kami memujuk hati mereka yang kami telah mengisi percutian mereka "lebih advance". Pastinya sebulan tanpa mama dan abah akan sukar buat mereka berdua kerana selalunya hampir setiap hari kami membawa mereka berjalan-jalan dan makan diluar.

Pemergian kami , selain untuk bershopping untuk membeli telekong dan pakaian haji , ialah untuk melihat sendiri kota Bandung dan Jakarta. Ianya satu pengalaman yang menarik dan menginsafkan juga. Bersyukur sangat menjadi rakyat Malaysia yang diberi kenikmatan hidup yang melimpah ruah.

Bila saya melihat , begitu bersusah payah penjual menunggu kami sejak dari hotel malah setiap kali turun dar van, pasti dikerumuni untuk membeli barangan jualan mereka. Terkadang mahu sahaja memberi sedekah sahaja tanpa perlu mengambil barangan jualan mereka. Tapi aku dipesan oleh adik-adikku supaya tidak berbuat begitu , takut nanti makin ramai yang keremuni kami.

Selain takut dan kesian melihat susahnya mereka berjuang untuk hidup untuk mendapat rezeki yang halal , membuat aku terharu. Dalam keadaan yang compang camping , berjalan disisi van kami di tepi jalan , mereka masih memakai tudung walau tidak sempurna. Walau susah mereka masih ingat Tuhan. Syukur untuk itu. Ianya mengingatkan aku , perempuan Badwi yang tidak berkasut mengendung anak kecil mereka sambil meminta sedekah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Mereka ini diberi Tuhan kesusahan tetapi iman mereka tidak miskin , itulah yang menginsafkan aku. Diberi Tuhan keupayaan untuk mencari nafkah , membuat aku marah pada diri sendiri kalau aku tidak mampu "kuat" seperti mereka.

Alhamdullilah, di Pasar Baru aku dapat membeli 3 pasang telekung yang menarik hatiku selain baju putih sebanyak 3 helai untuk kupakai sewaktu di Padang Arafah nanti. Keadaan yang panas di sana , sangat sesuai dengan Pakaian haji yang dibuat dari cotton yang kelihatannya sangat sejuk untuk dipakai. Cuma 120,000 rupiah untuk sepasang , jadi tidaklah lagi aku perlu bersusah payah mencari baju yang sesuai untuk berada di Padang Arafah nanti.


Sedekah

Pemurah ! Itulah sifatnya yang sebenarnya diwarisi dari ayah dan ibu saya. Pemurah wang ringgit malah Pemurah kudrat juga. Sifat ini jugalah sebenarnya yang memberi rahmat pada kehidupan saya sejak sekian lama. Saya diberi kemewahan hidup sebagaimana mewahnya untuk memberi dalam setiap keadaan. Sehingga sikap saya yang agak tidak terkawal kini di perhatikan oleh suami saya kerana selalunya beliau risau kerana saya memberi seolah olah duit dan tenaga saya tidak pernah surut.

Tapi saya percaya, keajaiban sedekah akan dapat kita rasakan dalam kehidupan kita. Cubalah ikhlas melakukannya dan akan sampai di satu tahap , kita terpegun melihat keajaiban sedekah memberi rahmat dalam hidup kita!

Kasih Tuhan !

Semalam suamiku memasukkan RM10,000.00 bagi setiap akaun Tabung Haji kami sebagai tambahan wang haji yang telah ada. Syukurlah, kemurahan rezeki yang Tuhan beri amatlah mengharukan. Begitu mudah rezeki mengalir , sudahlah wang haji sebelum ini kami dapat percuma secara tidak langsung, benar-benar membuat aku terfikir sejenak, "besarnya Kuasa Tuhan!". Kita tidak pernah menduga ianya datang dari mana, tapi Kasih Tuhan mengatasi segalanya.

Walaupun sesekali terharu melihat wajah sedih suamiku yang menyimpan sejuta perasaan yang tidak terucap, namun seharusnya , lelaki itu bersyukur, betapa Tuhan rentap kasih insan, tapi Tuhan beri Kasih Tuhan. Biarlah kesedihan hati itu tersimpan tanpa perlu kita cari 'keadilan" kerana lihatlah , Tuhan sebenarnya sangat adil pada kita. Dia ambil kasih , dia beri Kasih yang lain.

Aku semakin terharu melihat suamiku semakin kerap mengisi masa terluangnya yang sangat sedikit itu untuk menelaah buku-buku ibadatku yang penuh di kamar tidurku. Buku-buku ibadat temanku sejak sekian lama.

Aku pernah berdoa pada Tuhan sewaktu mudaku, 'berilah aku peluang untuk duduk dirumah untuk beribadat kepadamu". Dan Tuhan makbulkan doaku , sudah 16 tahun aku duduk dirumah , beribadat dibilik tidurku dan di bilik inilah juga rezeki yang Tuhan beri melimpah seperti tiada surutnya.

Aku bekerja seperti tiada masalah langsung. Kalau wang tidak mencukupi untuk membayar perbelanjaan hidupku, aku cuma perlu Sembahyang Dhuha seperti selalu, dan berdoa lebih sedikit, dan petang nanti duit akan masuk malah jarang sekali duitku tidak pernah cukup untuk membiayai kos hidupku yang agak tinggi.

Aku selalu kata pada suamiku, "Bos mama ada di atas sana, kalau duit mama tak cukup, mama hanya perlu mengadu pada Tuhan". Begitulah keajaiban yang kadang-kadang aku sendiri tidak percaya, mudahnya Tuhan beri padaku. Setiap apa yang kuminta pasti akan menjadi realiti.

Permintaanku bersungguh-sungguh untuk menunaikan Haji , tahun ini, walaupun waktu itu tidak ada satu sen duit masih tersisa di akaun Tabung Haji akibat semuanya dikeluarkan dek kerana terpaksa memulakan hidup baru. Tapi Tuhan tidak pernah menghampakan harapanku, doaku mungkin didengar lagi seperti selalu, dan ajaibnya, selang 3 bulan , duit kami penuh RM20,000 untuk setiap seorang!

Selalu aku memujuk suamiku, Tuhan uji kita, diambil kasih, diberi benci dan dengki pada mereka , tapi Tuhan sangat sayang pada kita. Lihatlah , semuanya sangat mudah sehingga kita sendiri tidak percaya. Walau apa kata mereka, kesemua duit itu datang dari Kasih Tuhan pada suamiku. Kesabaran kita sebenarnya berbaloi dan semuga kesabaran itulah juga yang akan kita kendong sampai bila-bila.

Seperti pesan emak yang sentiasa ku ingat , "biarlah orang buat kita, usah kita buat orang".....






Wednesday, June 10, 2009

Medical Check Up Haji - 1st round

Semalam, kami pergi membuat check up Haji yang tertunda seperti yang dijadualkan oleh Tabung Haji kerana tarikh yang diberi oleh Tabung Haji bertembung dengan percutian kami di Jakarta.

Sewaktu menjalani check up, Dr Saadiah dari Klinik Utama kelihatan sangat baik . Beliau bertanya , mengapa tidak pergi di tempat yang di tetapkan oleh tabung Haji kerana bayaran Injection telah pun di bayar oleh Tabung Haji , jadi kami tidak perlu membayar apa-apa kalau dibuat di Hospital Kerajaan. Tetapi membayangkan agak susah berbanding dengan klinik swasta yang agak "personalise" , saya rasa saya lebih selesa bayar sedikit asalkan hati saya senang.

Alhamdullilah , pemeriksaan awal semuanya ok dan Dr. Saadiah mengambil darah saya untuk ujian. Kata beliau, sekiranya kandungan darah saya tiada masalah , barulah Injection untuk Haji akan diberi. Kalau ujian darah tidak memuaskan , saya perlu dirawat sehingga baik barulah diberi Suntikan Haji. "Susah jugak", detik hatiku. Alhamdullilah , kesihatan saya tiada masalah . Sempat juga bertanya pada Dr. tentang pil penunda Haid dan Dr. juga melakukan perkara yang sama sewaktu beliau menunaikan haji beberapa tahun yang lalu. Terasa begitu lega kerana Dr. pun ambil inisiatif yang sama supaya dapat tunaikan Haji dengan senang hati tanpa masalah Haid. Selainnya setelah berikhtiar , terserah pada Tuhan dan teruskan doa semuga segalanya mudah. Kelihatannya, halangan pertama tentang kesihatan dapat kulalui dengan mudah dan semuga keputusan ujian darah yang akan diperolihi minggu depan akan memberi hasil yang positif.

Cuma masalah pada suamiku adalah tentang darah tinggi dan berat badan yang tidak seimbang. Nampaknya , suamiku kena menjaga pemakanan disamping serius mengambil ubatnya yang selalu sekejap ambil sekejap tidak. Selain kena berjogging supaya keseimbangan berat badan dapat diambil.

Tabung Haji kini agak "strict" dengan kesihatan dan tidak akan lepaskan kita kalau kita sakit. Jadi kesihatan sangat penting untuk dijaga kalau kita bercita-cita untuk pergi Haji. Semuga kesihatan tidak menjadi penghalang untuk beribadat disana....

Insyallah !
Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.