Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, July 30, 2009

Surat Pengesahan

Hari ini menerima surat pengesahan dari Tabung Haji Travel berhubung dengan maklumat terperinci Pakej yang kami pilih iaitu Pakej Delima . Penginapan di Mekah ialah di Hotel Sevilla Barakat dan di Madinah pula ialah di Hotel Movenpick/Manazeli. Jangkaan Wukuf ialah pada 26 November 2009 (Khamis). Kami diminta untuk memenuhi wang di dalam Akaun Simpanan Tabung Haji sebelum 22 Ogos 2009.

Tarikh dan Jadual Penerbangan akan diberitahu awal September 2009.

Kelas Al Quran sudah bermula...

Hari ini merupakan hari pertama menghadiri Kelas Al Quran di Masjid Taman Kobena. Untuk pertama kalinya dalam sejarah hidupku mengikuti kelas pengajian setelah kali terakhir menghadirinya di Kem Mindef , sewaktu zaman kecilku.

Agak takut juga kerana inilah pertama kali aku pergi sendirian. Selalunya aku sangat takut untuk pergi seorang tanpa di temani oleh suamiku. Selalunya kami sekeluarga akan pergi ke Masjid setiap malam jumaat dan malam minggu . Aktiviti ibadah selalunya akan dapat dilakukan di malam hari. Tapi kali ini aku harus pergi di pagi hari seorang diri dan entah mengapa , ada sesuatu yang menemani aku sehingga perasaan takut itu dapat aku kawal. Terfikir juga dikepala , bagaimana nanti hendak parking kereta kerana aku memang tidak tahu parking kereta di tempat yang sempit. Alhamdullilah, terdapat ruang yang agak selesa untuk aku parking berhampiran Masjid.


Subhanallah, begitu gembiranya hatiku berada dikalangan mereka yang juga menerima aku sebagai pelajar baru. Kami di ajar untuk mengingati beberapa hukum tajwid. Makin banyak yang kita belajar makin banyak pula kita perlu belajar lagi. Tiada hujungnya untuk mencari ilmu kerana semakin banyak yang kita tahu semakin banyak pula yang kita tidak tahu. Seronok juga belajar beramai-ramai begini. Satu suasana yang tidak pernah aku sangka. Mereka semuanya baik-baik belaka .

Semuga Tuhan beri kekuatan untuk aku dapat sentiasa mengikuti kelas pengajian ini. Ianya bukanlah mudah kerana aku harus menguruskan anak-anak, rumah tangga , kerja sekaligus pengajian ibadatku. Dulu aku pernah bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ku tapi sengaja aku kuburkan harapan itu kerana aku mahu sentiasa ada di rumah untuk bersama-sama anak-anakku setiap ketika sekaligus dapat sembahyang dan mengaji dirumah selalu. Tetapi , aku makin gembira kerana diberi jalan dan peluang untuk mengikuti kelas Agama dengan lebih teratur. Baru kini aku sedar mengapa ibuku begitu gembira setiap kali pergi ke kelas pengajiannya di Masjid sewaktu hayatnya. Kini , anak emak mengulangi apa yang telah emak lakukan dulu. Kalau dulu aku selalu menghantar emak ke Masjid setiap kali dia ada kelas. Kini anak emak telah mengikuti jejak langkah yang telah emak lakukan sekian lama. Sungguh bersyukur kerana setiap keadaan sangat dimudahkan oleh Yang Esa. Kau temukan aku dengan kumpulan mengaji yang sekian lama aku cari selama ini.

Kalaulah emak masih ada....

Wednesday, July 29, 2009

Renungan

Sebuah artikle yang menarik hatiku...fikirlah.



Aku kini bergelar Tuan Haji
kaminms.blogspot.com


Setiap tahun, ribuan umat Islam membanjiri Tanah Suci Makkah menunaikan ibadat Haji dengan harapan memperolehi Haji mabrur dan agar diterima ibadat mereka diterima Allah swt. Coretan blog kali ini bertujuan mengimbas kembali natijah utama yang diperolehi oleh jemaah Haji setelah tamat menunaikan Haji yang disesuaikan dengan buku karangan Imam Abu Farj Abdul Rahman al-Jauzi (w597H) yang berjudul Talbisu Iblis.

Selepas tawaf rukun dan amalan Saie selesai dilaksanakan, ada seorang sahabat menemui seorang jemaah Malaysia yang berasal dari Sabah kelihatan seperti seorang yang kehilangan sesuatu. Apabila sahabat ini bertanya kepada beliau, lalu dia berkata : “Bila lagi kita akan digelar HAJI?”. Sahabat tadi menjawab : “Kitakan sudah selesai Haji, dan kitapun telah bertahallul tadi”. Jemaah itu bertanya lagi : “Maksud saya, ada ke majlis penganugerahan gelaran HAJI itu?”. Maka tersenyumlah sahabat tadi, lantas menjelaskan keadaan reality sebenar ibadat Haji.

Gelaran “HAJI” atau “al-Haj” ini amat signifikan pada setengah orang. Ada yang begitu sensitif jika orang tidak memanggilnya dengan gelaran Tuan Haji atau Puan Hajjah. Kalau nak diikutkan logik akal, Nabi :saw pun tidak dipanggil dengan gelaran Haji Muhammad atau Muhammad al-Haj, begitu jugalah sahabat baginda :saw. Perkara ini pernah ditegur oleh Ibn Jauzi rh dimana beliau menyelar jemaah yang pulang dari menunaikan Haji ingin bergelar “Tuan Haji” atau “al-Haj”. Ibn Jauzi mengatakan bahawa mereka ini telah diperdaya oleh Iblis dengan gelaran tersebut.

Ibn Jawzi rh menyatakan bahawa Iblis telah memperdaya mereka dengan imbuhan gelaran al-Haj, akan tetapi Iblis melalaikan mereka dari kesempurnaan ibadat taharah, solat, dimana hati dan mereka kotor, lalu mereka berhimpun dihadapan ka’bah. Iblis memperdayakan mereka dengan memperlihatkan amalan badaniyah sedangkan tujuan ibadat Haji itu adalah mendekatkan diri dengan Allah swt.

Ada juga dikalangan jemaah Haji yang begitu berbangga dengan bilangan Haji yang telah dia lakukan. Disana ada yang berkata “Aku telah melakukan sebanyak 20 kali Haji”. Akan tetapi berapa ramai dikalangan mereka yang telah menetap di Mekah, akan tetapi hati mereka tidak pernah dibersihkan. Alangkah malang lagi, mereka tidak pernah memikirkan perkara tersebut (pembersihan hati). Apa yang mereka risaukan adalah poket mereka berisi ataupun tidak.

Iblis juga melontarkan kedalam jiwa-jiwa mereka agar mereka melakukan bid’ah semasa melakukan ibadat Haji seperti memasukkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan ibadat Haji. Perbuatan-perbuatan seperti membasuh batu yang dikutip sebelum melakukan ibadat melontar, membayangkan amalan merejam syaitan semasa melontar Jumrah, menadah air yang turun dari pancur emas (di Ka’bah), malahan ada dikalangan jemaah yang mengamalkan fadhilat khas iaitu Umrah 7 kali menyerupai satu kali Haji. Maka kelihatan al-Haj akan berebut-rebut menunaikan Umrah sunnat sekurang-kurangnya 2 kali sehari kerana ingin mendapatkan fadhilat 7 kali Umrah bersamaan dengan 1 kali pahala Haji.

Kesimpulan yang dapat kita ambil adalah, gelaran “Haji” atau “al-Haj” itu sendiri merupakan dugaan permulaan apabila jemaah kita pulang menjejak kaki di negeri masing-masing. Jangan hanya asyik memotong queue kuota ribuan jemaah yang ingin menunaikan Haji buat pertama kali semata-mata kerana ingin berbangga dengan jumlah ibadat Haji yang ditunaikan. Ukurlah amalan Haji kita dengan amalan yang berqualiti berdasarkan al-Quran dan sunnah, dilakukan dengan penuh keikhlasan kerana Allah swt. WA.

(rujukan - Ibn al-Jauzi. Talbisu Iblis. Kaherah : Daar al-Hadith, 1995. ms 150)

Ulang Tahun Perkahwinan


Ulang Tahun Perkahwinan adalah suatu hari yang sangat istimewa bagi setiap pasangan suami isteri. Bermula dari Hari 1 ke Tahun 1 seterusnya angka Tahun menjadi 10 , 20 , 30 kalau kesampaian. Bermula dari Hari 1 , mengenal suami atau isteri yang "sebenarnya" , akan berlaku pertembungan 2 cara hidup yang berbeza, 2 pemikiran yang berbeza, 2 kehendak yang tidak serupa, 2 cara perasaan yang asing. Kemudian dengan penuh semangat , penuh harapan, penuh usaha , penuh keriangan, penuh persoalan, penuh airmata, penuh kasih sayang , akhirnya hanya pasangan yang dapat menepis setiap cabaran disepanjang perjalanan itu akan merasakan "indahnya perkahwinan".


Ianya lebih indah kerana tahun ini , untuk pertama kali nya, saya akan menyambutnya di Bumi Mekah, pastinya saat itu adalah paling indah apabila berada di hadapan Kaabah , disaat kami telah melengkapkan Rukun Islam yang ke -5 bersama-sama, Insyallah.


Benarkah doa kami di Jabal Rahmah 12 tahun yang dulu , dimakbul Illahi. ? Hati semakin terasa bertuahnya diri memiliki satu kekayaan yang luarbiasa diberi Tuhan untuk merasa , iaitu "kasih sayang".


Saya tertarik dengan artikel dari Penulis "Travelog Haji", Prof Dr Muhd Kamil, tentang emosi beliau mengenai ulang tahun Perkahwinan :


Saya bersyukur kerana masih bernafas di ketika ulangtahun perkahwinan saya dan Roza yang ke 20.

Hujung minggu yang baru berlalu, Ajis pemandu saya berkata: “kalau saya diposisi Prof, saya kahwin lagi satu…”.

Entah kenapa, saya agak beremosi. Saya menjawab kenyataan tersebut daripada lubuk hati.

“Ajis, saya dan Roza telah melalui proses kehidupan yang sangat panjang. Kami belajar banyak perkara bersama-sama. Dulu, bila saya tegur yang masakan Roza tidak sedap, beliau mencuka. Kini, beliau boleh gelak-gelak.

Ketika kami belajar di Luar Negara, saya suka berbuka di masjid dan Roza akan berkata, awak tinggalkan isteri dan anak-anak untuk berbuka di masjid. Kini, beliau gembira saya melakukan perkara tersebut.

Kami mengenali Tuhan bersama. Banyak perkara yang tidak pernah kami fahami, menjadi jelas dan nyata. Sesuatu yang kelihatan janggal ketika di peringkat awal perkahwinan, kini menjadi amalan kami. Banyak janji-janji tentang kematian berada di antara kami berdua.

Saya takut dengan “isteri baru”, saya semakin jauh daripada Allah kerana ingin melayani kehendak beliau. Mungkin, saya tidak mempunyai kekuatan tersebut dan tidak mahu mengambil risiko tersebut.

Ajis…. ada banyak perkara yang lebih mustahak daripada berkahwin dua, tiga atau empat”

Biarlah saya ketemu “simata jeli” bersama Roza di Firdaus.



Tuesday, July 28, 2009

Satu hari yang diberkati...

Hari ini , kami menghantar passport ke Tabung Haji seperti yang dijadualkan. Buku kesihatan haji pula dipulangkan oleh pihak Tabung Haji untuk simpanan kami. Agak lama juga menunggu kerana hari ini hari pertama tapi saya memberitahu suami saya supaya membiasakan diri untuk "menunggu" kerana perkara itu akan selalu berlaku apabila menunaikan Haji nanti.

Balik dari Tabung Haji agak lewat dan terpaksa bergegas ke Majlis Tahlil yang dibuat oleh jiran saya pada pukul 2.30 petang. Walaupun agak terkejar-kejar tapi saya memujuk hati saya supaya membiasakan diri dengan Majlis begini dengan lebih kerap. Alhamdullilah , ustazah yang "lead" kami begitu menarik hati saya dengan pembacaan dan doa yang sangat menyentuh hati . Lebih menyeronokkan , jiran saya juga bercadang untuk mengikuti kelas Mengaji dan kelas Agama yang dibuat di Masjid Kobena di setiap hari Khamis dan Jumaat yang dikendalikan oleh Ustazah Syarifah Rodiah. Tanpa banyak berfikir saya bersetuju untuk ikut serta. Tuhan telah temukan kumpulan mengaji yang saya cari sekian lama. Tidak pernah menyangka , bisik hati kecil saya selama ini didengar juga oleh Yang Esa.

Terima kasih Ya Rabbi...


Tarikh ini juga anakku Alia (10tahun 7 bulan) khatam AlQuran.

"Saya tidak mahu potong que"

Saya masih ingat kata-kata salah seorang yang turut menghadiri Kursus tempohari. Zawiah seorang isteri yang berusia 39 tahun. Berbagai pertanyaan diajukan pada saya kerana beliau tidak pernah menunaikan Umrah , jadi tidak pasti pakaian apa yang perlu dipakai dan sebagainya. Malah beliau turut bertanya sewaktu kita memakai pakaian Ihram bagi wanita iaitu memakai pakaian telekung , sewaktu didalam bilik , apakah kita tidak boleh membuka pakaian telekung kita sewaktu kita tidur ataupun mandi. Soalan yang tidak terfikir oleh saya kerana sewaktu saya menunaikan umrah, saya terus ke Miqat dengan berpakaian telekung dan melakukan umrah sehingga selesai , yang cuma mengambil masa lebih kurang 3 jam sahaja. Saya pula hanya pulang ke Hotel selepas menunaikan Solat Zuhor, jadi tiada pengalaman saya balik ke bilik hotel dalam keadaan ihram.


Ianya tidak berlaku sewaktu mengerjakan haji kerana kita akan berada dalam Ihram sejak 8 Zulhijjah sebaik sahaja kita berniat Haji. Jadi beberapa hari di Padang Arafah dan Mina kita masih berpakaian telekung. Disitulah timbul persoalan samada kita perlu berada didalam keadaan bertelekung walaupun didalam bilik hotel / kemah.

Saya pula menerangkan pada Zawiah , ikut logik, kita berpakaian telekung hanya apabila kita diluar dimana kita kena menjaga aurat kita . Tetapi kalau didalam bilik, pakaian kita seperti biasa jadi tidaklah sampai bertelekung apabila hendak mandi.

Mujurlah perkara itu turut dibangkitkan oleh Ustazah Rokiah Bachok dan menerangkan perihal yang sama. Aurat sesama wanita di aplikasikan sewaktu didalam bilik hotel. Cuma perlu berpakaian dengan telekung sewaktu Ihram apabila kita keluar dari bilik hotel, seperti biasa.


Zawiah juga menceritakan perihal kawannya yang boleh tolong untuk "potong que" kalau mahu , kerana beliau masih calon standby. Yang menarik hati saya tentang sikap seorang bakal Hajah yang muda ini , adalah sikapnya , "saya tidak mahu potong que, saya tak tergamak ambil hak orang lain, kalau giliran saya belum tiba".

Alhamdullilah, walaupun dia masih muda , ciri-ciri yang perlu ada sudah melengkapkan dia untuk mendapat Haji yang Mabrur. Insyallah.

Kuasa Tuhan melebihi segalanya

Setiap kali , apabila suami saya membuat pemeriksaan mengenai status ataupun mendapatkan maklumat dari pihak Tabung Haji, boleh dikatakan semua mereka hairan , bagaimana no. giliran kami yang sepatutnya dikira no. yang telah dibatalkan dan sepatutnya pergi Haji untuk tempoh 15 tahun akan datang boleh menunaikan haji tahun ini. Padahal mereka tahu permohonan kami bukanlah melalui kouta menteri atau VVIP. Kami hanya memohon mengikut saluran sebagai orang biasa.

Kami telah mendaftar haji pada tahun 1999 sepulangnya kami dari Umrah ke 2. Mengikut giliran kami sepatutnya pergi pada tahun 2007. Malangnya pada tahun 2003 kami telah diberi ujian yang sangat hebat dimana kami terpaksa mengeluarkan semua duit yang kami simpan di Tabung Haji . Ianya sebenarnya menyebabkan nama kami terbatal. Inilah kesilapan besar yang kami lakukan dalam keadaan kami buntu untuk mendapatkan sumber kewangan yang sangat terdesak diwaktu itu.


Apabila kami telah pulih dari masalah kewangan dengan pertolongan Allah yang Maha Kuasa, kami pun dengan gembira, pergilah ke Tabung Haji pada bulan December 2008. Memandangkan kami dapat memenuhi jumlah wang untuk pergi haji, tentulah kami ingin membuat permohonan untuk membuat haji pada tahun 2009. Malangnya, kami diberitahu, nama kami telah terbatal dan kami kena mulakan semula "que" kami. Bermakna giliran kami dimasa itu ialah untuk 2023 tak silap saya. Hampanya hati kami tidak terhingga.

Jadi tanpa dapat menongkah arus, kami pun isilah borang untuk daftar semula. Disamping itu kami pun menghantar juga surat rayuan , dengan harapan sebab-sebab kami tanpa sengaja mengeluarkan kesemua di Tabung Haji akan dipertimbangkan . Lebih merisaukan kami diberitahu seramai 380,000 orang telah mendaftar waktu itu . Cuma 26,000 orang akan di pilih untuk pergi haji setiap tahun dan calon rayuan juga seramai 26,000 orang. Satu angka yang benar-benar tidak kami sangka. Rayuan sahaja ada 26,000 ! Sama jumlah dengan calon terpilih. Boleh kah kami melepasi proses rayuan ini?

Selainnya , kami hanya mampu berdoa dan diberitahu bahawa permohonan rayuan kami hanya akan diterima sekitar bulan Julai 2009. Penantian hari demi hari adalah kerisauan , kerana kami tidak tahu apakah permohonan rayuan kami akan diterima atau tidak. Selain berdoa dengan penuh yakin, Tuhan dengar bisik hambanya, saya mengharap tanpa berbelah bagi....

Rayuan yang kami tunggu tetapi kami tercalon sebagai calon terpilih untuk Tahun 2009 dimana surat dari Tabung Haji kami terima pada bulan April 2009. Sungguh kami tidak menduga bahawa kami di pilih juga akhirnya , sesuatu yang sangat sukar dipercayai , malah pihak Tabung Haji pun bertanya, bagaimana calon yang baru mendaftar pada December 2008 boleh dipilih untuk tahun ini?

Kami hanya terdiam setiap kali diajukan soalan begitu. Bagaimana pihak Tabung Haji hairan, kami lebih hairan dan sangat bersyukur yang tidak terhingga.

Kuasa Tuhan mengatasi segalanya.....

Salam untuk Rasullulah


Saya masih ingat kata-kata Ustaz Abu Bakar , supaya mengajar anak-anak kita supaya berpesan dan berkata kepada kita , ibu bapanya yang hendak pergi Haji supaya "menyampaikan salam mereka kepada Rasullulah" , kerana apabila kita berada di Raudah dan mengunjungi Makam Nabi, kita akan berkata , " Anak-anakku (sebut nama) dan sanak saudaraku mengirimkan salam padamu Ya Rasulullah". Kita amat perlukan syafaat Nabi Muhammad terutama sewaktu di Padang Mashyar nanti. Ajarkanlah anak-anak kita supaya banyak berselawat kepada Rasullulah.

Di Padang Mahsyar nanti, tidak ada siapa yang tahan bersesak-sesak bergelumang dengan peluh yang membanjir di bawah terik dan bahang matahari yang sejengkal di atas kepala sementara menunggu dibicarakan di mahkamah Rabbul Jalil. Masing-masing mengharapkan syafaat atau pertolongan daripada para nabi dan rasul, tetapi hanya Nabi Muhammad s.a.w. yang diizinkan oleh Allah untuk memberi syafaat.






Sunday, July 26, 2009

Renungan



Jiwa yang bercahaya dan dapat menjadikan sesuatu yang lain bercahaya.

Fahamilah apa itu sabar yang sebenarnya.

Solat Janazah

Setiap kali Solat Fardhu di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi , selalunya akan dibuat terus Solat Janazah. Kita pula tidak tahu Solat Janazah apa yang diberitahu oleh bilal /imam kerana mereka berbahasa arab. Jadi selalunya kita terpinga-pinga , mereka solat apa?

Jadi , seperti yang dipesan oleh Ustaz, setiap kali habis Solat Fardhu, mereka akan terus buat Solat Janazah, jadi kita jangan buat dulu Solat Sunat . Bacaan doa pula bacalah seperti dibawah :

"Sahaja aku sembahyang Jenazah yang disembahyangkan oleh Imam kerana Allah Taala ".

Jadi kita perlu risau mereka sembahyang Solat Janazah untuk lelaki, perempuan atau kanak-kanak , dengan niat seperti di atas. Seperkara lagi kita tidak nampak jenazahnya kerana jauh dari pandangan kita.



Doa Qunut Pendek

Solat Suboh di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi tiada Doa Qunut. Jadi untuk pertama kalinya , sewaktu saya menghadiri Kursus Haji, diberitahu Doa Qunut Pendek seperti berikut :

"Allahumma Fir ya Ghafur ".

Jadi bacaan diatas sempatlah untuk kita mengikut Imam yang tidak membaca Doa Qunut.

Strategi

Kunjungan ibu mertua adik saya baru-baru ini memberi tip yang perlu saya ambil kira . Kalau dulu saya bangun pukul 4 pagi untuk solat Suboh di Masjidil Haram , kini saya kena pergi pukul 3 pagi supaya saya mendapat tempat untuk solat di Masjidil Haram, kalau lambat , kami tidak dapat sembahyang didalam Masjid.

Pesan Ustaz Abu Bakar sewaktu Kursus baru-baru ini supaya menunaikan Solat Dhuha di Masjidil Haram mengingatkan saya supaya komited untuk lakukan ia, 8 rakaat dan bukan 2 rakaat. Saya juga perlu buat Solat Dhuha dulu sebelum ke Tanaim untuk niat di Miqat untuk Umrah sunat nanti. Selalunya sewaktu disana , kami terus ke Tanaim selepas minum pagi di Hotel dimana selepas Solat Subuh kami terus pulang ke Hotel untuk breakfast dan terus ke Tanaim. Tapi untuk Umrah sunat kali ini, kami akan tunggu dulu selepas solat Suboh untuk Solat Dhuha baru pulang ke Hotel untuk breakfast sebelum ke Tanaim. Diantara tempoh waktu Solat Suboh dan Solat Dhuha bolehlah buat tawaf sunat.




Indahnya menyediakan diri untuk Haji

Selalunya kita hanya akan melalui sukarnya fizikal kerana mengerjakan Haji apabila ada disana. Berbagai perasaan akan berbaur kerana memikirkan cuaca yang berubah dan kesesakan manusia seramai 3 juta orang akan bergerak dalam satu pergerakan yang mempunyai masa yang terhad.

Kami yang melengkapkan diri sejak sekarang , telah merasai saat-saat indah bersama, dimana sejak dari awal mengikuti kursus bersama, sama-sama belajar dan memahami, sama-sama memperlengkapkan diri, sama-sama mencari barang-barang Haji, sama-sama menelaah buku dan sama-sama menjaga kesihatan antara kami. Bila sampai ke platform yang seterusnya, apabila kami sama-sama berjalan pantas untuk aktiviti meningkatkan tahap fizikal kami, terasa perjalanan haji semakin bermula. Kami tidak mulai hanya apabila menjejak kaki di bumi Mekah, tetapi 4 bulan sebelum kesana, kami telah sama-sama saling bergandingan untuk sama-sama bersedia apabila hari sebenarnya tiba. Inilah kemanisan haji yang tidak pernah saya sangka. Kalau sewaktu mengerjakan umrah dahulu, saat 2 minggu bersama suami menunaikan umrah dan ibadat lain di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram menjadi kenangan manis dan terindah untuk kami berdua. Kini melalui saat untuk mengerjakan haji , kami telah mulai merasai kemanisan Haji itu sejak dari sekarang, iaitu berbulan-bulan sebelum pergi haji itu sendiri.

Terasa saya semakin dekat mencintai suami yang tercinta dan semakin erat hubungan kami berdua. Ianya mengalahkan siri percutian kami di berbagai tempat , yang begitu banyak sebelum ini namun tidak dapat menandingi manisnya dan indahnya perasaan apabila Tuhan beri hadiah kasih sayang yang semakin akrab antara kami berdua. Pastinya episod sebenar perjalanan jiwa kami akan lebih bahagia apabila melakukan Haji itu nanti. Suatu pengalaman perasaan yang tidak pernah saya sangka . Kalau dulu terdengar , sukarnya haji bagi kebanyakan suami isteri, tapi entahlah, saya merasai sebaliknya.




Those who gets the right research got the right answers

Apabila saya telah melalui komitmen untuk menunaikan Haji sejak bulan September 2008 , peningkatan dan pendekatan saya dengan Tuhan semakin terasa. Seperti dalam tidak saya sedari . hijab dihati dibuka semakin jelas. Sudah tiada apa yang dapat menghalang cinta yang semakin terbit dan memancarkan sinarnya . Ianya adalah satu perasaan yang sukar dijelaskan . Pencarian yang akhirnya menemukan kita pada satu jawapan yang di cari selama ini. Jawapan yang kita cari disetiap pelusuk dunia, di setiap ceruk perantauan akhirnya pencarian itu berakhir apabila ianya sebenar telah ada didalam diri kita sendiri. Cuma kita terlepas pandang. Cuma kita tidak nampak kerana diselindungi oleh diri kita juga. Apabila kita fokus dan alihkan kabus dihati, kita lihat dengan sangat teliti, kita lihat dengan dipandu oleh kasih Illahi...ianya sangat ajaib. Satu naluri yang tidak terlafaz dengan kata. Satu perasaan yang akhirnya menemukan jawapan yang sekian lama kita cari.

Benarlah kata...kenali diri. Satu pesan yang sangat ringkas tapi jawapan pada sebuah pencarian yang sangat lama dan sangat jauh.

Sebuah catatan dari Watung blog untuk renungan

‘Barangsiapa mengenal diri (sejati)nya, akan mengenal Tuhannya’. Man ‘Arafa Nafsahu, Faqad ‘Arafa Rabbahu. Konon itu kata-kata Baginda Rasulullah SAW (walaupun masih ada banyak perdebatan mengenai siapa sebenarnya yang mengucapkan kata-kata tersebut, tapi di kalangan pejalan ruhani yang pernah mimpi bertemu dengan Baginda Rasul SAW, konon Beliau membenarkan bahwa kata-kata tersebut adalah kata-katanya —red.).

Tapi seberapa susahnya sebenarnya mengenal diri itu? Sebegitu pentingnya kah hal itu sehingga bisa mengantarkan seseorang pada suatu pengenalan yang sungguh agung, sesuatu yang dicita-citakan oleh siapa saja yang percaya, pengenalan akan Tuhan? Bukankah yang disebut “saya” ini ya saya, ya yang ini? Tidakkah kita semua tahu dan kenal diri kita sendiri?

Not so fast, fella. Mari kita resapi kisah berikut ini.

: : : : : : :

waiting at the door

Dalam keadaan sakratul maut, seseorang tiba-tiba merasa berada di depan sebuah gerbang. “Tok, tok, tok,” pintu diketuk.

“Siapa di situ?” ada suara dari dalam.

Lalu dia seru saja, “Saya, Tuan.”

“Siapa kamu?”

“Watung, Tuan.”

“Apakah itu namamu?”

“Benar, Tuan.”

“Aku tidak bertanya namamu. Aku bertanya siapa kamu.”

“Eh, saya anak lurah, Tuan.” Wajahnya mulai plonga-plongo.

“Aku tidak bertanya kamu anak siapa. Aku bertanya siapa kamu.”

“Saya seorang insinyur, Tuan.”

“Aku tidak menanyakan pekerjaanmu. Aku bertanya: siapa kamu?”

Sambil masih plonga-plongo karena nggak tahu mau menjawab apa, akhirnya ditemukanlah jawaban yang rada agamis sedikit.

“Saya seorang Muslim, pengikut Rasulullah SAW.”

“Aku tidak menanyakan agamamu. Aku bertanya siapa kamu.”

“Saya ini manusia, Tuan. Saya setiap Jumat pergi jumatan ke masjid dan saya pernah kasih sedekah. Setiap lebaran, saya juga puasa dan bayar zakat.”

“Aku tidak menanyakan jenismu, atau perbuatanmu. Aku bertanya siapa kamu.”

Akhirnya orang ini pergi melengos keluar, dengan wajah yang masih plonga-plongo.

Dia gagal di pintu pertama, terjegal justru oleh sebuah pertanyaan yang sungguh sederhana: siapa dirinya yang sebenarnya.


"Dan Dialah dalam diri kamu dan kamu tidak nampak Dia"(Az-Zaariyat:21)


Saturday, July 25, 2009

Doa Berhenti Haid

Sewaktu Kursus Haji baru-baru ini, ustazah memberikan doa yang diamalkan setiap sembahyang fardhu , beberapa hari sebelum tarikh kedatangan haid , supaya kita boleh mengerjakan Umrah/ Haji tanpa masalah.




Cubalah amalkan , insyallah doa kita dimakbulkan.

Friday, July 24, 2009

Kesihatan

Kesihatan adalah perkara yang paling dititik beratkan semasa mengerjakan Haji. Kita selalu terlepas pandang bahawa Haji adalah majoritinya adalah ujian Fizikal. Jadi tidak hairan , dalam setiap Kursus , pihak Tabung Haji berulang kali berpesan untuk menjaga kesihatan dan melakukan senaman supaya kita "bersedia" apabila berada disana. Aktiviti berjalan adalah perkara utama dan berjalan pula bukan dalam jarak yang dekat pula . Setiap hari kita akan berjalan ke Masjid , berulang alik bagi setiap solat Fardhu, itupun yang rajin balik atau terpaksa balik kerana sakit perut dan sebagainya. Belum lagi melakukan tawaf-tawaf sunat yang memerlukan tempoh yang tidak kurang satu jam berjalan dalam keadaan sesak. Waktu itu kita akan rasa pening apatah lagi dengan cuaca yang panas.

Sebab itulah kita kena mulakan senaman supaya badan kita tidak terkejut kerana disana apabila sampai sahaja di Mekah kita terus membuat tawaf umrah bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk. Selalunya kita akan sampai di Mekah dalam pukul 11 malam setelah hampir 6 ke 7 jam perjalanan menaiki bas dari Madinah. Itupun kalau rezeki kita sampai awal ke Mekah untuk tempoh biasa iaitu 6 jam. Ada pula kena menaiki bas sehingga 10-14 jam bergantung kepada nasib dan keadaan bas. Jadi tidak ada istilah rehat apabila kita hendak mengerjakan Haji . Ianya sangat berbeza dengan Umrah kerana kita banyak ruang berehat dan iktikaf di masjid dengan keadaan yang selesa.

Kita kena berusaha supaya kita sihat sewaktu di Mekah. Saya masih ingat pengalaman yang diceritakan oleh pihak Tabung Haji , dimana jemaah kita yang paling banyak sakit apabila berada disana dibandingkan dengan jemaah dari negara lain. Apabila kita bawa ambulan, pesakit kita 8 orang. Di ICU ada 8 katil , takkan semua katil ICU kita nak booking. Tidak hairanlah pesakit kita dihalau oleh pihak hospital kerana ramai sangat. Bila pihak Tabung Haji merayu untuk menerima pesakit kita, kata mereka "Sakit , jangan buat Haji!"


Sebab itu kita kena ubah pemikiran kita untuk bersedia fizikal. Ianya bukan cerita dongeng. Pengalaman saya yang pernah mengerjakan Umrah , memberikan saya pemahaman , ianya memang cabaran yang kita harus lalui dan semestinya persediaan juga bukan main-main. Oleh itu , banyak baiknya kalau kita pergi dalam keadaan kita masih sihat. Setidak-tidaknya kita telah berusaha untuk bersedia untuk kesana dan kalau kita di uji untuk sakit juga bila berada disana , itu diluar keupayaan kita.

Hari ini pihak Arab Saudi mengeluarkan kenyataan tidak menerima jemaah haji berusia 65 tahun keatas , pesakit kronik dan kanak-kanak berusia kurang 12 tahun untuk mengerjakan haji tahun ini sebagai langkah berjaga-jaga terhadap selsema H1N1 . Apabila disana , "without excuse" semua akan merasai "batok" apatah lagi bila selsema H1N1 , kesannya mungkin lebih teruk.

Disamping usaha , berdoalah....


Thursday, July 23, 2009

Senaman Fizikal sudah bermula...

Mulai Hari Isnin yang lalu kami telah memulakan aktiviti berjalan melalui Danga Bay selepas menghantar anak-anak kami ke tempat Tuition. Mereka pula habis tuition pukul 10.30malam jadi masa yang terluang itu kami membuat aktiviti "night walk ". Malam tadi juga kami membuat latihan berjalan untuk kali kedua. Kali ini dengan pusingan tambahan dari malam pertama. Menghairankan kaki saya tidak pula lenguh , padahal kalau saya berjalan sejauh ini , kira-kira 3-4 km dengan pantas pasti saya akan demam atau sakit kaki berhari-hari.

Menghairankan ianya tidak berlaku pada saya kerana saya bukanlah sport woman, sesuatu yang sukar untuk dipercayai. Terasa pusingan kami berjalan dekat dan cepatnya sudah habis. Semuga fizikal yang sudah terasa mudah ini akan terus dibantu oleh Allah . Saya percaya Tuhan sudah beri saya kekuatan minda untuk melatih keupayaan fizikal saya. Pusingan kami berjalan akan terus ditambah sedikit demi sedikit supaya tiada kejutan fizikal berlaku sewaktu menunaikan Haji nanti. Jadual latihan ialah setiap malam Isnin , Rabu, Sabtu dan Ahad. Sabtu dan Ahad , kami bercadang untuk "night walk " bersama-sama anak-anak kami. Pastinya ianya satu pengalaman bersama-sama keluarga yang amat menarik.

Sebuah Harapan

Kami bercita-cita untuk mendaftar Haji lagi sebaik sahaja pulang dari menunaikan Haji nanti. Bila dikira balik , kami mahu dan Target untuk membuat Haji Kedua dalam tempoh 9 tahun akan datang, iaitu pada usia saya 53 tahun.

Kalau sebelum ini saya telah membuatkan umrah untuk kedua ibu bapa saya begitu juga untuk setiap anak-anak saya (kecuali Aneesa), saya berazam untuk melakukan Haji yang Kedua untuk Bapa saya dan kalau ada rezeki untuk kali ke 3 untuk Ibu saya pula. Mereka tidak berpeluang melakukannya sendiri tetapi saya rasa saya telah menjalankan tanggunjawab sepenuhnya sekiranya saya sendiri dapat melakukan Haji untuk mereka berdua. Haji Badal telah dibuat untuk ibu saya tetapi diupah untuk dilakukan oleh orang lain. Ianya lebih istimewa kalau kali ini saya sendiri yang dapat lakukan untuk mereka berdua, satu-satunya hadiah yang dapat saya beri untuk bekalan mereka di Akhirat nanti. Ianya bukanlah cita-cita yang mudah tetapi dengan pertolongan Allah , saya percaya tiada yang mustahil.

Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.



Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Taklimat Tabung Haji Travel

Pulang dari Kursus Haji tempohari , kami menerima surat dari Tabung Haji Travel dimana Taklimat akan diberi pada 6 Ogos 2009 mulai pukul 9 pagi hingga 2 ptg di Bangunan MPC , Bandar Baru Uda. Pada hari itu juga , barang-barang dan hadiah Haji akan diedarkan.

Semalam pula , suami saya menghubungi pihak Tabung Haji Travel untuk mengetahui tarikh penerbangan pertengahan. Rupa-rupanya mereka telah menghantar surat untuk memilih tarikh penerbangan. Kami diberitahu bahawa penerbangan pertengahan bermula dari 1 November hingga 9 November 2009.

Saya pula bercadang untuk tidak mengambil Pil Penunda Haid untuk menunaikan Haji kali ini setelah memikirkan tentang kedua-dua Umrah saya sebelum ini saya tiada masalah Haid kerana mengambil Pil tersebut. Tetapi kali ini saya ingin melalui perjalanan Haid yang normal dan ingin mencuba pengalaman baru dengan berdoa supaya tidak menghadapi masalah ketika berada disana. Memikirkan keadaan perubahan cuaca, tekanan emosi dan fizikal, tempoh yang lama disamping kesesakan yang harus dilalui semasa Haji , tidaklah sama dengan sewaktu menunaikan Umrah, saya takut kalau mengalami risiko yang tidak disangka-sangka. Kali ini saya akan berserah pada ketentuanNya selain berdoa semuga harapan saya untuk menunaikan 40 waktu solat di Masjid Nabawi dan melakukan Umrah dan Haji dapat diselesaikan dengan mudah.

Setelah di kira tarikh yang sesuai , saya memilih 8 atau 9 November untuk penerbangan dan semuga tarikh tersebut masih boleh diterima untuk kami berdua. Insyallah !


Wednesday, July 22, 2009

Kisah seorang Mualaf

Sewaktu Kursus Haji Intensif juga , saya sempat berbual dengan seorang Mualaf yang bernama Siti Aishah. Katanya" Inilah pertama kali saya pergi Kursus Haji". Kenapa mereka tak inform, saya tidak tahu". Bermakna seperti calon standby yang lain mereka tidak tahu ujudnya Kursus Haji Bersiri. Mulanya saya ingat dia cuma berwajah seperti seorang Cina. "You look like chinese?", kataku . "Yes, I'm mualaf". Gembiranya hati saya kerana saya menghadiri Kursus sejak bulan Mac lepas, saya tidak pernah berjumpa dengan seorang Mualaf. Katanya dia masuk Islam pada tahun 2000 . "I do a lot of reading and from my reading , finally I chose Islam", katanya lagi. "I did a lot of research, I read Injil also but Islam attracts me". Sungguh terharu mendengar pengakuannya. "I dont know much and I need to learn more", katanya lagi. "I'm proud of you, your intention to learn Islam especially to go for Haj , only after 9 years converted to Islam. Sometimes , we born islam but our "searching" is slower than you", kataku pada Siti Aishah.

"Did you convert , alone or with you husband?", tanyaku lagi kerana begitu teruja hendak tahu kisah beliau. "Yes, my husband and all my children". Malah lebih menarik Siti Aishah pandai dan fasih berbahasa Melayu , jadi bayangkanlah beliau menghadiri Kursus Haji yang 100% bahasa Malaysia dan dia dapat lakukan itu. Walaupun beliau tidak mendapat info yang secukupnya tapi saya percaya Allah akan bagi lorong untuk memudahkan beliau sebagai mana mudahnya hatinya , hanya untuk 9 tahun sudah bersedia untuk menunaikan Haji.

Pada saya , peluang untuk saya bertemu dan berbual walaupun sekejap untuk mengenali Siti Aisah benar-benar memberi keinsafan di hati saya. Tuhan telah temukan saya dengan seorang insan yang pada saya sangat istimewa....

Kisah Ibu Jamilah

Sewaktu menghadiri Kursus Intensif, jemaah yang duduk bersebelahan saya , boleh dikatakan semuanya adalah calon standby malah ada yang telah membuat rayuan juga dan dikategorikan sebagai calon standby.

Melalui pengalaman saya , kita akan tergesa-gesa apabila tiba-tiba mendapat tahu nama kita dipilih untuk pergi haji atau tidak , apatah lagi kalau kita calon standby atau calon rayuan. Saya mendapat tahu nama kami terpilih hanya pada Bulan April. Mujurlah pada Bulan Mac kami telah mengikuti Kursus Bersiri walaupun untuk pertama kali. Baru kini saya sedar mengapa makcik-makcik yang mengikuti Kursus Haji Bersiri sejak beberapa tahun yang lepas, walaupun nama mereka belum terpilih lagi, tetapi mereka telah bersedia sejak bertahun-tahun . Saya pernah duduk disebelah seorang makcik yang telah ikut Kursus Bersiri untuk Tahun ke 4 , tetapi masih belum dipanggil. Semangatnya pula membuat saya kagum kerana beliau pergi bukan hanya di Pusat Islam malah dipaginya pergi di Masjid yang berhampiran rumahnya yang juga belajar tentang Haji.

Sewaktu saya menghadiri Kursus Intensif semalam , saya dapati calon standby agak tergesa-gesa kalau mereka tidak sangka-sangka nama mereka naik untuk pergi haji kerana jemaah yang saya kenal semalam hanya menerima surat dari Tabung Haji sekitar bulan Jun. Malah beliau juga tidak dapat buku kesihatan lagi. Saya kemudiannya menyuruh beliau pergi ke ibupejabat Tabung Haji JB untuk bertanya dan alhamdullilah beliau dapat juga buku kesihatan itu kerana surat yang dihantar oleh Tabung Haji tidak sampai kepada beliau. Sebab itu ada baiknya kita selalu check dengan ibu pejabat dari dicawangan kerana maklumat yang "yakin" selalunya dari Ibu pejabat. Kesian saya melihat jemaah ini kerana , itulah kali pertama beliau menghadiri Kursus Intensif mengenai haji dan tentulah banyak yang beliau ketinggalan. Saya juga berpesan kepada beliau supaya dengar bersungguh-sungguh kerana Kursus Intensif adalah ulangkaji yang sangat bermanafaat untuk membantu kita supaya faham dengan mudah. Alhamdullilah , saya rasa diakhir Kursus beliau mula faham dengan jelas. Saya juga memberitahunya untuk mengambil buku panduan dan soal jawab yang diberi percuma untuk diambil di ibu pejabat Tabung Haji. Kerana beliau tidak tahu malah tidak mendapat maklumat untuk mengambil buku-buku ini kerana selalunya ianya hanya diberitahu sewaktu Kursus Bersiri.

Begitu juga pada ibu Jamilah yang mengingatkan saya pada ibu saya. Usia mereka hampir sama dan ketakutannya juga mengingatkan saya pada kerenah ibu saya. Seperti biasa sewaktu memasuki kelas , pihak Tabung Haji memberi borang kaji selidik dan ibu ini tidak tahu apa tujuan borang ini. Maka disuruhnya rakan disebelah saya untuk menerangkan padanya sekaligus menjawab semua soalan bagi pihaknya. Rakan saya ini yang agak muda tentulah bermurah hati untuk menolong isikan borang dan maklumat diri ibu Jamilah ini.

Apabila waktu peperiksaan , tentulah ibu Jamilah ini tidak tahu hendak menjawab soalan pada usia 68 tahun. Kelakar juga melihat kerenahnya. Mujurlah saya habis menjawab soalan peperiksaan dengan cepat dan dapatlah saya membantu ibu Jamilah menjawab soalan baru dijawab untuk 2 soalan sahaja. Itupun bila pihak Tabung Haji , suruh membulatkan jawapan pada jawapan , beliau cuma menulis huruf " o" yang sangat kecil di tepi jawapannya . Tidaklah ibu ini tahu maksud bulatkan jawapan. Saya kasihan melihat itu kerana itu memberi isyarat beliau tidak faham, jadi saya pun membacakan soalan pada ibu ini dan jawabkan semua soalan untuknya. Pihak Tabung Haji pun saja buat tak nampak, dan suasana agak kelakar kerana ramai juga jemaah yang berhampiran tidak tahu menjawab atau was-was jadi secara tak langsung kami saling tolong menolong untuk jawab soalan.

Ibu Jamilah pula sangat gembira kerana saya jawabkan semua soalan. Suka benar saya lihat kegembiraan ibu Jamilah ini. Yang pasti beliau tidak perlu pergi Kursus Haji Khas. Tuhan telah mudahkan beliau secara tidak langsung. Beliau pula dengan riang hati menyuruh saya menulis no Hp saya dan mengambil no telefonnya , katanya ' sebagai anak-anaknya" . Tanpa berlengah beliau mengeluarkan sepaket gula-gula hacks untuk kami semua sebagai upah membantunya. Suasana begitu menyeronokkan dan gembira sekali walaupun waktu itu adalah waktu ujian....






Kursus Haji Intensif : 20 - 21 Julai 2009

Alhamdulillah, Kursus Intensif Haji yang dijalankan oleh pihak Tabung Haji begitu bermanafaat kerana kita berpeluang membuat ulangkaji mengenai Haji dari awal hingga akhir, mengulangkaji hal-hal permasalahan wanita, mengulangkaji mengenai Ceramah Kesihatan yang sangat penting mengenai persiapan fizikal, memahami proses yang akan kita lalui dari saat sebelum dan semasa melalui proses Haji supaya kita tahu bagaimana pihak Tabung Haji mengendalikan urusan dokumen, pengangkutan , tempat tinggal dan pemakanan kita .

Akhir sekali , tentulah menilai tahap pemahaman jemaah dengan menduduki peperiksaan dimana 25 soalan disediakan untuk dijawab dalam masa 30 minit. Bagi jemaah yang mendapat markah 35 ke bawah , mereka harus melalui Kursus Haji Khas dimana sekali lagi mereka akan diberi kelas untuk meningkatkan pemahaman mereka. Pastilah kami semua yang menghadiri Kursus pada hari itu tidak mahu gagal peperiksaan kerana perlu mengulang belajar lagi. Tetapi ada kebaikannya kerana pihak Tabung Haji sangat komited untuk memberi pemahaman kepada jemaah yang masih kabur tentang cara-cara yang betul untuk menunaikan Haji kerana kita hendaklah bersungguh-sungguh supaya mendapat Haji yang Mabrur. Pihak Tabung Haji telah menjalankan peranan mereka dengan sebaik mungkin, dan tentulah sebagai jemaah haji itu sendiri kita hendaklah terus memperbaiki diri kerana Haji itu adalah untuk diri sendiri.

Saya juga sangat bersyukur kerana berkat menjalani Kursus bersiri sejak dari Bulan Mac sehinggalah ke Kursus Intensif , saya semakin memahami akan proses-proses yang harus kita lalui nanti. Didalam peperiksaan , saya cuma salah 2 soalan , itupun kerana , "soalan tricky". Malah itulah yang selalu akan berlaku, bila kita was-was , jawapan mana yang betul , apatah lagi bila berada disana , kita akan bertemu dengan berbagai-bagai manusia dengan pemahaman yang berbeza-beza . Sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh belajar , pasti kita akan melalui suasana dan perasaan was-was yang berpotensi merosakkan kualiti haji kita. Oleh itu , kita mesti selalu ingat , beza antara seorang manusia dengan manusia yang lain adalah kerana ilmunya dan kita mesti sentiasa berusaha untuk terus memperbaiki ilmu kita.

Suasana Kursus sangat menyeronokkan dengan jemaah semua yang begitu baik dan sporting. Walaupun cuma 2 hari dapat bersama , tapi antara kami terasa sangat mesra malah saling bantu membantu untuk memahami apa-apa masalah yang kami masih kurang faham. Saya gembira melihat jemaah yang muda dari saya merangkumi 1/3 jumlah jemaah , dimana ini adalah satu peningkatan yang positif.

Bagi mereka yang bercadang untuk mengerjakan Haji , cubalah pergi menghadiri Kursus Haji Bersiri supaya kita mendapat peluang untuk memperbaiki tahap pemahaman kita dari mereka yang lebih berpengalaman. Walaupun mungkin kita pernah mengerjakan Umrah, tetapi kita mestilah cuba untuk mendapat bimbingan dengan mereka yang lebih arif kerana melalui Kursus , ustaz-ustaz dan pihak Tabung Haji , dapat menceritakan atau memberi tip-tip yang sangat penting untuk menjadi bekal kita semasa melakukan Haji. Pengalaman dan tip-tip dari mereka pula sememangnya tidak ada didalam buku-buku pembacaan kita.

Kursus Haji Intensif pula hanyalah diberi kepada calon yang terpilih, calon standby dan calon rayuan, jadi bukan semua orang dapat peluang keemasan ini. Pergilah menghadiri Kursus Haji Intensif sekiranya dipanggil atau ditawarkan kerana ianya banyak memberi manafaat kepada kita .


Sunday, July 19, 2009

Daftar haji

Pagi tadi sebelum pulang ke JB, kami sempat minum pagi di NZ bersama adik saya. Seperti biasa , cerita kami masih tentang ujian esok hari. Kadang-kadang suami saya ketawa tengok saya yang masih suspen kerana belum habis baca buku soalan-soalan yang diberi Tabung Haji. Sudah lama tidak menduduki peperiksaan , paniknya lain macam.

Adik saya pula , nampaknya semakin bersemangat untuk setidak-tidaknya daftar haji. Kita mungkin tidak bersedia mental dan financial untuk pergi haji, tetapi setidak-tidaknya kita sudah memulakan "niat" dan komitment untuk "berkorban" untuk membuat satu kerja yang sangat mudah dan basic iaitu pergi daftar haji. Itupun kalau ikut giliran , kalau daftar sekarang giliran kita adalah pada tahun 2025.

Kata saya pada adik saya, Haji itu pengorbanan bukan sekadar melakukan korban kambing atau lembu di pagi Hari Raya Haji, tetapi pengorbanan sudah bermula semenjak dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh mencari masa dan cari duit untuk pergi ke Tabung Haji dan daftar haji kita. Kalau pergi daftar pun kita tidak sanggup, bagaimana kita hendak melalui pengorbanan yang lebih berat selepas itu seperti menyimpan duit, mengorbankan masa untuk melalui kursus, meninggalkan anak-anak, melalui susahnya dengan begitu ramainya manusia di Mekah nanti, melepaskan kerja yang bertimbun-timbun di ofis?

Percayalah , kalau niat kita bersungguh-sungguh, Allah pasti mudahkan. Tuhan tahu niat yang ikhlas dan niat yang sambil lewa. Kita mungkin bukanlah seorang yang sangat warak dan alim tetapi kita bersungguh-sungguh hendak melakukan Haji, malah kadang-kadang sampai rasa hendak menangis kalau harapan kita tidak kesampaian. Selalunya mereka ini tidak sangka , Allah akhirnya pilih mereka . Didalam keadaan lain , mereka yang kelihatan sangat alim dan warak , kelihatan tertunda-tunda kerana mereka ini mungkin tidak meminta bersungguh-sungguh kerana mereka rasa mereka sudah sempurna, mereka warak. Tetapi mereka yang tidaklah warak sangat ini , tahu kelemahan mereka, tahu ketidak sempurnaan sebagai hamba Allah, mereka menangisi kedaifan mereka dan memohon Tuhan bimbinglah mereka . Tidak hairan mereka juga ada tempat untuk berada di sisi Tuhan di Mekah.

Oleh itu , usah ukur kita baik atau tidak. Sebagai hamba kita tidak pernah akan sempurna tetapi tidak sempurna mana pun kita , janganlah berputus harap untuk bersungguh-sungguh supaya Allah mudahkan hati kita, Allah ringankan kesibukan kita , untuk diberi ruang untuk sama-sama membuat Haji. Untuk tersenarai juga ...

Sampai bilapun kita tidak akan rasa kita sudah 'ready" kalau kita tidak mulakan dari basic...cuma pergilah daftar haji....

Kata adik saya, "Adik sekarang sebarkan pada staf-staf dan kawan-kawan untuk daftar haji dulu, setidak-tidaknya kita dapat tolong orang lain disamping kita ingatkan pada diri kita sendiri."







Esok

Esok adalah hari kami akan menghadiri Kursus Intensif mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang selama 2 hari. Walaupun penat baru sampai dari Kuala Lumpur menguruskan kerja-kerja yang semakin banyak , tetapi keseronokan untuk menghadiri Kursus begitu mengganggu perasaan. Rindu kerana 2 minggu yang lepas kelas kami ditunda beberapa kali. Hairan juga kerana tidak pernah menyangka untuk pergi Kursus Haji pun , hati boleh jadi seronok, walaupun risau terpaksa menduduki peperiksaan esok hari.

Kami harus mencari batu-batu kecil sebanyak 70 biji untuk latihan lontaran esok hari dan suami saya pula kena "prepare" dengan pakaian Ihramnya. Saya tidak pernah menyangka malah tidak pernah menduga keseronokan dengan hanya menghadiri Kursus Haji. Bagaimanakah nanti bila melalui saat sebenar. Walaupun tahu ianya bukan mudah , hati saya tidak pernah menganggap itu halangan selain semakin hari hati terasa semakin lapang, sangat lapang.

Sewaktu menghafal untuk pusingan akhir buku haji saya, anak saya menunjukkan saya skil untuk menulis nota pada handphone atau check masa di bilik air bagi soalan yang saya tidak dapat jawab. Tapi saya memberitahu anak saya, "mama bukan sit exam untuk SPM, masa ujian nanti adalah ujian yang datang dari Allah dan mama tidak akan tipu diri mama sendiri, kita tidak akan tipu Kekasih kita". Saya tahu walaupun cuma ujian dari pihak Tabung Haji, tapi pada saya ianya adalah ujian antara saya dengan Tuhan dan dalam setiap ketika saya tidak akan menipu. Saya masih ingat pesan ustaz sewaktu Kursus, bila kita buat silap , kita hakim atas kesilapan kita , kitalah yang mengaku atas apa yang kita lakukan , kerana diatas sana ada Allah yang melihat kita . Perjalanan , pengorbanan dan ujian telah bermula disaat mula saya menerima jemputanNya.

Urusan Penyediaan Passport untuk Musim Haji 1430H

Pada Hari Khamis yang lepas , kami menerima surat dari Tabung Haji untuk urusan membuat Passport Antarabangsa dimana bakal haji yang belum mempunyai passport diminta untuk berada di Pejabat Imigresen untuk dikelola oleh pihak Tabung Haji dalam menguruskan perkara tersebut. Kos untuk membuat Passport itu telah termasuk dalam Pakej Muasasah dimana Passport akan dibuat untuk tempoh 2 tahun.

Kami pula bercadang untuk membuatnya sendiri. Suami saya yang kebetulan , tamat tempoh Passport pada Mac 2010 terpaksa "renew" passportnya. Kami memilih untuk membuatnya di Pejabat Imigresen di Taman Sri Rampai memandangkan saya terpaksa ke Kuala Lumpur untuk menguruskan hal-hal pekerjaan saya.

Alhamdullilah , disana juga kami sempat membuat gambar untuk Visa Haji . Bermakna semuanya sudah lengkap untuk dihantar kepada pihak Tabung Haji pada minggu hadapan. tarikh untuk menghantar Passport dan gambar ialah pada 28 Julai hingga 31 Julai 2009. Setelah tarikh itu , kami tidaklah dapat pergi keluar negara terutamanya ke Singapura kerana Passport sudah diserahkan kepada Tabung Haji untuk pengurusan visa dan imigresen. Sedikit pengorbanan untuk menyekat diri dari berjalan-jalan untuk tempoh 4 bulan akan datang.

Kami juga diminta untuk membuat semakan sekatan / larangan meninggalkan Malaysia oleh pihak berkuasa di web Jabatan Imigresen www.imi.gov.my


Alhamdullilah , suami saya memberitahu saya, tiada masalah mengenai semakan tersebut kerana nama kami tidak tersenarai untuk apa-apa sekatan.

Semuga ianya dimudahkan. Hari yang semakin dekat dirasakan.

Wednesday, July 15, 2009

Pengalaman yang membezakan....

Saya masih teringat sindiran sinis dari seorang insan tentang pemergian Umrah saya buat kali kedua. Katanya "orang pergi umrah nak melancung dan shopping". Padahal insan ini tidak pernah pun menjejaki kaki ke Baitullah. Tidak pernah melihat wajah Kaabah. Tidak pernah mengalami perasaan terindah setiap kali menjejaki bumi Mekah. Lebih menghairankan pula , boleh pula menyamakan Umrah itu sebagai tempat pelancungan dan shopping! Subhanallah ! Begitulah hebatnya pandangan sinis segelintir masyarakat kita , yang tidak pernah melalui pengalaman itu tetapi memberi pandangan seperti pernah berada didalam situasi itu.

Padahal tujuan saya untuk kali kedua adalah untuk berdoa dan mengadu pada satu-satunya harapan saya , iaitu Allah untuk memohon supaya anak perempuan saya pulih dari sakit . Begitulah antara ujian yang Tuhan beri supaya kita terus bersabar dan alhamdullilah , doa saya yang dimakbul , dimana anak saya pulih sekembalinya kami dari Mekah. Malah sehingga hari ini setelah hampir 10 tahun , Alia tidak pernah sakit seperti yang harus dilaluinya sebelum ini.

Saya juga pernah terbaca tentang komen seorang insan "buat apa pergi Mekah kalau tidak sembahyang di Masjidil Haram". Padahal pada waktu yang sesak , sememangnya hendak masuk ke Masjidil haram pun tidak boleh , malah hanya dapat di jalan-jalan raya ataupun di atas bumbung bangunan , asalkan dapat melihat Kaabah.






Tidak mustahil kalau tinggal di Hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram , hendak keluar pintu hotel pun tidak dapat sehingga terpaksa mencari tempat untuk solat walaupun di Lobi Hotel, yang boleh melihat Kaabah. Kalau kita melaluinya, baru kita tahu betapa ramainya orang yang hendak solat , yang kita tidak pernah lihat sewaktu di Malaysia. Disana , orang berebut-rebut mencari tempat sembahyang.



Ironinya...kalau pengalaman kita tidak pernah laluinya , usahlah memberi pandangan apatah lagi menyindir mereka yang selalu pergi menunaikan umrah. Mesti ada sesuatu yang menarik mereka untuk selalu kesana. Lalui pengalaman itu , barulah kita tahu kenapa dan tidak hairan orang yang pernah kesana, akan pergi dan terus mahu pergi lagi....Apakah yang mereka cari dan rindukan?

Ajal

Hari ini mendapat perkhabaran kepergian Ibu Mona ke pangkuan Illahi setelah terlibat didalam kemalangan minggu lepas. Ibu Mona , koma sejak kemalangan itu dan awal pagi tadi mendapat perkhabaran , beliau telah pergi untuk selama-lamanya. Beliau adalah seorang ibu yang tabah malah dalam banyak keadaan saya lihat beliau sangat banyak berkorban tenaga untuk anak-anak , keluarga malah untuk cucu-cucunya. Insan-insan sebaik ini selalunya akan cepat bertemu Illahi.

"Setidak-tidaknya dia pergi dalam keadaan dia tidak merasa sakit", kataku pada suamiku. Jatuh dari motor, beliau koma dan pergi setelah seminggu. Begitu mudah dia pergi walaupun kita sedih melihat kesakitannya tapi hakikatnya dia tidak rasa sepanjang koma. Semuga Allah merahmati rohnya.

Saya pernah lihat seorang wanita yang koma bertahun-tahun sehingga badannya hanya tinggal rangka , sehinggalah pada satu waktu , saya menziarahinya, saya berdoa agar Tuhan ambil nyawanya , agar ringan segala siksaan yang telah beliau lalui bertahun-tahun lamanya. Saya mempunyai kenangan yang indah sepanjang hidupnya dan tentulah saya mahu yang terbaik untuknya. Alhamdullilah selang beberapa bulan , akhirnya beliau dapat pulang juga ke rahmatullah.

Dan pastinya , kenangan yang tidak dapat malah tidak pernah saya lupakan tentang kepergian ibu yang tercinta. Beliau jatuh setelah meneguk sedikit air dan tanpa saya tahu beliau sebenarnya nazak diatas pangkuan saya. Nazak didalam pelukan anaknya , semudah itu emak pergi .... Saya masih ingat kata-kata emak saya yang takut mati disaat dia berada seorang dirumahnya. Bila terdengar kisah orang yang mati berhari-hari tanpa pengetahuan keluarga mereka, emak selalu menceritakan ketakutan dan kerisauannya kalau beliau harus melalui saat-saat seperti itu. Alhamdullilah, ketakutannya selama ini tidak menjadi kenyataan malah , saya berada disisinya malah pemergian emak dengan wajah tersenyum sehingga saya tidak menyangka beliau sebenarnya telah pergi, yang saya sangka cuma pengsan !

Saya pernah berbisik pada suami saya , saya mahu mati dalam pangkuan suami saya kerana saya tidak mahu saat-saat akhir itu saya keseorangan atau paling tidak di atas sejadah.....

Kita tidak pernah tahu bagaimana cara kita pergi tetapi hanya mampu berdoa....

Sarung Tangan

Sarung tangan untuk wanita hanyalah digunakan apabila kita pergi berziarah sewaktu di Madinah atau Mekah. Ini adalah untuk mengelakkan dari kita terpegang suami kita terutamanya , yang akan membatalkan air sembahyang kita. Apabila berada disana , selalunya kita sentiasa ada dalam air sembahyang dan sarung tangan ini akan memudahkan air sembahyang kita dari terbatal.

Tetapi pastikan apabila hendak sembahyang kita buka sarung tangan itu dan janganlah pakai sewaktu kita pergi ke Miqat dan berniat ihram untuk mengerjakan umrah kerana muka dan tangan hendaklah tidak ditutup.

Tuesday, July 14, 2009

Ujian

Semalam , selepas berbuka puasa dan menghantar anak-anak gadis kami ke tempat mereka tuition, kami minum di kedai kopi berhampiran. Memakai jubah dan duduk berdua bersama suami saya , mengingatkan suasana di Madinah dan Mekah . Tuhan saja yang tahu betapa rindunya untuk melalui saat manis setiap kali pulang dari Masjid Nabawi atau Masjidil Haram.

Risau juga untuk menghadiri kursus intensif minggu depan kerana ada ujian. Soalan tahun lepas seperti hendak menduduki peperiksaan SPM. Kalau saya gagal tentu malu jadi kenalah menghafal bersungguh-sungguh. Walaupun sebenarnya sudah biasa dengan perlakuan yang harus dilakukan seperti menunaikan umrah , cuma di tambah dengan wukuf , mabit dan melontar jamrah , tetapi bila hendak jawab soalan berkenaan dengan dam terutamanya , agak menakutkan kerana banyak sangat yang hendak dihafal . Lagipun dengan usia yang semakin berusia bila sebut pasal "peperiksaan" , fobia juga kerana kena baca dan hafal betul-betul. Tapi kena sahut cabaran kerana saya mahu menandingi kepintaran suami saya dalam bab-bab memahami dan menghafal.

Thursday, July 9, 2009

Kursus Haji Intensif

Hari ini menerima surat dari Tabung Haji dimana Kursus Intensif Haji telah diberi tarikh baru dimana nama saya tersenarai untuk menghadiri Kursus pada 15 dan 16 Julai 2009, manakala suami saya pula tersenarai pada 13 dan 14 Julai 2009. Ini bermakna , tarikh yang dimaklumkan sebelum ini untuk melakukan Kursus Haji pada Hari Sabtu pada 11 Julai 2009 dibatalkan.

Suami saya kemudiannya membuat rayuan supaya tarikh kami mengikuti Kursus dapat disamakan walaupun diberitahu oleh pihak Tabung Haji , jumlah jemaah sudah ditetapkan bagi setiap hari berkenaan kerana bilangan yang ramai. Akhirnya atas budi bicara Tabung Haji , kami dibenarkan untuk mengikuti pada tarikh 20 dan 21 Julai 2009 mulai 8 pagi hingga 5 petang setiap hari di Dewan Masjid Sultan Abu Bakar. Ini bermakna suami saya terpaksa mengambil cuti kerana kedua-dua tarikh tersebut adalah hari bekerja.

Inilah antara cabaran yang perlu dihadapi kerana selalunya yang pergi haji adalah golongan veteran atau mereka yang telah pencen, jadi menghadiri kursus di hari biasa tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun, ianya bukan alasan untuk kami tidak turut serta , malah kedua-dua anak gadis kami terpaksa ponteng sekolah pada hari tersebut kerana tiada siapa yang akan menguruskan mereka untuk pergi ke sekolah dan balik sekolah kerana selalunya ianya di ambil dan dihantar oleh kami. Suami saya boleh menggunakan stafnya untuk mengambil anak kami kesekolah tapi saya lebih selesa untuk tidak menyusahkan orang lain.

Mula-mula rasa teruja untuk menghadiri kursus hari Sabtu ini, tapi kena tunggu lagi. Tidak tahu kenapa hati kami makin gembira setiap kali ada kursus haji. Perasaan tidak sabar sudah semakin susah untuk dibendung...panggilan Laibaikallah ...sudah semakin kuat terdengar diminda kami. Mungkin beginilah agaknya perasaan mereka yang telah menerima panggilanNya. Sangat seronok merasai indahnya perasaan ini....

Senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) iaitu Agensi Pelancungan untuk Pakej Haji Musim 1430H - Pakej Haji Swasta

seperti yang disenaraikan oleh Lembaga Tabung Haji



1. Agensi Pengembaraan Asari Murni Sdn Bhd, Kedah. www.asarimurni.com
2. Alif Travel & Tours Sdn Bhd , Selangor. www.aliftravel.com.my
3.Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.andalusia2u.com
4. Ash-har Travel & Tours Sdn Bhd, Kelantan . ashar_travel@yahoo.com
5.Batuta Travel & Tours Sdn Bhd , Kelantan . www.batuta.com.my
6.C.S Holdays Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.hajionline.net
7.Cantumas Travel & Tours Sdn Bhd , Kuala Lumpur . cantum@streamyx.com
8.Citra Travel & Tours Sdn Bhd , Kelantan . citratrv@streamyx.com
9.FB Travels Sdn Bhd , Kuala Lumpur . www.fbtravels.com
10. Felda Travel Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.felda.net.my/feldatravel

11. Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd , Selangor . www.gemilangtravel.com.my
12. Harom Fast Travel Sdn Bhd , Kuala Lumpur . haromfast@hotmail.com
13. Hidayah Travel & Tours Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.hidayahtrvl.blogspot.com
14. ITT Travel & Tours Sdn Bhd , Melaka. amiritt@hotmail.com
15. KAA Travel & Tours Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.kaatravel.com
16. Kawakib Travel Sdn Bhd , Terengganu . www.umrah-haj2u.com
17. KSB Travel & Tours Sdn Bhd , Kuala Lumpur . www.ksbtt.com
18. Lintas travel Services Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.lintastravel.com.my
19. Misbah Travel & Tours Sdn Bhd , Kuala Lumpur. mtt.sb@streamyx.com

20. Mitra Kembara Sdn Bhd, Kuala Lumpur. www.mitrakembara.travel
21. Perpel Travel & tours Sdn Bhd , Terengganu. crezali_angah@yahoo.com.my
22. Rahman Brothers Travel & Tours Sdn Bhd , Johor. srbttjh@streamyx.com
23. Rayhar Travels Sdn Bhd , Terengganu . www.rayhar.com
24. SMAS Travel Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.smastravel.com.my

26. Tiram Travel Sdn Bhd , Johor. www.tiramtravel.com.my
27. TM Tours & Travel Sdn Bhd , Kuala Lumpur. www.tmtours.com.my
28. Utas Travel & Tours Sdn Bhd , Melaka . www.utastravel.com.my
29. Zahafiz Travel & Tours Sdn Bhd, Selangor. www.zahafiz.com



Semuga kita tidak tertipu dengan agensi yang menawarkan pakej Haji yang tidak di iktiraf oleh Tabung Haji. Saya banyak terdengar kisah-kisah mereka yang tertipu dan semuga senarai diatas dapat memberi panduan untuk kebaikan kita bersama.

Syarat-syarat Pakej Haji Swasta 1430H

Syarat-syarat menyertai Pakej Haji Swasta :

1. Mendaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH).

- Bakal jemaah haji hendaklah mendaftar haji dengan TH serta telah menerima surat tawaran terpilih untuk menunaikan fardu haji 1430H.

- Bakal jemaah haji Standaby juga boleh mendaftar untuk menyertai pakej haji , tetapi pemergian ke tanah Suci adalah tertakluk kepada kouata haji dan surat tawaran terpilih daripada TH.


2. Tarikh akhir mendaftar ialah , Sabtu , 10 Syaaban 1430H, bersamaan 1 Ogos 2009. Borang Pendaftaran boleh diperolihi dimana-mana pejabat Pengelola Pakej Haji (PJH) yang disenaraikan oleh TH.


3. Kadar Bayaran.

Jumlah simpanan hendaklah mencukupi kadar bayaran haji jemaah haji PJH sebelum 10 Syaaban.



Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.