Suami saya cuba menghubungi pihak TH Travel sejak pagi tetapi tidak dapat menembusi talian kerana yang pasti begitu ramai yang hendak memeriksa status flight mereka. Atas nasihat suami saya , beliau menyuruh saya mencuba pula mana tahu rezeki saya senang untuk menembusi talian.
Alhamdullilah, dengan tiga kali percubaan mendail , saya seperti tidak percaya apabila ada yang menjawab panggilan saya . Setelah memberi No KP saya mendapat tahu maklumat lengkap jadual penerbangan saya seperti berikut :
KT 35 , 31 Oktober 2009, Sabtu, melapur diri di Kompleks Tabung Haji , Kelana Jaya, pukul 9.30 malam. Ini bermakna 4 jam awal untuk pendaftaran, penerbangan kami dijangka pada 1 November 1.30 pagi.
Pulang ke Malaysia di KLIA pada 8.40 malam , 14 December 2009 , Isnin.
Penerbangan kami adalah penerbangan pertengahan bermula dari 26 Oktober 2009. Manakala penerbangan awal bermula pada 21 Oktober 2009.
Puan Suhawa dari Th Travel , KL memberitahu mereka akan print surat dan dihantar kepada kami dalam masa 3 hari dari hari ini, bermakna mulai minggu depan kami akan menerima surat Lapor Diri dari TH Travel.
Seperti tidak percaya , ianya semakin dekat.....
Tuhanku, permudahkanlah segala urusan ini...

No comments:
Post a Comment