Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Wednesday, October 7, 2009

Mata yang bertuah

Dalam menyiapkan diri untuk pergi ke sana, aku kembali mengingati betapa bersyukurnya aku diberi penglihatan sepasang mata yang dapat melihat Kaabah, melihat Multazam dan solat berhadapan dengan pintu Kaabah. Bersyukur aku dipeluang untuk melihat wajah Kaabah seperti kita duduk berhadapan dengan Allah dan pastinya perasaan itu sukar digambarkan. Yang berlaku kita tak mampu hendak lafazkan kata-kata selain menitis airmata tanpa mahu berhenti. Seperti kita tidak percaya , Allah sudah dekat , sudah ada dihadapan kita dan itu baru lihat Kaabah. Bagaimanakah nanti melihat Allah di akhirat nanti? Suatu kesayuan yang sukar digambarkan , payah diceritakan.

Tuhanku, aku bersyukur Kau berikan aku melihat Kaabah, membuka mata hatiku untuk terus melihat ke arahMU. Peliharalah diriku. Peliharalah aku....

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.