Semalam adik lelaki saya berkunjung dirumah saya. Kami mencari hotel yang sesuai untuk adik-adik yang lain untuk mereka tidur sewaktu kenduri Doa Selamat yang akan diadakan 2 minggu lagi. Setelah survey dan perbincangan dibuat akhir nya kami bersetuju untuk memilih hotel yang berdekatan dengan rumah saya yang cuma selang beberapa simpang dari rumah saya.
Lega rasanya bila dah dapat uruskan hotel mereka , memandangkan keluarga dari pihak saya dan suami akan datang dari KL tentulah rumah kami tidak dapat menampung bilangan yang ramai. Semuga Tuhan akan memberkati Majlis Kenduri ini yang akan di imamkan oleh Ustaz Mahathir, Imam Masjid Negeri. Saya sangat suka mendengar suaranya sewaktu mengimamkan kami setiap kali Solat Terawih di Masjid Sultan Abu Bakar. Tidak percaya juga suami saya dapat "book" beliau untuk Majlis kami. Beliau juga akan memberi Tazkirah sebelum Majlis Doa Selamat bermula.
Urusan katering juga telah kami finalise minggu lepas , jadi saya tidak perlu risaukan apa-apa lagi kerana semuanya akan di uruskan oleh pihak katering.
Tuhanku, Berkatilah Majlis ini.
Urusan katering juga telah kami finalise minggu lepas , jadi saya tidak perlu risaukan apa-apa lagi kerana semuanya akan di uruskan oleh pihak katering.
Tuhanku, Berkatilah Majlis ini.
No comments:
Post a Comment