Hari ini seharian mencari barang-barang yang masih belum cukup antaranya gunting kecil yang boleh dilipat, torch light dan botol spray. Seharian mencari kasut dan selipar yang sesuai , akhirnya memilih kasut NIKE dan Ipanema. Itupun setelah dipujuk oleh anak lelaki saya untuk mencari kasut dan selipar yang tidak sakitkan kaki saya. Mulanya mencari di BATA tetapi tiada yang sesuai dan terpaksa beralah dengan anak saya "Jangan fikir kasut akan hilang , cari yang tak sakitkan kaki mama".
Pengalaman gelang tangan yang hilang tempohari membuat saya berfikir "beli untuk keselesaan saya" dan bukan kerana "takut hilang". Betul juga kedua-dua umrah saya dulu, kasut dan selipar saya tidak hilang , itu yang saya pakai sejak pergi dan bawanya pulang balik ke Malaysia. Tetapi itu Umrah dan kali ini Haji. Berserah pada Tuhan, kita hanya berikhtiar supaya kaki kita tidak sakit supaya dapat sempurnakan ibadah tanpa mengalami kaki melecet dan sebagainya. Kaki adalah aset yang sangat penting dalam ibadah haji , yang selalu kita terlepas pandang. Kita berjalan setiap waktu untuk sempurnakan Haji kita. Oleh itu , saya tidak ada alasan untuk tidak memberi perhatian yang terbaik untuk kaki saya.

No comments:
Post a Comment