Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, October 1, 2009

Ustazah saya

Saya kini mengikuti kelas mengaji dengan Ustazah Syarifah Radziah Syed Abdullah sejak 2 bulan yang lalu. Mungkin rezeki Ustazah dan juga rezeki saya , kami ditakdirkan menjalin silaturrahim sebagai guru dan murid. Saya perlukan Ustazah untuk memperbaiki bacaan Al Quran saya dan Ustazah pula memerlukan saya untuk menyebarkan harapannya " untuk mempunyai anak murid memenuhi setiap ruang masjid".

Lalu saya buka sebuah blog yang istimewa untuknya semuga cita-citanya untuk mempunyai anak murid seramai mungkin di Johor Bahru ini dapat direalisasikan. Blog ini sebenarnya pengalaman saya sepanjang menjadi anak murid beliau.

Blog Ustazah Syarifah Radziah


Semuga pelajar-pelajar baru disekitar Johor Bahru akan mendapat manafaat dengan usaha murni beliau untuk memperbaiki bacaan Al Quran kita.





No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.