Hari Sabtu yang lepas kami ke pejabat Tabung Haji di JB . Ramai yang hadir untuk menghantar slip kehadiran untuk Kursus Perdana Haji pada 10 dan 11 Oktober , iaitu minggu depan. Bagi yang melalui Muasasah , mereka juga mendapat beg yang diberi oleh pihak Tabung Haji selain menerima gelang tangan dan pelekat kereta untuk menghadiri Kursus Haji Perdana.
Bagi melalui pakej , kami tidak mendapat beg tetapi cuma mendapat gelang tangan selain pelekat kereta . Ingatkan dapat beg lagi , rupa-rupanya beg kami dikira yang telah diberi oleh TH Travel beberapa minggu yang lepas.
Hari itu juga kami membeli barang-barang yang masih belum dibeli seperti vitamin dan ubat-ubatan di Watson's . Alhamdullillah rasanya semuanya telah pun mencukupi . Kami juga sudah menyimpan barang-barang pakaian, buku-buku dan kelengkapan lain didlam beg. Didalam sibuk menyusun didalam beg , saya terlupa dimana letakkan gelang tangan haji sehingga melilau mencari disetiap pelusuk rumah. Terfikir diminda apabila mengambil di pejabat Tabung Haji , "kena simpan elok-elok ni takut hilang", akhirnya betul-betul hilang. Rasa nak menangis kerana belum pergi lagi dah hilang barang. Mula ingatkan diri mulai hari ini jangan sekali fikir bukan-bukan atau cakap main-main lagi kerana hari dah mula dekat hendak pergi , apa yang kita katakan sudah mula akan "menjadi".
Setelah membelek setiap barang-barang didalam di beg dan semua tempat didalam kereta , laci tetapi masih gagal jumpa. Hendak sejukkan hati , suami saya yang turut mencari , "kalau tak jumpa juga , kita kena tempah". Mujurlah mendapat suami yang sangat penyayang, tidaklah dimarahi saya kerana cuai tetapi memujuk saya supaya ingatkan kembali dimana saya pergi sesampai dirumah apabila pulang dari beli barang-barang tadi. Mungkin kerana terlalu banyak beg kami dibilik dan menyusun pakaian , saya terlupa dimana saya letakkan.
Didalam hati saya berdoa ," Ya Allah temukanlah balik gelangan tangan". Alhamdullilah , suami saya yang mencari sehingga didalam plastik sampah di sinki, rupa-rupanya saya "terbuang" semasa mengemaskan meja di dapur. Leganya rasa. Dari situ saya dapat rasakan "suami saya adalah penyelamat saya jadi saya mesti sentiasa dengar setiap nasihatnya".
Mulai hari ini saya berjanji untuk berfikiran positif dalam setiap waktu dan menjaga setiap perkataan walaupun cuma main-main kerana "benarnya" sudah mula kelihatan apabila kita hendak ke bumi Mekah.
Tiga minggu bukanlah lama , sesekali rasa seronok dan tidak sabar, sesekali rasa takut dan gementar selain tidak percaya hari yang dinanti-nanti dan persediaan sejak December tahun lepas sudah hampir menjadi kenyataan.
Tuhanku, Peliharalah kegembiraan hatiku , Bimbinglah aku....

No comments:
Post a Comment