Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Saturday, October 31, 2009

Doa Pergi Haji

Kami akhirnya memilih untuk membaca doa ini sebelum berangkat dari rumah petang nanti untuk dibaca oleh adik saya. Doa ini di faks oleh sahabat suami saya dari Majlis Agama Islam Johor sebelum suami saya mula bercuti beberapa hari yang lalu. Mungkin doa ini juga membantu jemaah lain .



SELAWAT

Ya Allah , Engkaulah teman dalam perjalanan dan Engkaulah penjaga keselamatan kaum keluarga , harta benda , anak cucu dan sahabat handai.

Ya Allah peliharalah bakal-bakal haji ini. Kami bermohon supaya perjalanan mereka dimudahkan , didekatkan . Kurniakanlah keselamatan tubuh badan dan harta benda sepanjang perjalanan . Sampaikanlah maksud mereka mengerjakan Haji dan mengunjungi makam Nabi Muhamad s.a.w

Ya Allah , kami memohon perlindungan dari segala mala bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah pandangan yang buruk terhadap kaum keluarga , jiran tetangga , harta benda dan sahabat handai . Lindungilah mereka semua didalam peliharaanMu. Janganlah Engkau lucutkan nikmatMu daripada mereka. Janganlah Engkau mengubah kesihatan mereka kecuali kepada keadaan yang lebih baik Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Ya Allah , wahai Tuhan kami , kehadiran merea ke Tanah Suci adalah atas perintah dan kehendakMu. Oleh itu kurniakan kepada mereka perkara-perkara menyenangkan dirumah suci itu. Jika cuacanya panas , sejuk atau sederhana , jadikanlah segala keadaan cuaca disana nanti sesuai dan menjadi nikmat kepada mereka. Berikanlah mereka selera makan dan minum walau apa makanan dan rasa dan jauhilah segala kesan buruk akibat makanan dan minuman mereka. Suaikanlah rumah-rumah tumpangan yang akan mereka diami walau bagaimana keadaannya sekalipun.

Suaikanlah mereka bergaul dengan rakan seagama di Tanah Suci nanti dimana juga mereka berjumpa dan mereka berkumpul dalam mengerjakan perintahMu . Suaikanlah semua jenis kenderaan yang mereka naiki kemana sahaja mereka pergi dalam menjalankan kerja yang Engkau perintahkan.

Kurniakanlah mereka keselesaan serta mendapat kepuasan dalam melihat , memikirkan dan mengambil iktibar kemana sahaja tempat yang mereka ziarahi dan janganlah Engkau jadikan kedatangan mereka ke Tanah Sucimu kali ini sebagai kedatangan kali terakhir.

Ya Allah anugerahkanlah mereka kesihatan zahir dan batin serta kemahuan dalam mengerjakan segala perintahMu dari awal hingga ke akhir diTanah Suci Mu nanti dan juga meneruskan setelah mereka pulang ke Tanah Suci.

Ya Allah Ya Tuhan Kami , Kurniakan kepada mereka Haji yang Mabrur , dosa diampunkan , usaha yang dipuji , amalan soleh dan perniagaan yang tidak rugi.

Amin...

Rabbana Atina Fidunya Hasanah Wafil Akhiratau ...

Selawat.

1 comment:

  1. "Ya Allah anugerahkanlah mereka kesihatan zahir dan batin serta kemahuan dalam mengerjakan segala perintahMu dari awal hingga ke akhir diTanah Suci Mu nanti dan juga meneruskan setelah mereka pulang ke Tanah Suci.

    Ya Allah Ya Tuhan Kami , Kurniakan kepada mereka Haji yang Mabrur , dosa diampunkan , usaha yang dipuji , amalan soleh dan perniagaan yang tidak rugi."
    "Maha Suci Engkau. Ya Allah, aku memuji-Mu, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Engkau, aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu"
    سُبْحانَ ربِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ، وَسَلامٌ على المُرْسَلِينَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبّ العَالَمِين

    ReplyDelete

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.