Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Tuesday, May 5, 2009

Solat di Masjidil Haram



S
ewaktu kami mengerjakan Umrah dan melakukan Qada Solat, kami ditegur oleh Ayah Haji kerana solat di waktu Haram. Ianya membuatkan kami keliru padahal tiada waktu haram solat di Masjidil Haram. Apatah lagi yang menegur kami adalah seorang yang jauh lebih tua dari kami dan telah beberapa kali mengerjakan umrah dan Haji. Oleh itu , jadikan suatu azam untuk menambah baikkan pengetahuan dan ilmu kita apabila mengerjakan umrah apatah lagi Haji. Disana nanti, kita akan bertemu dengan berbagai fahaman yang akan buat kita was-was dan keliru . Oleh itu saya dan suami berusaha supaya Haji kami tidak di rosakkan oleh perkara-perkara yang kita sangka mudah boleh jadi sangat keliru apabila berada di sana.

Ustaz berpesan tentang belajar Haji, tidak khatam kalau tidak 3 tahun. Ianya tidak mustahil kerana kita kena belajar dari ambil wudu, solat , bacaan dan sebagainya. Kalau wudu kita rosak , akan rosaklah rukun Haji yang seterusnya.


Waktu-waktu yang terkecuali
daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di Mekah , maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.



No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.