Sewaktu bertemu dengan sepupu suami saya sewaktu menyambut raya di kampung, kami dinasihati supaya "jangan berbalah" sewaktu disana kerana terdapat ramai pasangan suami isteri yang bergaduh sehingga hendak bercerai pun ada.
Saya mengambil nasihat ini dengan serius kerana mungkin disini kita biasa berbalah suami isteri walaupun cuma bergurau atau main-main. Takut juga kerana saya memang seorang isteri yang suka sangat bergurau dengan suami saya malah kadang -kadang main gaduh-gaduh. Akibat hubungan kami ibarat "sahabat paling akrab" , bergurau bila berbual sambil bertelagah pendapat memang sudah menjadi perkara biasa. Saya pula takut kebiasaan ini akan memudaratkan bila berada di Mekah.
Lalu saya ingatkan diri saya untuk turut berdoa, "jadikanlah aku isteri yang sentiasa mendengar nasihat dan mentaati suamiku". Saya mesti berusaha dari sekarang supaya tidak berbalah dengan suami saya dan kurangkan bergurau lagi. Kena serius sikit. Mesti suami saya suka kerana isterinya ini memang banyak kerenah. Akhirnya , Haji telah menjadikan saya lebih baik dari hari - hari semalam.
Tuhanku , Permudahkanlah aku menjadi isteri yang sempurna untuk suamiku.
Tuhanku , Permudahkanlah aku menjadi isteri yang sempurna untuk suamiku.
No comments:
Post a Comment