Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Sunday, July 26, 2009

Doa Qunut Pendek

Solat Suboh di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi tiada Doa Qunut. Jadi untuk pertama kalinya , sewaktu saya menghadiri Kursus Haji, diberitahu Doa Qunut Pendek seperti berikut :

"Allahumma Fir ya Ghafur ".

Jadi bacaan diatas sempatlah untuk kita mengikut Imam yang tidak membaca Doa Qunut.

4 comments:

  1. Adakah sah solat jika terlupa baca qunut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah, kerana hukum qunut adalah sunat. Sekiranya jika terlupa untuk membacanya disunatkan untuk sujud sahwi. Dan jikalau terlupa juga untuk sujud sahwi, dikira sah juga solatnya. Wallahu'alam.

      Delete
  2. almarhum abah ajar ketika zaman saya kecil2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Sama ayah saya pun ajar yg sama.

      Delete

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.