Seluruh kaki dan tangan saya terasa seram sejuk sebaik sahaja menerima maklumat penerbangan. Rasa terharu dan terasa menggigil seluruh badan. Rasa hendak menangis kerana takut juga kalau disaat akhir nama kami tiada kerana apa pun mungkin. Terharu akhirnya saya sudah boleh percaya "saya ini dijemput untuk jadi tetamu Allah, akhirnya". Selagi tidak memijak bumi Mekah , selagi tidak selesaikan wukuf sehingga Tahallul Thani, doa saya tidak pernah berhenti, semuga tiadalah yang menghalang harapan saya yang sangat sarat dan penuh untuk sempurnakan ibadat ini.

Beberapa bulan yang lalu , saya mengalami perasaan yang sama, menggigil , menangis, seram sejuk seluruh badan apabila mendapat surat tawaran "terpilih" untuk menunaikan Haji ini. Kini , perasaan yang sama berulang apabila menerima berita Tarikh Penerbangan kami. Ianya bukan angan-angan dan cita-cita tetapi nama saya tersenarai untuk Penerbangan ke bumi Mekah.
Shahdunya perasaan ini dan nikmat perasaan ini tidak pernah aku rasa sebelum ini. Hanya aku dan DIA yang tahu...beginilah rupanya perasaan , kalau kita hendak ke sana.
Terima Kasih Tuhanku, anugerahkan perasaan dan pengalaman yang sangat indah ini...
dear bakal haji!
ReplyDeleteTeringat kembali pengalaman dan perasaan paling indah dan manis dalam hidup semasa menunaikan haji selama 47 hari bersama ibu dan isteri pada November 2006.
Sewaktu itu usia saya dan isteri 34 tahun. 3 anak berusia 8, 6 dan 2 tahun yang ditinggalkan diuruskan oleh adik-adik dan ipar serta mertua. Alhamdulillah, tahun itu kami merasai pengalaman Haji Akhbar di mana hari wukuf jatuh pada hari Jumaat 9 Zulhijjah bersamaan 29 Disember 2006. Banyak sungguh pengalaman yang menginsafkan diri.
Syahdunya perasaan apabila menunggu berakhirnya wukuf dengan masuknnya maghrib...satu perasaan dan pengalaman yang hanya dirasai oleh mereka yang pernah berada disitu dan kenikmatan yang Allah berikan kepada hambanya yang bertakwa.
Selamat berangkat dan semoga mendapat haji yang mabrur serta sampaikan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. (bergenang airmata apabila menyebut nama Baginda yang tercinta)
Salam Saudara,
ReplyDeleteBertuah saudara kerana dapat mengerjakan Haji diusia yang masih muda disamping mendapat Haji Akhbar. Pastinya perasaan itu semakin sayu dirasakan apabila saya pula akan melalui pengalaman Haji itu pula.
Belum berangkat , hati sudah semakin tersentuh , entah bagaimana pula perasaan bila melalui wukuf itu sendiri.
Terimakasih atas doa dan insyaAllah akan saya sampai salam pada Nabi Muhamamad S.A.W.
Dear RKC,
ReplyDeleteTerima kasih kerana membalas posting saya, hanya sekada berkongsi pengalaman dan perasaan. Sekiranya saudara mengikuti rombongan TH Travels, saudara mungkin bertemu dgn Ustaz Zaini. Beliau dari Masjid Pasir Gudang. Baik orangnya....saya dan isteri menghabiskan masa lebih 38 hari bersama beliau siang dan malam, di rumah kami di Mekah iaitu Hotel Firdaus Palace.
Th Travels semua kakitanganya bagus2 seperti ustaz Sahit, Ustad Nasib. kakitangan sokongan mereka pun baik2 dan muda2 belaka.
Ingatan saya, berkenal-kenalan dengan semua kakitangan dari semua peringkat, kakitangan agama, logistik hingga ke tukang masak sekalipun. Percayalah pengalaman dan perkenalan itu akan banyak memudahkan urusan kita sesama manusia dan dengan Allah.
ZNO, Klang, Selangor
Salam ZNO,
ReplyDeleteTerimakasih atas maklumat yang sangat bermanafaat untuk saya. Memang benar pendapat saudara, TH Travel memang baik-baik orangnya , melalui pengalaman saya sebelum ini , iaitu umrah bersama mereka.
Pada saudara pengalaman Haji menjadi nostalgia paling indah, kini kami pula akan melaluinya . Berbagai perasaan berbaur diminda.