Pakaian masih belum dipilih mana yang hendak dibawa. Terpaksa punggah balik beg yang telah kami simpan barang dan pakaian . Tidak tahu hendak mulakan dari mana. Rasanya akan dibuat bersama suami kerana beliau memang pakar dalam menyusun barang-barang didalam beg. Selalunya saya akan sediakan di atas katil dan suamiku itulah yang akan lakukan susunan didalam beg.
Tahun lepas di Masjid Shah Alam , seramai 4,500 orang yang hadir bermakna jumlah yang lebih kurang sama akan kami jangkakan esok. Kami akan ditempatkan di Maktab 71. Info yang saya perolihi kena bawa selimut toto atau comforter sebagai alas untuk tidur malam esok. Tak tahulah samada dapat tidur di masjid atau dipadang. "Kita tidur kat dalam keretalah ", kataku. " Baik bawa kereta kat padang Arafah, mama ", sindir anakku. Betul juga , kenalah tidur dimana sahaja , untuk biasakan diri. Berpuluh tahun badan ini tidur dikatil yang terbaik dengan suhu bilik yang sederhana sejuk. Malam esok , kena biasakan tidur diatas lantai berbumbung langit. Selalu hantar anak-anak saya ke kem OBS, mereka menjadi sangat lasak dan boleh tidur dimana sahaja, tetapi emaknya terlupa untuk membiasakan diri untuk bersusah payah dengan "survival hidup".
Seronok pun ada , macam hendak masuk ITM pada minggu orientasi 26 tahun yang lalu ! Esok pasti menyeronokkan dengan latihan tawaf , sai dan melontar.
Malam ini kena cari jalan ke UTM , kerana sejak pindah di JB kami masih belum sampai ke UTM. Takut tergesa-gesa esok, malam ini kami akan biasakan untuk jalan ke sana supaya tidak tersesat. Pasti kenderaan banyak dan tidak mustahil jalan akan "jam " untuk kesana , esok tengahari.

No comments:
Post a Comment