Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Wednesday, October 7, 2009

Kursus Haji Perdana di UTM Skudai (10 -11 Okt)






Sewaktu menghantar slip kehadiran dan mengambil gelang haji , membaca sekali lalu. Hari ini bila baca semula aturcara , benarlah seperti pemahaman saya bahawa kami akan tidur di Masjid dan bukannya di asrama UTM seperti sangkaan suami saya. Jadi ini bermakna kami perlu menyediakan barang-barang keperluan dan kena bawa payung dan tikar untuk duduk di padang UTM . Setidak-tidaknya latihan begini memberi pendedahan supaya kurang memanjakan diri apabila hari untuk pergi haji sudah semakin dekat. Kena cuba belajar susah kerana sudah begitu lama tidak tidur , makan dan mandi dengan keadaan yang susah apabila bilangan peserta yang ramai, pastinya mengundang kesabaran dan tolak ansur yang bukan sedikit.

Hati seronok sebenarnya kerana halangan apa pun sudah tidak dapat melunturkan semangat "Lambaian Kaabah".



No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.