Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Friday, October 9, 2009

Aneesa menangis



Sewaktu pulang dari sekolah , anak bongsu saya menangis menitiskan airmata sambil memeluk saya. Seperti biasa memujuk beliau kerana biasanya dia akan dibuli atau diusik oleh kakak atau abangnya. Apabila ditanya , dia bukan menangis kerana diusik oleh kakak atau abangnya.

Apabila kami bersiap untuk Solat Maghrib bersama-sama, sekali lagi beliau mahu saya tahu kenapa dia menangis dan bersedih, "Ustazah suruh tengok You-Tube disekolah hari ini pasal "surat ibu" di hari raya sebelum emak dia mati", "Aneesa yang pertama menangis didalam kelas", ceritanya sambil menarik tangan saya untuk melihat You-Tube itu di Note Book saya.
Akhirnya , semua ahli keluarga melihat You-Tube itu dan memang sedih. Saya dan Aneesa kedua-duanya menangis apabila melihatnya. sambil memujuk dan memeluknya erat-erat , saya bisik ditelinganya "Anak mama tak buat mama macam tu kan!", Kalau anak mama sibuk bila besar nanti , mama akan bawa kereta dan jumpa anak mama, kalau sibuk juga , mama tunggu dalam kereta", kataku sambil kami tertawa kecil.



Tidak mahu lepaskan pelukan, Aneesa berbisik padaku "Neesa takut mama meninggal kat Mekah", sambil terus menangis . Hati ini tersentuh kerana luahan hatinya . Doa mama tidak berhenti agar Allah kuatkan hati anak-anakku untuk melalui perpisahan ini, walaupun cuma 45 hari tetapi ianya ibarat 45 bulan kerana mereka sangat rapat denganku. Berada didepan mata mereka 24 jam sejak mereka dilahirkan ! Mama sentiasa ada disisi mereka, pastinya bila mama tiada nanti apabila kesana , ianya bukan mudah buat anak-anak gadisku terutamanya.

Sambil memujuknya, "Mama tak mati pergi sana, Aneesa kena doa untuk mama ok!", sambil menciumnya diseluruh mukanya dan menggeleteknya sehingga dia tertawa dan lupa tentang kerisauannya.

Tuhanku, tenteramkanlah jiwa kami dengan perpisahan ini, tenteramkanlah jiwa anak-anakku dengan kerinduan yang bakal kami lalui nanti....


No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.