Kita selalu menganggap ujian kesabaran akan bermula hanya apabila kita akan melangkah kaki ke bumi Mekah tetapi melalui pengalaman menunaikan haji sebenarnya menguji kesabaran kita , termasuklah dengan mereka yang ada di tanahair kita sendiri. Merekalah ujian pertama yang harus kita lalui. Merekalah halangan pertama kita untuk bersabar .
Semuga Tuhan cekalkan hati, semuga Tuhan tenangkan hati kalau ia adalah hampa, kecewa, marah, sesal dan sebagainya. Anggaplah ini ujian dari Allah.
Mereka juga adalah ujian untuk kita ! Supaya kita lali untuk sabar apabila bertemu dengan insan yang akan kita temui disana nanti.
Ya Allah, berilah aku kekuatan memujuk hati. Tiadalah daya kulalui ia tanpa pertolonganMu.
Puan
ReplyDeleteUjian diantara manusia yang selalunya kita gagal.Terutama yang melibatkan tali persaudaraan.Manusia mempunyai pelbagai ragam dan hal.Kecewa,marah,sedeh....bercampur gaul...kuatkan hati..
Insya Allah...
ReplyDeleteSaya selalu percaya ujian yang diberi Allah adalah untuk menjadikan kita lebih baik cuma mampukah kita ? kita yang sangat lemah ini hanya mengharapkan pertolongan Yang Esa untuk memimpin kita supaya terus terdaya dengan setiap ujian yang datang.