Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, October 15, 2009

Adik beradik

Rumah saya dipenuhi dengan berbagai barang-barang untuk persiapan Kenduri Doa Selamat pada Hari Sabtu nanti. Esok adik saya sudah mula datang dan hampir kesemuanya akan sampai kerumah saya pada hari Sabtu nanti sebelum Majlis bermula. Hati terasa sangat gembira meraikan mereka yang akan hadir. Kalau dulu sewaktu di KL, kami berkumpul adik beradik hampir setiap minggu . Walaupun saya kini duduk berjauhan , mereka selalu berkunjung kerumah saya atau kami berkumpul di KL setiap kali saya kesana , aktiviti kami tetap terus menjadi tradisi walaupun tidak sekerap setiap minggu seperti dulu.

Terharu, adik saya yang masih di Vietnam berusaha pulang awal untuk pasti kan dia dapat hadir. Malah yang terpaksa ke Australia , sanggup menunda supaya dapat hadir. Begitu komited dengan setiap aktiviti bersama, itulah kami !



saat indah bersama yang tidak lekang dengan tawa !


Apatah lagi bila saat untuk pergi sudah semakin dekat, terasa sedih dan sayu. Melihat foto-foto lama diberbagai tempat dan aktiviti bersama, membuat kita tertawa kecil selain terselit memori dan kerinduan pada kisah-kisah pahit dan manis yang harus kita lalui bersama-sama. Ada suka , ada duka semuanya mewarnai hidup kita . Disaat kita diuji, kami sama-sama rapatkan saf untuk kuatkan semangat antara kami. Disaat kita meraikan kejayaan, kita tertawa dengan gelak dan tawa . Susah senang kita lalui bersama menjadikan adik beradik satu ikatan yang sangat istimewa , apatah lagi disaat kakak nya yang pertama dalam keluarga memulakan langkah untuk menunaikan ibadah haji. Terlihat wajah bangga mereka , sesekali tidak percaya kakaknya akan pergi juga menunaikan Haji. Mereka juga tidak sabar dan selalu berbisik ditelinga, "Doakanlah , agar kami dapat kesana juga!".


Hari yang semakin dekat, rasa bersemangat bila adik beradik berkumpul , memanjatkan doa , membaca Yasin bersama-sama, Solat bersama , memohon pada yang Esa , agar Tuhan beri kita kekuatan sebagaimana diberinya kuatnya ikatan sebuah kasih sayang antara kami 5 beradik.

Tuhanku, Terima kasih Anugerahkan kami saat indah bersama digelar Kak yong, Abang Chik, La, Adik dan Abang.



6 comments:

  1. Salam sayang buat kekanda sekeluarga.... di keheninggan malam ini, hati ini sayu dengan apa yang terjadi namun pasrah dengan takdir ilahi dengan ketentuanye.... doa adinda moga selamat semuanye. azrol pasti bonda bangga dengan kalian....

    ReplyDelete
  2. Kalaulah emak dan abah ada ! Hanya tuhan yang tahu betapa sayunya hati pergi kesana tanpa mereka melihat dan mendoakan kita. Terimakasih atas doa and please make sure you can make it .

    ReplyDelete
  3. Dear RKC,

    As I mentioned previously, saya akan anta 1 final posting b4 u n hubby go to perform the Haji. perkara ini berlaku kepada jemaah dalam KT saya dahulu dan rasanya penting nak dikongsi dengan u and especially ur hubby.

    Bila nak pulang semula ke Malaysia, semua jemaah haji akan dibawa keluar meninggalkan Mekah menuju ke Madinatul Hujjaj di Jeddah. Since u r going with the THT, I guess u will be spending 1 nignt at Jeddah's hotel. Tapi sebelum tu jemaah akan dibawa ke Madinatul Hujjaj untuk urusan timbangan luggage dan checkin bagasi sebelum penerbangna pulang.

    Apa yang berlaku ialah hampir kebanyakan bagasi kita akan lebih berat dari had yang ditetapkan. Caj lebihan kalau thn 2006 dulu adalah SR15 sekilo, sekarang mungkin dah naik.

    Kerja2 menimbang akan dilakukan oleh pekerja2 kontrak yg dtg dari India atau Bangladesh. Mereka ini akan menawarkan jemaah untuk declare berat bagasi yang kurang dari had sekiranya kita membayar mereka duit kopi sedikit.

    1. Isunya - syarikat penerbangan telah menetapkan had max bagasi dan akan mengenakan denda excess baggage.
    2. Saya melihat perkara ini sebagai satu penipuan dan mungkin juga sogokan untuk mengelak penalti. Jadi apakah yang kita dapat selepas tidak sampai 24 jam keluar dari Mekah sekiranya kita gagal dalam 1 ujian kecil dari Allah ini?
    3. Ramai jemaah mungkin dalam keadaan tidak sedar sedia membayar wang kopi ini untuk elak denda.
    4. So, I cadangkan supaya kalau boleh hantar terlebih dahulu brg2 dgn perkhidmatan kurier utk elak caj lebihan. 1 cara lagi ialah dengan cari kwn2 untuk buat group check-in, jadi, kita boleh share the excess sebab biasanya dlm group akan ada org kurang dan ada yg lebih. Tapi semua kena setuju dari awal lagi.
    5. Last sekali, kalau excess tu, sedia untuk bayar denda dengan redha sebab pada saya itulah ujian pertama dari Allah setelah menjalani proses penyucian diri selama lebih 40 hari. jangan rosakkan ibadah yg kita buat.

    Semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat jalan.

    ZNO

    ReplyDelete
  4. Saudara ZNO,

    Saya sungguh terharu dengan kebaikan saudara memberi saya tip yang sangat berguna dan saya mahu pengalaman saudara dan saranan saudara dikongsi bersama untuk semua jemaah yang memerlukan panduan dari mereka yang akan pergi seperti saya.

    Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan saudara. Terima kasih sekali lagi atas panduan dan doa.

    ReplyDelete
  5. Asslamualaikum RKC,

    Thanx again for giving me the chance to write about my thought and experience.

    Eversince we came back, me and my wife always have our thoughts to go there again for Haji or Umrah( with Allah's permission). Baitullah is a special place for all those who have visited it and Baitullah seems like to be calling us to come to it again and again.

    And in the next time, I may need your inputs rather giving you mine. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam,

    Yes , I agree with you that the moment you see Baitullah , you can never forget it and keep on praying to have the chance of going there again and again.

    Will share my experience for this Haj.

    ReplyDelete

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.