Petang Khamis lepas , kereta kami di pecahkan tingkap kerana suamiku lupa menyimpan beg sekolah Aneesa di bonet kereta. Katanya cuma sebentar mahu minum bersama kawannya di Padang Merdeka sebaik pulang dari tempat kerja selepas mengambil anakku pulang dari sekolah.
Pastinya aku agak kecewa kerana , bukan suamiku tidak tahu kisah jenayah pecah kereta dan ragut yang berleluasa di JB. Bila kita tahu keadaan persekitaran begitu , seharusnya kita tidak boleh ambil mudah apatah lagi leka. Tapi hendak dikata apa kalau inilah yang Tuhan mahu uji.
Agak mengecewakan bila yang diambil adalah beg sekolah anakku. Memikirkan untuk mencari setiap bukunya yang hilang pasti bukan perkara yang mudah apatah lagi buku latihan. Rasanya marah sangat kerana bukan cermin kereta yang pecah itu yang membuat kami susah tapi kasihan keadaan anakku yang terpaksa menjadi mangsa . Padahal anakku ini masih kecil . Sudahlah dia Ketua Kelas, dan kini ketuanya pula yang tiada buku. Tidak dapat ku bayangkan betapa susahnya Aneesa kena "explain" kepada setiap guru setiap matapelajaran yang dia hilang bukunya. Bukan semua guru akan bekerjasama dan inilah yang menyedihkan aku. Apatah lagi bila mendengar cerita dari Aneesa beliau selalu di pukul tangannya kerana tidak siap kerja sekolah. Rasa nak menangis kerana dalam setengah keadaan, kita tak dapat "protect" anak kesayangan kita dari dipukul guru. Aku tidak menyebelahi anakku bila dia dikenakan denda , tapi ibu mana tidak rasa sedih mendengar cerita dari anaknya. Padahal Aneesa anak yang baik tapi terpaksa kita lepaskan untuk dipukul kalau dia buat silap. Kita tahu ini proses untuk memperbaiki diri tapi hati ibu mana yang tidak tersentuh...

Lebih membuatkan aku sedih, beg sekolah itu adalah beg yang kuhadiahkan padanya, beg yang dia suka ! "Ya, Allah dengan bersungguh-sungguh aku berharap kau berilah kasihan di hati "orang itu" pulangkanlah beg anakku!" , bisik hatiku walau tidak mengharap . Masakan orang seperti itu mahu bersusah payah untuk pulangkan . Mungkin dia akan beri beg itu pada anak dia atau paling tidak jualkan kerana beg itu memang cantik. Aku tidak kisah begnya tapi yang aku harapkan adalah buku-buku anakku. "Mungkin esok dia pulangkan dekat sekolah!", bisik hati kecilku. "Tapi itu cuma harapan dongeng!", detik di hati.
"Biarlah, nanti esok mama belikan buku yang baru. Kita bagi kat semua guru , salinan Police Report", pesanku pada anakku sewaktu menghantarnya ke sekolah Hari Jumaat itu. "Kalau cikgu marah, Neesa tak ada buku , Neesa bagi surat Polis ni ok", hanya itulah yang dapat mama lakukan demi nak Protect anakku dari dimarahi guru. Setelah belikan buku-buku rampaian supaya dia dapat menulis di kelas hari ini, jadi tidaklah begnya kosong. Aku melihat dia menyusuri jalan di koridor sekolahnya dengan rasa terharu, "kesian anakku!".
"Malam nanti kita cari buku teks Aneesa", kataku pada anak lelakiku. "Adik check , orang kat bookshop kata ada kat Plaza Angsana", kata anakku. "Nanti kita pergi cari", kataku . Hatiku berbisik , tunggulah sehari dua , mungkin beg itu dipulangkan. Dan harapan itu berlalu dengan sangat sedikit harap!
Petang itu sebaik pulang dari sekolah, anakku riang. "Kawan Neesa bagi beg sekolah Neesa ada orang bagi kat dia !", katanya. Seperti tidak percaya. Syukur Alhamdullilah!. Tuhan saja betapa gembira hatiku. Walaupun basah kerana malam tadi hujan lebat di JB, tidak mengapa. Alia dan Aneesa sama-sama mengeluarkan buku-buku di living room rumah untuk dikeringkan.
Kata Alia, "Mama, Tuhan nak uji mama , kan mama nak pergi Mekah!". Syukurlah diuji cuma hilang sekejap. Bisik hatiku, "Baik jugak orang itu sanggup susah payah hantar beg ke sekolah". Mulalah hatiku , "Kalau aku jumpa dia hendak aku berikan dia duit!".
Tapi yang penting , Tuhan sayangkan kami...

No comments:
Post a Comment