Adalah mustahil kalau kita mahu jadi tetamu yang istimewa di mata Allah, kita masih bersikap remeh dan sambil lewa dalam ibadat. Pastinya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mempersiapkan diri supaya apabila bertemu Tuhan , kita tidak malu pada diri kita sendiri. Ibarat kalau kita tahu kita akan jumpa Perdana Menteri dimana dia hendak tahu tentang kerja kita, tentulah kita buat revision, buat homework, supaya setiap apa soalan yang diberi kita boleh menjawab dengan lancar dan mempunyai "point" yang bernas.
Begitulah juga kalau kita hendak jadi Tetamu yang Istimewa , mestilah kita bersungguh-sungguh dalam memperbaiki ibadat. Walaupun urusan kerja juga tidak berkurangan, ianya bukanlah alasan untuk kita mendisiplinkan diri untuk memberi waktu sekurang-kurangnya 1 jam untuk ibadat.
Perancangan saya ialah untuk "khatam" Tafsir Al Azhar 30 juzuk dari Prof Dr. Hamka. Saya beli 1 set buku Tafsir Al Azhar sewaktu saya mengandungkan anak bongsu saya , iaitu tahun 1999. Tak silap saya saya baru habis membaca semua hanya 2 tahun yang lepas. Ianya mengambil masa 7 tahun untuk saya habiskan bacaan tafsir saya sebelum ini. Kini saya berazam untuk menghabiskannya dalam masa 5 bulan. Sekarang bulan May, bermakna bulan Oktober saya mesti habiskan kerana Bulan Haji tahun ini ialah di Bulan November. Ianya adalah misi yang sukar tapi saya mesti komited dan berusaha bersungguh-sungguh dan saya mesti mencapai target saya.
Selain membaca Tafsir, saya juga mahu khatam Al Quran sebelum bulan November . Antara komitmen yang saya perlu lakukan ialah setiap pagi saya baca Tafsir dan selepas Solat Dhuha saya akan baca AlQuran juga selepas Solat Asar.
Semuga Tuhan mudahkan...
No comments:
Post a Comment