Kita selalu keliru atau mungkin terlepas pandang bahawa apabila kita telah mempunyai Akuan Tabung Haji , kita boleh pergi Haji bila-bila masa. Memiliki akaun di Tabung Haji bukan bermakna anda mendaftar untuk Pendaftaran Haji. Walaupun kita memiliki Akaun Tabung Haji yang telah penuh tetapi kalau kita tidak mendaftar untuk Menunaikan Haji, nama kita tidak tersenarai untuk mengerjakan Haji.
Kalau anda mendaftar Haji pada tahun 2009, bermakna giliran anda untuk menunaikan haji adalah 15 tahun lagi , iaitu pada tahun 2024. Tidak silap saya sewaktu menghadiri Kelas Haji, pekerja di Tabung Haji memberitahu bahawa terdapat 380,000 orang dalam senarai Pendaftaran Haji. Setiap tahun cuma ada kuota 26,000 jemaah haji yang diterima oleh Negara Arab Saudi untuk rakyat Malaysia. Agak memeranjatkan untuk tahun ini sahaja untuk yang membuat rayuan untuk menunaikan haji adalah sebanyak 26,000 rayuan juga.
Kalau kita bercadang untuk menggunakan Pakej Haji, kita juga mesti melalui proses yang sama , iaitu mendaftar dan tunggu giliran. Kalau kita teragak untuk guna Pakej Haji dan baru hendak daftar Haji, kemungkinan besar kita tidak dapat pergi seperti yang dirancang. Oleh itu menunaikan Haji memerlukan pengetahuan dan strategi yang paling asas, iaitu Daftar Haji terlebih dahulu.
Sewaktu saya mengikuti kelas Haji, ramai diantara kakak-kakak yang saya temui yang telah mendaftar 10 tahun yang lalu masih tidak dapat pergi dan menunggu giliran. Jadi tidak hairanlah kalau ada yang telah 3 tahun mengikuti kursus Haji tetapi masih tidak pergi. Mereka membuat permohonan rayuan tetapi bayangkanlah ada 26,000 rayuan yang menanti giliran , itupun setelah ada kekosongan sekiranya calon haji untuk tahun itu menolak untuk membuat haji atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Seperti yang di war-warkan oleh pihak Tabung Haji, sama-samalah kita menyebarkan maklumat supaya mendaftar haji terlebih dahulu !

No comments:
Post a Comment