Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Monday, May 11, 2009

Restu anak-anak

Sudah menjadi rutin biasa sejak 9 minggu yang lalu , anak-anak gadis kami seperti tidak keberatan untuk melepaskan kami mengikuti Kelas mingguan yang diadakan setiap Hari Ahad di Pusat Islam, JB. Maka tiadalah aktiviti di hari Ahad seperti selalunya dan kami selalunya akan melayan kerenah anak-anak kami di awal pagi atau di malam harinya.

Anak-anak kami pula seperti "seronok" ibubapanya akan ke Mekah hujung tahun ini. Mereka pula yang ingatkan kami , takut kami terlewat pergi ke Kelas . Sungguh mengharukan melihat perubahan sikap anak-anak yang seperti turut sama merasakan "indahnya Haji". Anak perempuan saya turut sama membaca buku buku mengenai Haji yang kini makin banyak terkumpul di rumah. Malah mereka juga seronok membacanya.

Semalam waktu anak lelaki saya pulang dari Melaka, ketika habis berjemaah Magrib bersama-sama, dia ceritakan tentang mimpinya mendapat 10 tiket percuma untuk menunaikan umrah. Terlihat betapa seronoknya dia apabila berada di Mekah bersama kami sekeluarga , walaupun cuma dalam mimpi.

Yang jelas semuanya kelihatan tidak sabar-sabar menantikan kedatangan Bulan Haji kali ini kerana istimewanya , ibu bapa mereka dapat melakukannya tahun ini. Pesan anak bongsuku, "Mama ingat tak neesa pesan apa? " sambil menghitung jarinya , "Pertama Air zam zam, Kedua Jubah dan ketiga Telekong..nanti mama poskan ok".

Aku tidak menyangka begitu mudah Kau berikan restu dari anak-anakku ...

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.