Saya masih ingat pesan seorang jemaah yang turut sama pergi menunaikan umrah bersama saya pada tahun 1997. Tak ingat pula saya namanya, tapi dia adalah isteri Haji Saad, pasangan ini telah menunaikan Haji untuk pertama kali dan akan pergi lagi pada waktu hujung tahun berikutnya balik dari umrah tersebut. Malah seingat saya , Hajjah inilah yang telah pergi beberapa kali menunaikan umrah dan minat melancungnya memberi inspirasi pada saya. Saya masih ingat katanya" Kakak tak beli harta tapi kakak lebih suka pergi melancung !". Malah beliau pernah membawa anak-anaknya pergi menunaikan umrah bersama-sama. Kata saya, "Nanti bila saya dah cukup duit , saya pun hendak seperti kakak, bawa anak-anak sama!". "Tapi , cuba duduk hotel berlainan, ita mesti cuba tinggal kat Hilton , guna pakej MAS, atau cuba tinggal di Hotel Oberoi!", pesan Kakak Hajjah itu lagi.
Memandangkan beliau banyak pengalaman melancung dan mengembara, dia pesan pada saya supaya bila datang umrah kemudian nanti, carilah stokin seperti kasut , yang agak tebal, tak silap dia ada beli di Istanbul atau Turki. Atau kita cuba cari stokin yang agak tebal kerana stokin nipis yang kita gunakan bila masuk ke masjid tidak dapat menahan tapak kaki kita dari kasar atau melecet.
Jadi pastikan kita cari stokin tersebut sebelum kesana. Kita akan memijak lantai yang sejuk dan panas sewaktu melakukan tawaf dan sai , apatah lagi kalau kita buat Umrah melebihi sekali bagi setiap hari dan lebih susah melakukan tawaf di musim haji di tingkat atas Masjidil Haram yang begitu luas , ianya secara tidak akan disangka akan memudaratkan kita terutama yang alah simen.
No comments:
Post a Comment