Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Monday, May 4, 2009

Doktor Jaya

Sudah menjadi lumrah apabila kita telah tahu giliran kita sudah tiba, perkara tentang persiapan mental, fizikal, kesihatan dan kewangan tidak dapat diketepikan. Apatah lagi , kalau tiada aral bermakna awal bulan November ini kami akan dapat bertolak ke Mekah. Semakin hari semakin riang di hati malah hampir setiap malam aku sudah bermimpi tentang Masjidil Haram malah berada di Padang Arafah ! Ia seperti pengalaman yang sangat dinanti selain berdebar tentang dugaan yang pastinya bukan sedikit.

Sewaktu pulang ke Kuala Lumpur, aku sempat berjumpa dengan doktor di Klinik Jaya. Dua umrah ku sebelum ini , aku mendapatkan nasihat Doktor Jaya berhubung dengan putaran haidku dan kedua-dua umrah tersebut dapat aku lakukan sempurna tanpa ketinggalan walau satu solat samada di Madinah mahupun di Mekah. Pastinya kali ini untuk ke Mekah untuk menunaikan Haji , aku sangat berharap ianya dapat dilakukan sempurna seperti sebelumnya. Ianya sebahagian dari usahaku dan pastinya segalanya berserah pada Tuhan .

Agak terkejut bila bertanya samada Doktor Jaya ada di klinik atau tidak , kata nurse, "Doktor Jaya tak ada". Suamiku bertanya, "bila dia datang?". "Dia tak ada" jawab nurse lagi. "Dia pergi mana?", tanya suamiku. "Dia sudah meninggal dunia". Kami tergamam. "Bila?" tanyaku dengan rasa yang bergetar. "Bulan Januari baru ni". Teringat di mindaku tentang kebaikannya malah kami telah bersama dengan Doktor Jaya sejak dari mula anak pertama kami lahir 21 tahun yang lalu. 'Siapa ganti dia, anak dia ke?". Nurse mengiakan. Sungguh terharu kini anak dia menggantikan ibunya, malah ketiga-tiga anak perempuannya kini menjadi Doktor.





Seperti biasa , aku dapatkan nasihat dari anaknya pula. Seperti ibunya, ia mengingatkan aku betapa dunia ini berputar sangat pantas dan sesekali bila menoleh, kita terharu dengan kehidupan yang tidak sunyi dari pertemuan dan perpisahan.

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.