Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Wednesday, May 6, 2009

Wudu , yang kita ingat mudah !

Sesuatu yang buat saya teringat tentang perkara asas yang mudah dan kita lakukan setiap hari bertahun-tahun lamanya , iaitu wudu. Kita belajar ambil wudu waktu kita di sekolah rendah. Itulah yang kita faham dan ingat dan kita lakukan sehinggalah kita dewasa malah dah veteran. Kita tidak pernah hendak "check" balik apa yang kita belajar 20 atau 30 tahun lalu , betul atau tidak. Masa usia 7 tahun , pemahaman kita setakat usia 7 tahun. Dan pemahaman usia 7 tahun itulah yang kita jadikan asas untuk kita ambil wudu sampailah kita dewasa. Kita kata, takkan tak tau ambil wudu.

Saya jadi keliru apabila Ustaz memberitahu seorang jemaah Haji yang telah pulang dari mengerjakan Haji , yang kemudian mengikuti kelas fardu ain, merasa apa yang beliau alami untuk diberitahu kepada jemaah yang sedang belajar untuk pergi Haji. Ustaz memberitahu wanita ini baru tahu selama ini beliau ambil wudu tidak betul , bermakna Haji yang telah dilakukan tidak sempurna. Kenapa? Kerana dia ambil wudu dimana air tidak sampai hingga ke siku. Mungkin selama ini beliau hanya menyapukan air hanya setakat pertengahan tangan! Sebab itu air tidak sampai ke siku. Saya pun naik takut , saya ambil sampai ke siku ke? Nasib baik bila check balik bagaimana perlakuan saya bila ambil wudu , saya memang sapukan sampai ke siku.

Jadi , jangan ambil mudah . Lihat bagaimana seseorang itu rasa bersalah, rasa was-was, rasa keliru dan akhirnya merosakkan Haji itu sendiri. Bayangkanlah , kalau setelah 4 tahun setelah buat Haji baru kita tersedar cara kita ambil wudu salah, bukankah bila kita buat Haji, dan kita buat silap, kita kena dam. Kita buat semula dan berapa tahun sampai tertunda, baru kita tahu kesilapan kita. Kesilapan itu pula adalah perkara yang sangat asas pula. Dan baiknya wanita ini , sehingga dia tidak mahu orang lain jadi seperti dia dan beria-ia berpesan pada ustaz supaya beritahu pada yang belum pergi, jangan jadi seperti beliau.

Malah, ustaz berpesan, ambil wudu dan suruh orang lain check , betul tak yang kita buat. Kalau wudu kita tidak sempurna, bagaimana pula ibadat lain akan jadi sempurna kalau asasnya sendiri sudah tidak betul.

Ia buat saya insaf, saya perlu perbaiki semua aspek kerana Haji sebenarnya mempunyai pengertian yang besar. Bagaimana pengisiannya sebagai hamba yang taat pada perintah dan cara dan larangan yang telah diberi garis panduan. Ia sebenarnya mengukur "disiplin diri".

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.