Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Thursday, May 21, 2009

Keajaiban Mata

Subhanallah !

Apakah ini benar? Sejak sekian lama aku mencuba bacaan Tafsir Al Azhar, pasti mata ku yang semakin kabur akan membuat aku pening. Terpaksalah sebelum ini aku "adjust" jauh dekat buku tersebut kerana mataku seperti terhoyong hayang bila hendak membaca. Tulisan yang kecil yang mungkin size 9 font , tentulah sangat sukar untuk kuhabiskan. Tapi sebentar tadi niatku untuk menghabiskannya walaupun aku tahu mataku sudah tidak nampak jelas, tidak aku pedulikan. Aku yakin aku boleh.

Dan sungguh tidak aku percaya, aku secara tiba-tiba sudah dapat membaca lancar, sudah tidak kabur lagi mata ini. Semuanya seperti sangat mudah untuk kubaca dengan cepat tanpa perlu dekat dan jauhkan buku seperti yang ku baca sebelum ini.

Lihatlah kuasa niat yang mungkin sangat kecil telah mencerahkan mataku, padahal niatku hanyalah untuk habiskan bacaan Tafsir ini. Kuasa Tuhan telah terlihat dan doa untuk mudahkan, telah Kau kabulkan....bagaimana aku tidak "terharu"...suatu perasaan yang sangat sukar untuk ku percaya...mataku kini sudah kembali cerah untuk membaca Tafsir...aku cuba melihat buku Tafsir lagi...betul ke atau perasaanku cuma. Memang benar, aku sudah boleh melihat tanpa menghadapi masalah rabun dekat dan rabun jauh ku. Kalau dulu hanya rabun jauh, kini rabun dekat menyebabkan aku sukar membaca , apatah lagi tulisan sekecil Tafsir Al Azhar.....kini aku cuba lihat berkali-kali ....sungguh tidak percaya...aku sudah boleh membaca dengan lancar dan tidak pening kepala lagi!

Sekian lama buku Tafsir itu kulihat dan setiap kali ingin membaca , semangat ku pudar kerana sukar untuk melihat. Malah tergerak di hatiku untuk menyuruh anakku untuk membeli kanta pembesar supaya senang hendak kubaca.

Baru sebentar tadi kupasang azam dan niat supaya Tuhan mudahkan harapan ku untuk habiskan Tafsirku dan Khatam Al Quran....aku telah dihadiahkan dengan pandangan yang jelas.....bagaimana harus ku kabarkan betapa bersyukurnya aku !



No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.