Semalam , suamiku mengambil Buku Rekod Haji setelah kami tidak dapat menghadiri taklimat Kesihatan di Pejabat Tabung Haji kerana hal yang tidak dapat di elakkan. Tarikh untuk kami melakukan rawatan seperti yang dijadualkan oleh Tabung Haji ialah pada 7 Jun 2009. Tapi kami bercadang untuk pergi ke Klinik Panel Haji yang berhampiran dengan rumah kami.
Sewaktu saya mendaftar Haji pada tahun 1999 , buku rawatan adalah bersaiz buku rampaian, tapi kini bukunya lebih kecil , seperti buku ceti. Yang menariknya , kami mesti melalui Kursus Haji Bersiri mengenai Ceramah Kesihatan. Bukan sahaja Tabung haji memberi Kursus Haji tentang bagaimana melakukan Haji malah siri kesihatan juga turut dilakukan. Semua Kursus juga dilakukan percuma malah suntikan juga percuma kalau dibuat di Hospital Kerajaan.
Seharusnya kita bersyukur kerana kerajaan bersungguh-sungguh untuk pastikan kita mendapat Haji yang terbaik dengan mengadakan kursus di Pusat Islam malah di Masjid-masjid , "secara percuma". Dan terus komited mempastikan kesihatan jemaah diperingkat yang terbaik. Tidak tahulah saya, warganegara apakah kita kalau kita tidak bersyukur dan tidak turut sama komited seperti mana komitednya Kerajaan kita.
Sebelum menunaikan Haji , diberi kita ilmu dan diuruskan kesihatan kita , malah ianya terus dijaga sehingga kita hendak pergi Haji, dibawa kita ke Madinah , diberi kita ziarah, diberi kita Mutawwif untuk bimbing kita, malah sewaktu di Mekah nanti akan terus ada ceramah demi ceramah supaya kita tidak terlupa atau tersilap. Di Padang Arafah , Mina dan Mudzaliffah juga, dan dijaga makan minum kita dan tempat tinggal kita, malah pengangkutan kita semenjak dari Malaysia hingga turun ke Jeddah , dari Jeddah ke Madinah hingga ke Mekah , kemudian diuruskan pengangkutan kita disaat yang paling sukar sewaktu wukuf , mabit dan melontar , kemudian dibawa kita kembali ke Mekah sebelum uruskan kepulangan kita melalui Kapal terbang untuk pulang ke tanahair...dengan cuma RM9,980.00 !

Ramai masih mengeluh malah, ramai masih marah kerajaan patut beri lebih. Sedangkan kita hendak beribadat , kita lupa bersyukur, kita leka bila terlalu dimanjakan kita banyak meminta dan akan terus meminta. Padahal kita hendak di beri Haji, diberi kewarasan untuk berfikir secara logik, puncak kesempurnaan seorang hamba. Bukankah Haji itu mengandungi falsafah yang tersirat , supaya kita makin kenal diri !
Kita tidak rasa sia-sia kalau kita beli emas berketul-ketul , supaya orang nampak kita lebih dari orang lain. Tapi untuk laburkan pada ibadat kita sangat berkira, kita sangat berkira untuk bersedekah padahal Kursus Haji di beri percuma untuk 17 minggu ! Kita tidak fikir , siapa yang biaya penceramah , siapa yang urus semua sehingga licin dan teratur. Kita hanya fikir , banyaknya duit yang kita kena laburkan untuk ibadat. Terlihat tidak redha, terlihat tidak faham , dengan hanya duit sebanyak itu kita telah diuruskan berbulan-bulan semenjak Bulan Mac sehingga Bulan November nanti , sewaktu berada disana, sehinggalah kita pulang dari Mekah (lebih kurang 45 hari).
Bayangkan berapa ramai pula kerajaan harus biaya "pekerja" untuk menjaga kita di Mekah nanti. Uruskan kita, makanan kita , pengangkutan kita, kesihatan kita yang seramai 26,000 orang itu ! Bolehkah dengan hanya 100 pekerja orang boleh uruskan kita semua nanti yang kerenahnya berbagai-bagai? Hendak belikan makanan dan masakkan untuk kita setiap pagi , tengahari dan malam selama 45 hari ! Bila fikir itu semua terasa , bertuahnya kita! Kita cuma beribadat , selainnya ada yang uruskan. Bayangkan kalau kita hendak buat kenduri doa selamat atau kenduri kahwin, betapa sibuknya kita semenjak berhari-hari malah berbulan-bulan kalau nak uruskan kenduri kahwin yang tetamunya cuma 1,000 orang untuk makan tengahari sahaja ! Fikirlah....

Kita tidak terkilan kalau duit kita RM10,000 habis untuk 2 minggu percutian di luar negara! Kita tidak terkilan kalau duit kita RM5,000 habis untuk kenduri kahwin anak kita! Kita tidak terkilan untuk membeli emas terkini atau pakaian paling berkualiti untuk menyambut Hari Raya. Kita tidak kisah , duit bonus kita habis untuk membeli perabut yang lebih baru. Kita rasa perlu untuk keluarkan simpanan untuk menukar kereta baru atau kita besarkan lagi rumah kita! Malah kita marah dan malu pada masyarakat sekeliling kalau wang hantaran anak kita , kurang dari RM10,000! "Tidak ikut harga pasaran", katanya....
Tapi bila kita kena tambahan untuk duit naik Haji, kita marah dan kecewa!
Usahlah terkilan untuk laburkan duit untuk ibadat apatah lagi untuk menunaikan Haji. Kalau kita boleh menaiki kereta yang terbaik, memiliki rumah yang terbaik, menikmati hidup yang terbaik, apalah salahnya untuk dekat pada Illahi, untuk lahirkan rasa kesyukuran kita atas setiap apa yang diberi, kita beri dan laburkan yang terbaik , supaya hati kita tenteram. Kalau Tuhan komited beri kita yang terbaik dalam hidup kita , kita juga harus komited untuk menjadi hamba yang terbaik.
Aku ingin bertemu Tuhanku dengan cara yang paling terbaik! Bimbinglah aku, tunjukkanlah aku jalan itu.....
Aku ingin bertemu Tuhanku dengan cara yang paling terbaik! Bimbinglah aku, tunjukkanlah aku jalan itu.....
No comments:
Post a Comment