Catatan Perjalananku Menuju Haji...

Umrah Pertama - September 1997 (32 tahun)
Umrah Kedua - September 1999 (34 tahun)
Haji Pertama (Haji Fardhu) - November 2009 (44 tahun)

Umrah Ketiga - May 2010 bersama suami dan mertuaku (45 tahun)
Umrah Keempat - Mac 2012 bersama anak-anak Umrah Ziarah Jordan (47 tahun)
Umrah Kelima - Mac 2015 bersama suami (50 tahun)
Umrah Keenam - in sya Allah Feb 2018 bersama suami (53 tahun)


Inilah perjalananku.....mencari , menghayati dan melalui saat indah mengenal Cinta Ya Rabbi !

.

Followers

Ads


INILAH PERJALANAN SEBENAR KISAH SEORANG HAMBA ALLAH, MENGUTIP PENGALAMAN DEMI PENGALAMAN SEPANJANG 44 HARI MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN AKHIRNYA MENJADIKAN , APA YANG KITA LIHAT SEPERTI SEMALAM TIDAK LAGI SETELAH MENUNAIKAN HAJI... PENGALAMAN "ITU" TELAH MEMBEZAKAN KITA YANG SEMALAM DENGAN KITA YANG HARI INI....

semuga ianya memberi iktibar dan panduan bagi mereka yang memerlukan...

Monday, May 4, 2009

Pengorbanan

Pastinya bila mendapat berita tentang kejayaan kami menjadi calon untuk mengerjakan Haji tahun ini, orang yang pertama yang mesti diberitahu adalah Ibu bapa suamiku. Tidaklah aku tahu perasaan mereka bila menerima berita itu , tapi aku pasti mereka gembira.

Malamnya , berita itu di kongsi bersama adik lelakiku yang kebetulan berkunjung dirumah kami dan bermalam di rumah kami. Tiada apa yang dapat dilahirkan selain mengucapkan kesyukuran pada Illahi. Adik perempuanku berkata "Jemputan telah tiba untuk kak yong dan abang Kamal dari Yang Esa".

Bila menghadiri Kelas mingguan seperti biasa, ustaz menceritakan tentang Haji yang penuh dengan pengorbanan terutama pengorbanan harta benda dan meninggalkan anak-anak. Dimindaku , siapalah yang akan menjaga anak-anak perempuanku yang masih kecil. Kalau lah emak masih ada, pasti tidaklah aku risau. Tapi emak sudah tiada meninggalkan anakmu ini. Kalaulah emak masih ada , pasti beliau adalah insan yang paling bahagia. Anganan kita untuk pergi bersama tidak kesampaian namun harapku aku menemui emak di Mekah, walau cuma seminit...itulah harapanku kerana aku tahu tiada yang mustahil di bumi Mekah yang penuh keajaiban!

Adik ipar ku , tiba-tiba menyatakan kerisauannya, bagaimana Alia dan Aneesa bila kami pergi? Aku dapat rasa keikhlasannya . Biarlah Tuhan membantuku untuk memudahkan urusan anak-anakku. Kataku, nantilah bila saatnya tiba, akan kukabarkan kalau kami terdesak memerlukan pertolongan adik iparku.

Aku percaya , pergi kita kerana Allah menjalankan tanggung jawab yang di tuntutNYA, pasti Allah akan membantu uruskan selebihnya....

No comments:

Post a Comment

Kitab Bughyatul Mustarsyidin :

"Telah berkata Al Khauwas daripada tanda-tanda yang menunjukkan diterima Haji seseorang hamba dan bahawa dia sesungguhnya telah dikurniakan dengan keredhaan Allah ,iaitu bahawasanya sesudah ia kembali daripada mengerjakan haji , dia berakklah dengan akhlak Rasullulah (akhlak Muhamaddiyah) hampir dia tiada memandang dirinya lebih tinggi daripada seseorangpun daripada hamba-hamba Allah dan tiada pula berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu daripada perkara dunia sehingga meninggal dunia.

Dan tanda yang menunjukkan hajinya tiada diterima bahawa dia kembali semula kepada keadaannya sebelum mengerjakan Haji.