Bangun seawal 3 pagi dan turun ke Masjid bersama suami saya untuk merasai suasana di Subuh hening, Begitu ramai jemaah sudah datang ke Masjid satu suasana yang sangat indah. Ianya tidak berlaku di Malaysia, suasana inilah yang selalu kita rindukan setiap kali berada di Mekah dan Madinah. “Abang pun tak seronok , you tak ada dan balik sama-sama dari Masjid, tapi sabarlah !”, pujuk suami saya. Suami saya menghantar saya pulang ke Hotel, apabila saya mula was-was samada saya boleh berada di luar kawasan masjid / dataran atau tidak. “Nanti kita tanya Ustazah”, pesan suami saya .

sementara menunggu Solat seterusnya , inilah masanya menelefon anak-anak !

hanya mampu melihat jemaah Solat melalui tingkap bilik .
Mujurlah dari bilik hotel saya dapat melihat mereka solat. Bilalah saya ? Minum air zam-zam dengan kayu sugi memang terasa payau tetapi diminum juga. Inilah antara ikhtiar. Pagi ini selepas makan pagi kami dibawa ziarah ke Makam Nabi , Pintu Babus Salam , Raudah dan Perkuburan Baqi. Bertanya kepada Ustazah Zawiyah tentang was-was samada kawasan luar Masjid boleh dikunjungi atau tidak . Mujurlah kata Ustazah , saya boleh berada disekitar Dataran dan boleh turut serta untuk Ziarah ke Masjid bersama-sama jemaah yang lain. Sewaktu kami berkumpul , mujur juga bertemu dengan Nurul Azura yang ikut serta bersama ibu bapanya dan yang menariknya dia baru berusia 16 tahun.
Saya ke mana-mana pun memegang tangannya kerana dialah yang akan jadi kawan apabila jemaah lain masuk ke dalam Masjid untuk Solat Tahyatul Masjid kemudiannya ke Raudah. Kami berdua duduk menjenguk dari luar pintu besar melepaskan keterujaan kami untuk masuk. Setidaknya-tidaknya dapat melegakan rasa tidak sabar untuk solat didalam masjid apatah lagi hendak ke Raudah. Khabarnya makin ramai bersesak untuk solat disitu. Kata Ustazah , akan ada kumpulan yang uzur syarie tapi yang jelas hanya kami berdua tinggal diluar masjid , yang lainnya semua masuk ke dalam Masjid. Syukur jumpa adik Azura , kalau tidak pasti saya terkontang kanting diluar seorang diri. Kami berdua menyusuri sekitar masjid dan barulah saya faham kedudukan Hotel saya sewaktu umrah dahulu. Setelah agak lama menunggu diluar masjid dan kelibat jemaah yang lain masih tidak kelihatan , kami pun pulang berdua ke hotel. Azura pun rasa seronok kerana beliau boleh turun ke Masjid dan duduk disekitar dataran kerana sejak sampai semalam , beliau terperuk didalam bilik dan menangis , kata ibunya.

duduk berdoa dibahagian luar Masjid Nabawi mengadap Makam Rasul
Sekitar 9 pagi , apabila suami saya selesai dengan ziarah bersama jemaah wanita, kami membuat survey di sekitar belakang Hotel Movenpick. Rupa-rupanya kedai-kedai yang saya kunjungi seperti dulu masih ada, cuma mereka kini berada didalam bangunan yang lebih teratur. Kelihatannya banyak jualan seperti jubah , tasbih , sejadah dan berbagai-bagai. Kami akhirnya membeli jubah lelaki yang agak murah dibandingkan kalau dibeli di KL atau pun di Dubai. Tasbih juga dapat kami beli dari harga 5 riyal dapat menawar ke 2 riyal, apabila kami membeli dengan kuantiti yang banyak. Mujurlah suami saya pakar dalam tawar menawar jadi belian kami hari ini agak lumayan diskaunnya.
Selepas Asar , kami membeli roti dan air juice dan duduk disekitar Dataran Masjid sambil menelefon anak-anak kami di KL. “Neesa takut mama lupakan Neesa pasal mama asyik ingatkan Tuhan aje”, kata anak gadisku. Menghitung hari bila mama akan pulang , padahal kami baru sampai disini 2 hari. Aneesa agak gembira kerana memberitahu dia , “mama sudah belikan jubah dan inai yang dipesan”. “Bila aneesa dapat?”, Tanya anakku tidak sabar. “Sebelum Hari Raya Haji !”, pujuk ku pada anak kecilku yang seorang ini.
Berita yang kuterima , anak gadis ku Alia kini sudah baligh dan uzur syarie. Dia hanya tertawa , mungkin riang kerana sudah dewasa. Terpaksalah anak lelakiku menguruskan Alia dan aku berpesan pada anakku supaya meminta adik-adikku untuk membimbing Alia menguruskan dirinya.
Aku sempat bercerita pada suamiku tentang toilet 8 tingkat dibawah Dataran Masjid seperti yang diceritakan oleh adik Azura. “Nanti abang pergi rengok macam mana,” kata suamiku. Ă„bang masih tak dapat sembahyang kat Raudhah”, kata suamiku sewaktu kami melepak sebentar di Dataran Kaabah selepas makan Malam sebaik sahaja habis Solat Isya’. Mulanya saya mahu berada lama di luar Masjid kerana inilah peluang berada di sekitar masjid iaitu selepas atau sebelum solat fardhu. Angin malam di Dataran Masjid sangat mendamaikan. Kelihatan ramai jemaah lain bersama kumpulan atau keluarga mereka duduk minum dan makan bersama-sama. Suasana sungguh romantik bersama suami dengan suasana Masjid , kami duduk berbual sambil sesekali berposing tangkap gambar. Mulanya hendak duduk lama disitu tetapi aku bercadang supaya suamiku tidur awal dan bangun pukul 1pagi untuk pergi ke Raudhah, mana tahu dapat solat dengan mudah waktu itu.
Kami pun pulang ke hotel dan singgah mencari kopi panas sambil berjalan disekitar dalam Hotel Movenpick yang sebenarnya mempunyai shopping complex sendiri, tetapi kami tidak berkesempatan untuk melihat . Setakat hari itu kami cuma turun ke Supermarketnya di bahagian bawah hotel , untuk membeli minuman. Malam itu tidak sengaja menyusuri Kompleks itu rupa-rupanya disitu terdapat Jubah Abaya yang dijual dengan cantik sekali tetapi harganya harga butik. Paling murah 300 Riyal. Terdapat juga sebuah kedai yang agak murah juga dan sempat lagi membeli 2 helai jubah untuk anak-anak lelaki dengan hanya 25 riyal sehelai.
Waktu itu teringat pesan Mak Fadilah tentang Jam Azan ditingkat 4, tetapi tidak tahu dikedai mana. Mencari dibeberapa kedai akhirnya kami menemuinya, agak menarik kerana ianya mempunyai jadual solat untuk 2000 atau 200 cities in the world ! Termasuklah Malaysia, jadi ianya agak mudah bagi kita kalau traveling diluar Negara untuk mengetahui waktu solat. Cuma tekan Negara mana dan kita akan dapat tahu jadual solatnya. Saya tertarik saiz yang agak kecil supaya mudah dibawa kemana-mana. Penjual kedai berjanji akan jual pada harga 95 Riyal bila kami datang lagi kerana waktu sudah pukul 10 malam kami sudah penat untuk membeli lagi.
No comments:
Post a Comment