Saya masih ingat pesan Ustazah Rokiah sewaktu Kursus Haji Intensif baru-baru ini supaya membiasakan diri untuk menjaga aurat. Antaranya supaya membiasakan diri memakai stokin kaki dan sarung lengan. Malah dagu juga hendak ditutup . Macammanalah hendak cari tudung yang menutup dagu. Kata ustazah, dia membuat sendiri kain yang menutup dagunya. Seorang ustazah tentulah tidak hairan kalau sentiasa berjubah dibandingkan kita orang biasa hendak berjubah dengan keadaan masyarakat dan aktiviti ke pasar, ke sekolah dan sebagainya. Tapi kena buat juga sebab itu Ustazah berpesan supaya apabila kita sudah membiasakan diri , tidaklah menjadi susah apabila pulang dari menunaikan haji nanti.
Ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk menukar cara berpakaian apatah lagi bila pakai baju kurung atau blaus , kita mesti juga biasakan pakai sarung lengan. Sudah hampir 2 bulan saya cuba, ianya sekejap pakai sekejap tidak. Apatah lagi bila hanya keluar untuk mengambil anak pulang dari sekolah , hendak sarung kaki dan sarung tangan juga , padahal cuma duduk didalam kereta. Tapi saya cuba juga paksa diri untuk pakai.
Sewaktu saya pergi ke kelas mengaji , cuba memakai sarung kaki dengan kasut tinggi terasa licin pulak hendak berjalan. Kelakar juga melihat keadaan diri untuk mengubah kebiasaan diri. Kadang-kadang hendak aja pakai jubah hitam yang saya beli sewaktu umrah dahulu yang begitu selesa di sarung diluar , tapi tidak sesuailah hendak dipakai di siang hari , takut nanti orang berkata pulak. Padahal saya bukanlah alim sangat sehingga hendak berjubah sentiasa. Susah juga hendak membiasakan diri dengan pakaian kerana baju kurung pun bukanlah banyak sangat. Kalau ada pun adalah baju kurung untuk ke Majlis, tak akanlah hendak hantar anak ke sekolah pun hendak berbaju kurung bersulam-sulam.
Sebenarnya mengubah dan menyesuaikan diri juga perlukan modal selain membiasakan diri. Kalau blaus dan T-shirt semuanya mengikut bentuk badan , puas di selindung masih juga kelihatan susuk badan. Saya pula memakai baju sejuk untuk cover pakaian saya sewaktu sarapan pagi dengan suami saya....kadang-kadang saya tergelak dengan diri saya, macam-macam gaya hendak disesuaikan dengan baju yang sedia ada. Saya juga kena prihatin dengan penampilan kerana suami saya tidak gemar saya berpakaian yang tidak sedap dilihat dimatanya. Sebolehnya dia mahu isterinya sentiasa masih seperti dulu.
Benarlah kata Ustazah, cubalah belajar dari sekarang untuk biasakan diri. Saya kini dalam proses membiasakan diri. Ianya bukan mudah tapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Benarlah kata Ustazah, cubalah belajar dari sekarang untuk biasakan diri. Saya kini dalam proses membiasakan diri. Ianya bukan mudah tapi ianya tidak mematahkan semangat saya untuk mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Assalamualaikum...
ReplyDeletedari pengalaman dan pemerhatian saya gaya berpakaian seorang isteri banyak juga dipengaruhi oleh suami. Jika suami seorang yang soleh dia akan mendidik isteri dan anaknya berpakaian menutup aurat yang sempurna jika sebaliknya yang mengikut selera mata. walaupun perempuan yg mendapat pendidikan agama. namun tidak dinafikan terdapat juga wanita yg menpunyai jati diri yg kuat dapat melaksanakan pemakaian menutup aurat yg sempurna.