bergerak ke Mina setelah mabit di Mudzaliffah
Ianya seperti mudah tetapi bayangkanlah seramai 3 hingga 4 juta jemaah bergerak dalam satu masa tentulah kesesakannya diluar jangkaan. Walau sebaik manapun pengurusannya , segala kemungkinan boleh berlaku, sakit, hilang , tertinggal bas, bas rosak dan sebagainya adalah antara halangan yang mungkin terjadi. Hanya Allah yang dapat beri ruang dan jalan untuk kita sampai ke Mudzaliffah. Hanya Allah kita menyerahkan diri . Hanya Allah yang mampu lepaskan kita dari kesesakan ini. Bila Allah kita sandarkan seluruh kepercayaan dan keyakinan, biar sesak dan sempit manapun , pasti ada tapak demi tapak untuk kita susuri jalan ke Mudzalifah. Ianya sebenarnya dekat tetapi menjadi sangat lambat kerana pergerakan dari jutaan jemaah "serentak" menjadikan ianya cabaran yang bukan kepalang.
Doakanlah mama dan abah dapat melaluinya dengan mudah. Doa kalian akan mudahkan ibadat kami. Walaupun anak-anak mama jauh , doa kalian sentiasa didengar oleh Illahi...bantulah mama dan abah semuga dapat harungi perjalanan ini dengan mudah. Insya Allah.
Sesampainya kami di Mudzaliffah sekitar 12 malam , mama dan abah akan mengutip batu dan meneruskan perjalanan ke Mina yang dijangka tiba pukul 4 pagi tadi . Insya Allah!
Sewaktu anak-anak mama membaca blog mama , mama harap mama selamat sampai di Mina kerana jangka waktu untuk sampai kesini sukar dijangkakan kerana kadang kala akan mengambil masa sehingga 10 jam , terpulang kepada kecepatan bas . Kemungkinan besar juga mama dan abah berjalan kaki dari malam tadi dari Mudzalifah untuk sampai ke Mina kerana berjalan kaki adalah lebih cepat dari menaiki bas yang teringsut-ingsut dengan jam yang berjam-jam. Doakan kaki mama kuat untuk berjalan dan tidak sakit. Semuga kasut yang mama beli bersama Faisal akan dapat berikan semangat anak-anak mama. Ini adalah hari ketiga sejak 8 Zulhijjah, mama perlukan kekuatan minda untuk mengharungi cabaran ini. Dengan doa anak-anak mama insya Allah , mama dan abah dapat lakukan selain pertolongan dari Allah. Tiada siapa yang boleh bantu mama dan abah waktu ini selain doa anak-anak mama, doa mbah , doa adik adik mama, doa Tokki, doa dari kawan-kawan mama dan doa mereka mereka yang sayangkan mama. Itulah yang akan beri kekuatan pada mama.
Mama juga berharap mama sempat solat Suboh di Mina . Aktiviti selain solat jamak akan diteruskan selepas solat jama Magrib dan Isya nanti kami akan melontar di Jamrah Qubra , iaitu Jamrah yang pertama sebelum kami tahallul awal. Jamrah Qubra terletak 3 km dari kemah bermakna malam nanti kami akan berjalan kaki paling dekat 6 km dengan mengucap talbiah yang terakhir sebelum tahalul awal. Ianya pasti memerlukan kekuatan fizikal yang bukan calang-calang.

mama dan abah akan masuk ke terowong ini untuk sampai ke tempat
melontar yang pertama , iaitu Jamrah Qubra

beginilah suasana didalam terowong, tidak boleh berhenti dan
kena terus bergerak mengikut arus manusia, pastinya pergerakan yang perlahan mengundang kesabaran minda dan fizikal.
inilah tempat melontar
Untuk Aneesa dan Alia usahlah menangis , mama akan kuatkan semangat mama supaya mama boleh selesaikan ibadat haji dengan sempurna dan kita akan dapat berkumpul semula as a "happy family" macam selalu. Mama bukan sahaja milik anak-anak mama tetapi mama juga milik Allah dan mama kena lakukan apa yang Pemilik kita suruh lakukan dengan bersungguh-sungguh supaya Tuhan tahu yang kita sedar dan redha kita ini "Milik Allah".kena terus bergerak mengikut arus manusia, pastinya pergerakan yang perlahan mengundang kesabaran minda dan fizikal.

No comments:
Post a Comment