Meninggalkan kerja untuk tempoh 45 hari bukanlah satu pilihan yang mudah apatah lagi menjadi Consultant seperti saya. Nasihat dan perbincangan dengan klien selalunya adalah penting dan perlu menepati 'deadline date" yang sangat memerlukan perhatian yang bukan sedikit. Apatah lagi klien saya kebanyakannya melibatkan Syarikat besar di dalam mahupun di luar negara.
Kalau orang lain ditempat saya , pasti sesak fikiran kerana ianya melibatkan urusan business yang tiada ada surutnya. Antara perlu atau tidak membawa note book saya untuk monitor pekerjaan saya kerana maklumat yang saya dapat , di hotel penginapan saya ada khidmat WIFI malah saya juga mendapat tahu banyak pusat internet disana yang akan memudahkan saya untuk menjawab email dari klien.
Tapi entah mengapa hati saya tekad agar fikiran saya tidak di ganggu oleh urusan kerja. Saya mahu memberi sepenuh tumpuan pada ibadat saya selama 45 hari tanpa ada gangguan tentang dunia yang tidak ada sudahnya. Walaupun sesekali terasa bolehkah saya kerana terdapat 2/3 kes yang sangat urgent yang pastinya memerlukan perhatian saya. Kalau ditunda tahun depan atau tahun seterus, kerja saya tidak akan ada sudahnya. Jadi bila lagi saya boleh menyediakan waktu "private" saya dengan Illahi kalau saya tidak komited dan bersungguh-sungguh. Mungkin inilah harga pengorbanan yang perlu dibayar kalau kita pergi diwaktu usia belum lagi pencen.
Sudah beberapa bulan sebelum ini selain doa dan solat hajat , saya memohon supaya tiadalah hendaknya urusan yang kritikal terhadap klien saya sepanjang saya tidak ada. Saya percaya Tuhan tidak hampakan harapan saya, dengan pertolonganNya , saya pasti dan berharap semuga semuanya dimudahkan. Ini bererti dalam waktu yang tinggal cuma sebulan saya harus menyegerakan urusan klien yang masih dalam proses supaya dapat disiapkan sebelum saya pergi. Sesak difikiran kerana kes yang berbagai membuatkan saya tidak cukup masa untuk siapkan semua.
Tuhanku berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.....
Tuhanku berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.....
Saya cadangkan Puan membawa note book.Sekiranya Puan tidak mempunyai masa,maka puan tidak perlu membuka note book Puan ttp sebaliknya sekiranya ada masa maka puan boleh membuka note book. Tidak menjadi masalah membawa note book walaupun tidak digunakan.Sekurang kurangnya Puan ada note book dan boleh digunakan JIKA PERLU
ReplyDelete